omniture

Illumina Singapore Lonjak Kedudukan Peroleh Dua Kedudukan Penting dalam Anugerah Majikan Terbaik Singapura

Illumina Singapore
2022-04-18 12:22 146

Tinjauan Majikan Terbaik Singapura Tahunan ditaja oleh The Straits Times dan firma pemasaran, Statista.

SINGAPURA, 18 April 2022 /PRNewswire/ -- Illumina Singapore, subsidiari Illumina Inc (NASDAQ: ILMN) diberi penghormatan pada hari ini apabila disenaraikan di tempat #17 secara keseluruhan dan #1 bagi Peralatan & Perkhidmatan Rawatan Kesihatan melalui Anugerah Majikan Terbaik Singapura.

Majikan Pilihan Singapura ialah kajian majikan berskala besar dan komprehensif yang menilai daya tarikan majikan di Singapura berdasarkan kepada tinjauan pekerja bebas. Lebih daripada 200,000 cadangan diterima antara Ogos dan September tahun lalu.

"Hebat rasanya dapat menerima anugerah ini buat kali ketiga dan melihat kedudukan kami bertambah baik secara tekal selama bertahun-tahun, terutamanya dengan cabaran pandemik. Kami menyasarkan pengalaman pekerja yang cemerlang dan sentiasa menghargai dan mencuba yang terbaik untuk bertindak balas kepada maklum balas pekerja kami yang telah membantu kami untuk terus bertambah baik selama bertahun-tahun," kata Cik Dorothy Wong, Naib Presiden Sumber Manusia Asia Pasifik.

Program latihan dan pembangunan Illumina merangkumkan kepercayaan bahawa peluang sentiasa ada untuk berkembang dan belajar tanpa mengira di mana seseorang berada dalam laluan kerjayanya. Pola fikir pertumbuhan ini bermula dengan menghargai pembelajaran daripada mengetahui, berserta mencari idea baharu dan menyahut cabaran semasa membangun.

"Illumina bersifat unik apabila melibatkan pembangunan. Apabila saya menyertainya, saya tidak pernah bekerja dalam industri bioteknologi, namun saya terdorong untuk memasang impian yang besar, mencuba dan bereksperimen. Tetap berpegang kepada nilai teras inovasi dan melangkah pantas, Illumina sering memberi saya kebebasan untuk mengamalkan percubaan tangkas, gagal dengan pantas, belajar dan meneruskan dengan banyak inisiatif yang telah saya usahakan. Hasilnya, saya berupaya membangunkan banyak kemahiran baharu dan berkembang secara meluas dalam kerjaya saya," kata Ee Leen Goh, Pengarah Pembuatan Guna Habis yang berkhidmat dengan Illumina selama sembilan tahun.

Illumina Singapore menawarkan tempat kerja yang bertumpu kepada inovasi dan penjagaan yang menghargai bakat unik individu dan menonjolkan yang terbaik daripada kumpulan, bagi menjayakan misi Illumina pada skala global.

Menyepadukan kerja dan kehidupan peribadi penting untuk pekerja Illumina. Bagi memupuk hal ini, pekerja ditawarkan dengan cuti tambahan melebihi syarat berkanun. Ini termasuk cuti paterniti berbayar selama enam minggu yang bukan khusus kepada gender ibu bapa serta cuti yang dikenali sebagai Masa Rehat Fleksibel. Ini merupakan cuti tahunan berbayar tambahan yang boleh diambil apabila pekerja kehabisan cuti tahunan berkanun dan tiada had tetap untuk kelayakan cuti ini.

Illumina Singapore ialah tapak berbilang fungsi dengan keupayaan pembuatan, penyelidikan dan pembuatan (R&D) serta menawarkan susunan kerja yang fleksibel mahupun hibrid. Sejak beberapa tahun yang lalu, skor Penglibatan dan Kepercayaan & Keyakinan Syarikat kekal konsisten, masing-masing mencapai purata lebih daripada 85 peratus dan 90 peratus.

"Bersesuaian dengan budaya kolaborasi kami, yang saya rasakan merupakan rahsia kejayaan kami, kami memperkasa pemimpin kami dan pasukan mereka untuk mengurus susunan kerja secara bersama yang mengimbangi keperluan individu dan syarikat. Ini membantu terutamanya semasa COVID yang memerlukan lebih kefleksibelan," kata Cik Wong.

Beribu pejabat di San Diego, California, kemudahan Singapura pertama Illumina dibuka pada tahun 2008 dengan sepuluh orang pekerja dan kemudahan berkeluasan 38,000 kaki persegi. Hari ini, Illumina Singapore telah menambah bilangan pekerja kepada lebih daripada 1,600 dan berkembang kepada tiga buah bangunan, menempati kawasan seluas sepuluh kali ganda berbanding ruang asal—kini berjumlah 385,000 kaki persegi. Momentum ini diteruskan dengan kemudahan tambahan untuk penyelidikan dan pembangunan yang dijangka dibuka dalam suku pertama tahun 2023.

Latar Belakang Illumina 

Illumina meningkatkan kesihatan manusia dengan menyerlahkan kuasa genom. Tumpuan kami ke atas telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju global dalam penjujukan DNA dan teknologi berasaskan tatasusunan, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam pasaran penyelidikan, klinikal dan gunaan. Produk kami digunakan untuk aplikasi dalam sains hayat, onkologi, kesihatan reproduktif, pertanian dan segmen baru muncul yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.illumina.com dan berhubung dengan kami di TwitterFacebookLinkedInInstagram dan YouTube.

Pertanyaan Media: 

Ujwal Sharma, Pengarah Akaun
Emel: USharma@webershandwick.com

Source: Illumina Singapore
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Awards