omniture

Huawei Perkenal Penaiktarafan Serba Baharu kepada Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar, Percepat Transformasi Digital Merentas Industri-industri

Huawei
2022-03-03 04:16 164

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC2022), Steven Zhao, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Menuju Digital Lebih Pantas dengan Rangkaian-Awan Pintar" di IP Club Carnival. En. Zhao menyatakan bahawa Huawei terus mengikuti perubahan terkini dalam senario pelanggan dengan Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar hujung-ke-hujungnya. Dengan melaksanakan penaiktarafan dalam tiga domain utama — CloudCampus 3.0, CloudWAN 3.0 dan CloudFabric 3.0, penyelesaian ini akan mengeluarkan kuasa pengkomputeran dan kecerdasan tanpa henti kepada setiap perusahaan, lalu mempercepatkan transformasi digital merentas industri-industri.

Steven Zhao, Vice President of Huawei's Data Communication Product Line, delivered a keynote speech titled "Go Digital Faster with the Intelligent Cloud-Network" (PRNewsfoto/)
Steven Zhao, Vice President of Huawei's Data Communication Product Line, delivered a keynote speech titled "Go Digital Faster with the Intelligent Cloud-Network" (PRNewsfoto/)

En. Zhao menyatakan bahawa rangkaian IP — menghubungkan benda pada satu hujung dan aplikasi pada hujung yang lain — merupakan asas untuk transformasi digital merentas industri-industri. Tatkala transformasi digital perusahaan memasuki "zon air dalam", rangkaian IP berhadapan dengan cabaran baharu. Khususnya, ketersambungan menjangkaui daripada individu sahaja kepada terminal IoT yang tidak terkira banyaknya, lantas memberi tekanan yang besar ke atas operasi dan penyelenggaraan (O&M) manual. Selain itu, perkhidmatan berkembang daripada senario pejabat kepada senario pengeluaran, menetapkan keperluan yang lebih tinggi ke atas perjanjian tahap perkhidmatan rangkaian (SLA), manakala perkhidmatan itu sendiri berubah dengan kerap dan pantas bagi memenuhi keperluan terperibadi pelanggan. Ini memerlukan rangkaian IP agar dapat mengikuti rentak awan untuk penyediaan dan perubahan perkhidmatan yang lebih tangkas.

Bagi menangani cabaran ini, Huawei menaik taraf Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintarnya dengan komponen serba baharu dalam tiga senario yang berikut:

  • CloudFabric 3.0, Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Hiper-Tertumpu yang mempunyai ciri-ciri penting "Pantas" dan "Stabil", ideal untuk membina rangkaian pusat data terbaik dalam kelas, membantu perusahaan memulakan pusat servis dengan kuasa pengkomputeran yang hebat. Penyelesaian beraneka ciri ini menawarkan satu-satunya rangkaian pemanduan berautonomi L3.5 dalam industri yang diperlukan untuk mendorong pusat data perusahaan ke arah berbilang-awan dan berbilang-DC. Satu lagi sorotan ialah suis pusat data multisiar ketersediaan tinggi (HAM) serba baharu menampilkan ciri keandalan tinggi, kependaman rendah dan daya pemprosesan tinggi, memudahkan pembinaan rangkaian fizikal yang stabil dan andal.
  • Penyelesaian CloudWAN 3.0 dirancang untuk membina WAN yang tangkas, andal dan pintar, meletakkan kuasa pengkomputeran tanpa had dalam jangkauan. Penyelesaian kalis masa depan ini menggunakan penyediaan satu klik untuk pelaksanaan perkhidmatan yang pantas dalam beberapa minit. Tambahan pula, ia mencapai satu rangkaian untuk semua perkhidmatan, mengurangkan CAPEX dengan ketara, manakala ciri O&M bersepadunya meningkatkan kecekapan dengan ketara. Di samping itu, penghala perkhidmatan-universal pintar serba baharu NetEngine 8000 F8 merupakan pilihan yang bagus untuk pelanggan dalam sektor kewangan, tenaga, pengangkutan ISP dan sektor-sektor lain, membantu untuk meningkatkan keandalan WAN secara berterusan dan memenuhi sepenuhnya keperluan perkhidmatan yang dibezakan.
  • Penyelesaian CloudCampus 3.0 memanfaatkan inovasi yang berterusan dalam lapangan WLAN, Suis LAN dan SD-WAN serta memperkenalkan rangkaian luas produk serba baharu termasuk Titik Akses AirEngine 6761, suis CloudEngine S8700 dan penghala NetEngine AR6710. Oleh yang demikian, CloudCampus 3.0 menonjol dengan menawarkan pengalaman akses "300 Mbps @ Everywhere" untuk perusahaan dan menggandakan kecekapan akses awan. Dengan kekuatan ini, CloudCampus 3.0 dapat digunakan secara meluas dalam industri seperti pendidikan, rawatan kesihatan, kewangan dan tenaga, lalu membantu perusahaan memendekkan masa dibawa ke pasaran dan meningkatkan kecekapan operasi.

Huawei announced six all-new intelligent cloud-network offerings (PRNewsfoto/)
Huawei announced six all-new intelligent cloud-network offerings (PRNewsfoto/)

Sehingga kini, Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei telah menawarkan kemudahan kepada pelanggan dalam industri pendidikan, pengangkutan, kewangan, tenaga dan industri-industri lain di lebih daripada 140 negara dan wilayah. Memandang ke hadapan, Huawei akan terus bekerjasama erat dengan pelanggan dan rakan kongsi global, mendalami pelbagai senario industri dan meningkatkan daya saing rangkaian-awan pintar. Dengan cara ini, Huawei bermatlamat untuk mengukuhkan lagi asas digital dan mempercepatkan transformasi digital merentas industri-industri.

MWC Barcelona 2022 berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 in Fira Gran Via Hall 1. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/events/huawei-enterprise-mwc-2022

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news