omniture

Perkhidmatan Platform Lighthouse disusun semula sebagai Luminae Partners

Luminae Partners
2022-04-05 21:00 62

PALM BEACH GARDENS, Florida, 5 April 2022 /PRNewswire/ -- Luminae Partners ("Luminae") teruja untuk mengumumkan pada hari ini tentang pembentukan pasukan khusus dan identiti jenamanya yang unik.  Sebagai sebuah bahagian Lighthouse Investment Partners yang baharu ditubuhkan, fungsi Luminae ialah memberikan perkhidmatan kepada pelabur institusi canggih yang menghargai penyelesaian menyeluruh yang memudahkan pelaburan. 

Pasukan Luminae mempunyai pengalaman sejak sekian lama sebagai pelabur akaun terurus terutamanya dalam dana lindung nilai dan menyelenggara Lighthouse. Pengalaman ini telah membolehkan pasukannya membangunkan sebuah platform secara sistematik untuk menstruktur jentera pelaburan, melantik pengurus, mengurus operasi harian, melindungi aset dan memantau risiko sebagai sebuah fidusiari sejak 22 tahun yang lalu. Dalam landskap perkhidmatan platform yang berkembang dan sebagai sebuah butik penyelesaian yang disesuaikan, Luminae memberi tumpuan kepada pertumbuhan strategik yang sejajar dengan keperluan pelanggan. 

Luminae yang diuruskan oleh Ketua Bersama Rob Swan dan Joe Aurilio, kini mempunyai sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 40 orang profesional yang menyelenggara aset platform yang bernilai kira-kira $14 bilion. Penyelesaian Luminae membolehkan para pelanggan melabur dengan lebih cekap, menguruskan pembiayaan dan kecairan serta memberi tumpuan dalam menjana pulangan. 

Rob menjelaskan: "Walaupun kami mewujudkan sebuah identiti jenama baharu, tumpuan kami kekal dalam memberikan pengalaman yang positif kepada para pelanggan kami setiap hari. Pasukan Luminae yang berdedikasi ini merangkumi ramai pekerja Lighthouse yang telah lama berkhidmat dan beberapa pekerja baharu yang penting. Kami berbangga kerana mempunyai Lighthouse dan senarai pelanggan institusi utama sebagai rakan kongsi kami yang dipercayai." 

"Kami berusaha untuk meningkatkan pengalaman pemilik dan pengurus aset. Ini merupakan pengembangan semula jadi perniagaan kami dan model ini telah terbukti di pasaran. Kami kekal memberi tumpuan dalam menyelenggara pelanggan, mempertingkatkan platform dan berkembang bersama-sama para pelanggan kami," tambah Joe. 

"Dalam dunia yang kompleks dan sentiasa berubah, penyelesaian Luminae berupaya memudahkan proses pelaburan dan membolehkan para pelanggan memberi tumpuan dalam meningkatkan pulangan terlaras risiko," kata Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Maklumat Lighthouse Investment Partners, Sean McGould. "Platform Luminae merupakan bahagian utama dalam strategi keseluruhan kami." 

Tentang Luminae Partners 

Luminae Partners menyediakan platform yang memberi perkhidmatan kepada pelabur institusi di seluruh dunia. Luminae yang merupakan sebuah bahagian Lighthouse Investment Partners, menawarkan penyelesaian siap guna yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan. Platform Luminae menyelenggara akaun terurus, subakaun dan pelaburan dana yang bernilai kira-kira $14 bilion. Platform Luminae mendorong peningkatan dan mengurangkan kos yang berkaitan dengan pelaburan alternatif. Model pembiayaan nosional dan risiko Luminae menyediakan sebuah struktur untuk mengawal pembiayaan dan kecairan kepada para pelanggan. Kami ialah sebuah fidusiari yang komited dan berbangga dengan hubungan dipercayai yang kami miliki dengan para pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: info@luminaepartners.com atau layari www.luminaepartners.com 

Hubungan Media
ASC Advisors:
Steve Bruce / Keely Gispan
sbruce@ascadvisors.com / kgispan@ascadvisors.com (203) 992-1230

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1778840/Luminae_Partners_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Luminae Partners
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Restructurings/recapitalizations