omniture

AMAZFIT DINAMAKAN JAM TANGAN PINTAR LUAR RASMI 2022 ESCAPE FROM ALCATRAZ TRIATHLON

Amazfit
2022-05-26 01:37 299

Jam Tangan Pintar GPS Luar Amat Teguh dan Tahan Lasak Sedia Cabar Perkara Mustahil dengan Peminat Triatlon

LOS ANGELES, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar global yang terkemuka daripada Zepp Health (NYSE: ZEPP), berasa bangga dinamakan sebagai penaja jam tangan pintar luar rasmi bagi 2022 Escape from Alcatraz Triathlon (EFAT). Diilhamkan oleh intipati jenama iaitu "Up Your Game" ("Berusaha Menjadi Lebih Baik"), siri jam tangan pintar T-Rex luar yang amat teguh dan tahan lasak daripada Amazfit bersedia menyediakan kepada para atlet dengan ciri-ciri komprehensif yang diperlukan oleh mereka untuk menyahut cabaran yang mendebarkan. 


Sebagai jenama yang memfokuskan kepada kesihatan dan kecergasan, Amazfit berdedikasi untuk menyediakan peranti boleh pakai termaju yang menginspirasikan gaya hidup yang sihat dan aktif, seperti Amazfit T-Rex Series yang berprestasi tinggi, berfungsi dan tahan lama yang menyumbang kepada portfolio luar yang komprehensif jenama ini. Melambangkan evolusi bagi koleksi luar tahan lasak ini, Amazfit T-Rex 2 baharu telahpun dilancarkan dengan penaiktarafan yang jauh lebih mengujakan termasuk:

  • Gaya penetap trend yang tahan lasak dan berani
  • Penentududukan dwi-jalur & lima satelit berkejituan tinggi serta hayat bateri 24-hari yang cukup berkuasa untuk mengharungi sebarang pengembaraan
  • Ketahanan gred-ketenteraan dilengkapi oleh operasi suhu amat rendah dalam persekitaran sedingin -30℃
  • Rintangan-air 10 ATM, lebih 150 mod sukan (termasuk Triatlon) & penjejakan kesihatan menyeluruh untuk memastikan peserta triatlon dilindungi semasa renang, berbasikal dan larian mereka
  • Navigasi [1] Import-laluan dan Waktu-sebenar serba baharu yang memboleh peserta triatlon daripada semua tahap mengesan pergerakan mereka terus pada jam tangan

Mengulas mengenai perkongsian baharu ini, Jennifer Lau, Naib Presiden Acara Sukan Aksi IMG berkata, "Kami teruja untuk membawakan Amazfit, peneraju bagi reka bentuk dan prestasi peranti boleh pakai sukan, untuk turut serta sebagai Penaja Jam Tangan Pintar Luar Rasmi. Dedikasi Amazfit untuk menyediakan kepada para atlet dengan teknologi untuk mencapai prestasi terbaik mereka sesuai dengan gaya hidup para peserta Escape From Alcatraz."

Amazfit, dengan kerjasama Escape from Alcatraz Triathlon, akan menyediakan kepada peserta triatlon EFAT yang terpilih dengan jam tangan pintar luar Amazfit T-Rex 2 serba baharu untuk mengesan prestasi latihan individu mereka dan metrik kesihatan peribadi, melalui perlumbaan dan seterusnya. Reruai Amazfit rasmi akan berada di lapangan pada 4 dan 5 Jun untuk memberikan sorakan kepada peserta dan dalam masa yang sama mendidik komuniti Escape mengenai produk yang menghubungkan kesihatan dengan teknologi.

Naib Presiden Amazfit, Bin Fan, mengulas, "Kami berbangga untuk menaja salah satu pertandingan yang paling dinanti-nantikan di Amerika. Amazfit berdedikasi untuk membangunkan jam tangan pintar luar yang andal dan berbilang fungsi yang dapat meningkatkan kualiti hidup. Kami bertapak kukuh menerusi intipati jenama kami iaitu 'Up Your Game' dan kami menggalakkan pengguna kami untuk menghidupkan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka dengan bebas. Dengan menjalin kerjasama bersama EFAT, kami berharap dapat membawakan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada kumpulan khalayak yang lebih luas dan menyokong bukan sahaja peminat sukan amatur, tetapi juga atlet profesional dengan produk-produk yang paling canggih daripada jenama ini."

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi Amazfit dan EFAT.

[1] Ciri-ciri ini akan ditambah melalui kemas kini OTA

Latar Belakang Amazfit 

Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar terkemuka di dunia yang memfokuskan kepada kesihatan dan kecergasan, merupakan sebahagian daripada Zepp Health (NYSE: ZEPP), sebuah syarikat teknologi kesihatan. Menawarkan seleksi luas jam tangan pintar dan tali jam, intipati jenama Amazfit ialah "Up Your Game" ("Berusaha Menjadi Lebih Baik"), menggalakkan pengguna untuk menghidupkan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka dengan bebas. Amazfit dikuasakan oleh platform pengurusan kesihatan proprietari Zepp Health yang memberi pandangan dan panduan boleh diambil tindakan 24/7 berasaskan awan untuk membantu pengguna mencapai matlamat kesihatan mereka.

Dilancarkan pada tahun 2015, hari ini Amazfit diterima oleh berjuta-juta pengguna. Produknya boleh didapati di lebih daripada 90 negara merentas benua Amerika serta EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut tentang Amazfit, kunjungi www.amazfit.com. Untuk maklumat lanjut tentang Zepp Health, kunjungi  www.zepphealth.com.

Escape from Alcatraz Triathlon 

Bermula daripada peserta Sukan Olimpik dan juara dunia hinggalah kumpulan umur yang bersemangat serta atlet tercabar, para peserta triatlon dari seluruh dunia akan memenuhi jalan raya dan perairan San Francisco sempena Escape from Alcatraz Triathlon tahunan kali ke-41 pada hari Ahad, 5 Jun 2022. Sejarah terkenal pulau tersebut sebagai penjara persekutuan yang tidak dapat ditembus mencetuskan cabaran misteri kepada para atlet seluruh dunia, peluang untuk "melarikan diri dari Alcatraz." Untuk maklumat tambahan kunjungi www.EscapeAlcatrazTri.com.

Untuk Pertanyaan Media: 

Hubungi Perhubungan Awam Amazfit AS:
angela.tang@zepp.com
napr@zepp.com 

Hubungi Perhubungan Awam Amazfit Global:
tangjingjing@zepp.com 

 

Source: Amazfit
Related Stocks:
NYSE:ZEPP
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Licensing/marketing agreements