omniture

PELUASAN WYNDHAM GARDEN KUTA BEACH BALI SIAP MENGIKUT JADUAL PADA TAHUN 2022

Wyndham Destinations Asia Pacific
2022-03-02 09:00 100

DENPASAR, Indonesia, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah projek bersaiz hampir dua kali ganda daripada hotel tepi pantai, Wyndham Garden Kuta Beach Bali, daripada 155 bilik hingga 300 bilik akan disiapkan mengikut jadual menjelang suku ketiga tahun 2022.

Wyndham Garden Kuta Beach Bali concept for development
Wyndham Garden Kuta Beach Bali concept for development

Apabila siap, projek pembangunan bernilai 143 bilion Rupiah Indonesia (IDR 143 bilion) ini akan menambah kelas bilik hotel yang lebih premium berserta bar kolam baharu, gimnasium, kolam renang infiniti tambahan dan taman permainan kanak-kanak. Sebagai sebahagian daripada projek ini, spa harian akan turut dipindahkan ke kuarters yang lebih luas di sayap baharu.

"Suasana menarik Wyndham Garden Kuta Beach, harga yang kompetitif, kedudukan terbaik di seberang jalan dari Pantai Kuta yang terkenal dan tidak lama lagi, kemudahan baharunya – termasuk taman permainan, gimnasium serta kolam keluarga tambahan – akan menjadikan projek ini tapak yang ideal untuk keluarga menikmati waktu mereka di Bali," kata Pengurus Hotel Bagus Ngurah.

"Pilihan tambahan di hotel ini akan memberi lebih kepelbagaian kepada tetamu untuk dinikmati semasa percutian mereka. Bar kolam akan menjadi tempat yang sempurna untuk setiap peristiwa, bermula dengan berkumpul bersama keluarga selepas seharian meneroka hinggalah koktel matahari terbenam," tambah beliau.

Ketika ini Wyndham Garden Kuta Beach mempunyai kolam renang aras bawah sedia ada, kolam renang atas bumbung yang menghadap ke laut, restoran menjamu selera sepanjang hari, bar, spa harian dan juga bilik mesyuarat untuk seminar dan acara.

Bilik Premier Deluxe baharu berkeluasan kira-kira 31 meter persegi besar dengan patio atau balkoni berperabot seluas enam meter persegi tambahan dan membawakan Wi-Fi percuma, penyaman udara, katil sofa, meja kerja, kemudahan membuat teh dan kopi, bar mini serta TV Pintar 50-inci yang berupaya untuk menstrim atau 'cast'.

"Pembangunan yang bercita-cita tinggi ini telah menjadi visi kami untuk hartanah ini selama bertahun-tahun dan kami berasa bangga dapat melihatnya terlaksana," kata En. Sonny Inayatkhan, Pengarah PT Global Bali Investama, yang memiliki Wyndham Garden Kuta Beach.

"Kami memilih untuk meneruskan projek ini semasa pandemik COVID-19 dan meskipun terdapat beberapa detik yang mencabar, kami masih mengikut jadual untuk menyiapkan projek ini ketika perjalanan antarabangsa akan bangkit semula."

Pengurus PT Wyndham Hotel Management ialah subsidiari Wyndham Destinations Asia Pacific dan mengurus 10 hartanah di seluruh Indonesia, termasuk hotel-hotel di Bali, Lombok, Jakarta, Solo, Palembang dan Surabaya.

Untuk lebih banyak imej, sila gunakan pautan ini: https://www.dropbox.com/sh/ugubc5janm8no66/AABMzWGaAcqe_zfSmd1yYK6va?dl=0

 

Source: Wyndham Destinations Asia Pacific
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services