omniture

Pelajari 'Lingua Franca' Dunia - Cambridge Assessment English Galakkan Pelajar Ikuti Cambridge English Qualifications

Cambridge Assessment English
2022-03-21 14:41 118

Menguasai lingua franca dunia dan menjadi warga global

SINGAPURA, 21 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Cambridge Assessment English menggalakkan pelajar untuk mengikuti Cambridge English Qualifications. Cambridge Assessment English ialah rangkaian luas kelayakan dan peperiksaan mendalam yang menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris menyeronokkan, berkesan dan mendatangkan kepuasan untuk pelajar daripada semua peringkat umur dan kebolehan. Cambridge Assessment English merupakan pengeluar bagi The International English Language Testing System atau IELTS yang mana kelayakannya diterima oleh lebih 25,000 organisasi dan institusi di serata dunia.

Bayangkan dunia tanpa bahasa. Selain menjadi dunia yang penuh dengan dengusan dan geraman, dunia ini juga akan dipenuhi dengan perselisihan faham dan sejarah telah membuktikan bahawa perselisihan faham yang paling kecil boleh membawa kepada akibat yang buruk.

Dunia hari ini sememangnya merupakan dunia yang mana Bahasa Inggeris menjadi lingua franca, namun sayangnya, komunikasi yang tidak diekspresikan dengan cukup jelas membawa kepada perselisihan faham yang biasa terjadi. Masalah-masalah ini terus berleluasa kerana Bahasa Inggeris mudah dipelajari namun sukar dikuasai.

Hari ini, lebih 75% daripada majikan di seluruh dunia merasakan bahawa Bahasa Inggeris penting dalam organisasi mereka. Tinjauan Pekerja Global Quacquarelli Symonds tahunan mendedahkan bahawa bukan itu sahaja, tetapi 98.5% daripada majikan menilai keupayaan Bahasa Inggeris bakal pekerja mereka semasa proses perekrutan. Begitu juga majikan melihat Bahasa Inggeris amat penting dan ramai yang diketahui memberi ganjaran kepada pekerja yang memiliki kemahiran Bahasa Inggeris yang baik dengan gaji permulaan yang lebih tinggi, kemajuan yang lebih cepat melalui gred pekerjaan dan kenaikan gaji yang lebih tinggi.

Persoalan mengenai kredibiliti kemudiannya timbul – bagaimana untuk seseorang menunjukkan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik?

Ikuti Cambridge English Qualifications oleh Cambridge Assessment English. Setiap pelajar diuji berdasarkan kepada empat kemahiran bahasa asas: membaca, menulis, mendengar dan bertutur – kesemuanya terbina dalam Cambridge English Qualifications dan peperiksaan. Dengan menguasai kemahiran ini, pelajar berupaya untuk memahami dan bersosial dengan dunia ke tahap yang efektif.

Dengan kecekapan dan penguasaan bahasa, pelajar juga dapat menghapuskan halangan termasuk halangan budaya.

Cambridge English Qualifications dan peperiksaan diselaraskan kepada Rangka Kerja Rujukan Eropah Bersama (CEFR), rangka kerja tujuh tahap antarabangsa, digunakan di seluruh dunia. Secara ringkas, ini bererti terdapat pelbagai peperiksaan untuk setiap tahap pelajar, bagi setiap langkah yang dilalui – bermula daripada tahap di sekolah rendah, sehinggalah ke tahap profesional dalam dunia pekerjaan. Melalui Cambridge English Qualifications dan peperiksaan, perjalanan daripada Pemula Pra A1 hingga Kecekapan C2 merupakan perjalanan yang lancar. Memandangkan pembelajaran bahasa boleh menjadi proses yang panjang, penting untuk mempunyai tahap pencapaian tetap untuk disasarkan serta peperiksaan dan juga ujian daripada Cambridge Assessment English yang memberikan tahap pencapaian tersebut.

Banyak penekanan turut diberikan dalam memanfaatkan inovasi teknologi canggih yang dapat menyokong baik pelajar mahupun pendidik serta menambah nilai kepada penilaian bahasa. Peperiksaan dan ujian Cambridge Assessment English yang terkemuka di dunia tersedia secara dalam talian dan baru-baru ini, satu ujian dalam talian sepenuhnya yang dikenali sebagai 'Liguaskill' diperkenalkan. Liguaskill ialah ujian dalam talian untuk perniagaan dan institusi pengajian tinggi yang memerlukan indikasi yang pantas dan andal berhubung tahap Bahasa Inggeris seseorang. Cambridge Assessment English mempunyai rangkaian luas sumber pembelajaran dan pengajaran dalam talian yang menjadikan pendidikan menarik dan menyeronokkan.

Secara ringkas, Cambridge English Qualifications oleh Cambridge Assessment English boleh dilihat sebagai penanda aras untuk memperlihatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Dengan adanya kelayakan daripada pertubuhan ini, pelajar berada selangkah lebih hampir untuk menjadi warga dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut,

Global: www.cambridgeenglish.org/
Malaysia: www.cambridgeenglish.org/my
Vietnam: www.cambridgeenglish.org/vn
Indonesia: www.cambridgeenglish.org/id
Thailand: www.cambridgeenglish.org/th
Jepun: www.cambridgeenglish.org/jp
Korea: www.cambridgeenglish.org/kr

 

Source: Cambridge Assessment English
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education