omniture

SSAB perkenal langkah pengesahan baharu untuk Hardox(R) In My Body

SSAB
2022-02-22 09:00 112

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Dengan memperkenalkan langkah-langkah pengesahan yang baharu, pengeluar keluli Sweden yang terkemuka SSAB menggiatkan usahanya untuk memerangi pemalsuan dalam pasaran Asia Tenggara.

Authentic Sign of Quality
Authentic Sign of Quality

 

Di bawah tanda dagangan 'Hardox® In My Body', pengeluar berlesen yang menggunakan keluli berkekuatan tinggi daripada SSAB menawarkan produk yang amat produktif, tahan lama dan menjimatkan kos. Hanya mereka yang menggunakan reka bentuk terkini, kualiti pembuatan yang luar biasa dan menggunakan plat haus Hardox® tulen diterima masuk ke dalam program ini dan boleh menjenamakan produk-produk mereka dengan lambang Hardox® In My Body.

Mengenali Ketulenan 

Bagi membantu perniagaan dan pengguna akhir mengenali produk Hardox® In My Body tulen dengan lebih baik, SSAB telah mengemas kini lambang produk mereka dengan langkah-langkah pengesahan yang baharu. Selain daripada logo yang boleh dikenal pasti, setiap lambang didatangkan dengan kod QR berserta ID lambang dan kod pin.

Pengguna boleh mengimbas kod QR dengan sebarang pembaca QR yang akan membuka pautan laman sesawang unik yang memerlukan kod pin tertentu. Penentusahan segera lambang tersebut akan dipaparkan bagi memastikan pengguna benar-benar mengetahui apa yang mereka gunakan. ID lambang juga boleh digunakan untuk mengesan produk dan pengguna boleh menghubungi SSAB melalui emel bagi memulakan proses.

SSAB sentiasa memantau pasaran terhadap produk tiruan. Dalam masa yang sama, ia memberi alat kepada pengguna akhir untuk mengesahkan peralatan yang mereka gunakan melalui pendekatan penguatkuasaan serampang dua mata. Sekiranya pengguna bimbang mereka mungkin diperdaya untuk membeli produk tiruan atau ingin melaporkan mana-mana pesalah, sila hubungi pihak SSAB dengan segera.

Komuniti Dibina untuk Kejayaan 

Ahli-ahli dalam komuniti Hardox® In My Body berpeluang untuk mendapat manfaat dengan pelbagai cara. Produk-produk juga dijamin penjimatan kos dalam tempoh jangka panjang, memberikan produktiviti, ketahanan, keselamatan dan kos kendalian yang rendah. Di samping itu, reka bentuk teroptimum berat dan penggunaan plat haus Hardox® memberikan peningkatan kapasiti beban untuk muatan selain penjimatan bahan api masuk dan keluar.

"Kos penyelenggaraan, masa henti dan pembaikan dikekalkan pada tahap minimum dan hayat perkhidmatan yang panjang memberikan kecekapan kerja dan nilai jualan semula yang tinggi dalam tempoh jangka panjang. Bagi industri perlombongan, pembinaan, pengkuarian, pembinaan jalan, pengitaran semula, perobohan atau pertanian, ini merupakan inovasi dan penambahbaikan yang dapat memisahkan perniagaan anda daripada persaingan," kata John Kuan, Pengurus Negara untuk Asia Tenggara, SSAB 

Kehadiran Global – Lambang Kualiti 

Menerusi lebih 500 ahli di 60 negara, program Hardox® In My Body membantu perniagaan mencapai tahap yang seterusnya dengan sokongan yang komprehensif daripada SSAB. Selain daripada peralatan berkualiti tinggi yang tulen dan boleh dikesan, syarikat ini turut membantu ahli-ahli dalam pengembangan ke pasaran-pasaran baharu menerusi peningkatan promosi dalam saluran digital mereka.

Komuniti ini berkembang dengan kualiti dan ketenangan minda yang membolehkan mereka menawarkan yang terbaik kepada pelanggan mereka dengan memanfaatkan kepakaran SSAB dalam teknologi bahan, aplikasi dan kaedah pembuatan, berserta akses keutamaan serta maklumat dan cadangan langsung kepada inovasi yang terkini dalam plat haus.

Untuk produk Hardox® yang tulen, pastikan anda membeli terus daripada pengeluar SSAB. SSAB merupakan satu-satunya pengeluar plat haus Hardox®.

Latar Belakang SSAB 

SSAB ialah sebuah syarikat keluli yang berpangkalan di Nordic dan AS. SSAB menawarkan produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang dibangunkan menerusi kerjasama erat dengan pelanggannya bagi mewujudkan dunia yang lebih kuat, lebih ringan dan lebih lestari. SSAB mempunyai kakitangan di lebih 50 negara dan mempunyai kemudahan pengeluaran di Sweden, Finland serta AS. SSAB disenaraikan dalam Nasdaq Stockholm dan mempunyai senaraian sekunder dalam Nasdaq Helsinki.  

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.ssab.com. Sertai kami di akaun media sosial rasmi kami: Facebook, Instagram, LinkedIn, Twitter dan YouTube.

 

 

Source: SSAB
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals New products/services