omniture

CGTN: Kejayaan Sukan Olimpik, Paralimpik Musim Sejuk Beijing suntik tenaga kepada perpaduan, kerjasama global

CGTN
2022-04-11 08:46 73

BEIJING, 11 April 2022 /PRNewswire/ -- Selepas berusaha selama tujuh tahun, China berjaya mengadakan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada bulan Februari dan Mac, menyampaikan pesanan perpaduan, kerjasama dan harapan kepada dunia sewaktu tempoh yang mencabar ini.

Kejayaan penganjuran Sukan Olimpik, Paralimpik Musim Sejuk Beijing membawa keyakinan dan harapan kepada dunia yang dibayangi oleh ketidakstabilan, kata Presiden Cina Xi Jinping, pada hari Jumaat selepas menganugerahkan anugerah kepada wakil-wakil daripada kalangan mereka yang memberi sumbangan yang luar biasa kepada Sukan berkenaan.

148 unit dan 148 individu termasuk satu dianugerahkan secara anumerta, diberi penghormatan atas sumbangan luar biasa mereka terhadap Sukan berkenaan.

Perpaduan dan kerjasama global menyerlah di Sukan tersebut

Rakyat Cina, bersama-sama rakyat dari negara-negara lain sekali lagi mempersembahkan Sukan Olimpik yang akan mencatat sejarah dan berkongsi kegemilangan Sukan Olimpik, kata Xi di awal ucapan beliau.

"Sukan ini menggalakkan pertukaran tamadun, mendorong perpaduan dan kerjasama global, membawa keyakinan dan harapan dalam dunia yang bergolak ini," kata beliau.

Mengambil maklum bahawa China menunaikan janjinya kepada komuniti antarabangsa dengan mempersembahkan kepada dunia dengan Sukan yang diperkemas, selamat dan hebat, beliau mengetengahkan beberapa aspek seperti pembangunan sukan musim sejuk, usaha memerangi pandemik COVID-19 dan legasi yang membuahkan hasil daripada Sukan berkenaan.

Sejumlah 346 juta rakyat Cina telah mengambil bahagian dalam aktiviti sukan musim sejuk dan siri acara ais dan salji yang pelbagai dan besar-besaran telahpun diadakan sejak persediaan temasya Sukan berkenaan dimulakan, menurut Xi.

"Dengan kadar positif COVID-19 hanya 0.45 peratus dalam lingkaran tertutup Sukan Musim Sejuk, China memberi pengalaman yang bermanfaat terhadap respons pandemik dan penganjuran acara antarabangsa," kata Xi semasa memuji usaha pencegahan dan kawalan COVID-19 bersasar dan berkesan oleh China.

"Tanah air ini dan rakyatnya berbangga atas kerja keras dan pencapaian semua peserta di Sukan ini," tambah beliau.

Semangat Sukan akan diteruskan

Merumuskan semangat sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing, Xi menegaskan untuk sentiasa ingat akan gambaran keseluruhan, bersikap yakin dan terbuka, menyahut cabaran, mengejar kecemerlangan dan mencipta masa depan yang lebih baik bersama-sama.

Sukan berkenaan merupakan acara penting yang utama diadakan pada waktu kritikal apabila seluruh Parti dan rakyat daripada semua kumpulan etnik di China menuju ke arah matlamat seratus tahun kedua untuk membina China menjadi sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenap aspek, kata beliau, menyeru usaha yang berterusan dalam mengurus dan memanfaatkan legasi Sukan berkenaan dengan baik.

Kejayaan penganjuran Sukan tersebut mendorong pembangunan dalam semua bidang dan membawa kesan yang mendalam ke atas pembangunan sosioekonomi, kata beliau.

Xi turut menggesa untuk menggalakkan semangat Sukan Olimpik dan berkata China akan menyumbang lebih kebijaksanaan dan kekuatan demi kemajuan tamadun manusia.

https://news.cgtn.com/news/2022-04-08/Beijing-Winter-Olympics-Paralympics-inject-hope-to-unstable-world-193KVDCTq6s/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sports