omniture

KES DITOLAK: WHISKEY & WEALTH CLUB MEMENANGI KEPUTUSAN PENTING DALAM UNDANG-UNDANG SEKURITI AMERIKA SYARIKAT DENGAN PENARIKAN BALIK

Whiskey & Wealth Club
2022-07-11 14:00 99

Lembaga Sekuriti Negeri Texas telah menuduh pemborong Scotch dan Wiski Ireland bergred premium terlibat dalam penipuan – pernyataan yang kini telah ditarik balik sepenuhnya  

DUBLIN dan LONDON, 11 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah Lembaga Sekuriti di Amerika Syarikat telah kalah dalam perbicaraan awal oleh Whiskey & Wealth Club yang berpangkalan di London dan di Dublin, selepas Pesuruhjaya Sekuriti di Texas menolak perintah henti terhadap pemborong tong minuman keras tersebut.  

Penolakan dan penarikan balik yang penting terhadap dakwaan yang dibuat oleh Lembaga Sekuriti Negeri Texas dalam satu perintah kecemasan dan siaran media pada 2 November 2021, kini telah ditarik balik sepenuhnya.

Lembaga Sekuriti tersebut menegaskan bahawa Whiskey & Wealth Club telah melanggar statut sekuriti Amerika Syarikat dan khususnya, pelaburan yang terikat pada palet wiski merupakan sekuriti.

Keputusan itu kini mengesahkan bahawa Whiskey & Wealth tidak terlibat dalam pelaburan atau dagangan sekuriti mengikut undang-undang Amerika Syarikat, yang bermaksud bahawa ia adalah seperti membeli koleksi seperti karya seni, jam tangan atau kereta.

Resolusi akhir ini menolak secara saksama – keseluruhannya – kesemua dakwaan bahawa Whiskey & Wealth Club mengendalikan tawaran sekuriti yang melanggar undang-undang sekuriti Amerika Syarikat. Penolakan sedemikian amat jarang berlaku dan hanya dilakukan jika diberikan dengan jelas. Fakta bahawa Whiskey & Wealth Club memperoleh penolakan dakwaan tersebut merupakan bukti yang bermaksud: dakwaan yang dibuat adalah jelas tidak benar sama sekali.

 Sebelum apa-apa bukti dapat dibentangkan, pihak Lembaga telah menuduh syarikat ini "terlibat dalam penipuan berhubung dengan tawaran penjualan sekuriti" yang mengancam bakal melakukan "kemudaratan kekal" kepada orang ramai – pernyataan yang kini telah ditarik balik sepenuhnya oleh mereka.

 Perjanjian untuk menolak tuduhan ini telah difailkan pada 7 Julai 2022, di mana agensi Texas telah mendapati bahawa Whiskey & Wealth Club tidak terlibat dalam aktiviti haram berhubung dengan tawaran atau penjualan sekuriti dan tidak membuat pernyataan untuk menipu orang ramai.

Pihak Lembaga turut menolak dakwaan dan perintah terhadap pekerja individu Whiskey & Wealth, yang bernama: Scott Sciberras, William Fielding, Alex Mook, Richard Falconer dan Benjamin Dunlop.

Mengulas tentang pengguguran tersebut, Pengasas Bersama Whiskey & Wealth, En. Jay Bradley berkata bahawa keputusan tersebut kini membuka laluan kepada model perniagaan yang sangat dikawal selia untuk berkembang maju di Amerika Syarikat, di mana jualan wiski Ireland -  minuman keras premium yang paling pesat berkembang di dunia - diramalkan akan mengatasi jualan Scotch menjelang tahun 2030.

"Ini merupakan satu kemenangan yang amat penting dan besar bagi Whiskey & Wealth Club dalam sebuah kes yang telah mengganggu perniagaan kami selama 8 bulan dan menelan jumlah wang yang banyak untuk yuran guaman, menyebabkan sumber berkurangan serta merosakkan reputasi syarikat kami, namun kini ia membuka laluan perniagaan borong tong minuman keras kami untuk berkembang maju di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia," kata En. Bradley.

"Lembaga Sekuriti kini telah membetulkan kesilapannya dan mengiktiraf kerjasama besar kami dalam siasatan ini. Penarikan balik dan penolakan kes ini merupakan sesuatu amat hampir sama dengan permohonan maaf kepada pihak kami," beliau berkata.

Perintah baharu ini menyatakan bahawa Whiskey & Wealth Club telah bekerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan serta menyediakan rekod dan maklumat berkaitan perniagaannya kepada Bahagian Penguatkuasaan.

Perintah ini turut menambah: "Pihak responden, (Whiskey & Wealth Club), telah menetapkan pembelaan tertentu, termasuk bahawa mereka tidak menawarkan atau menjual sekuriti, mereka tidak bertindak sebagai peniaga dan mereka tidak terlibat dalam pelanggaran Akta Sekuriti dengan sengaja. Selaras dengan pembelaan tersebut, pihak Responden telah menyerahkan maklumat yang mencukupi untuk menyimpulkan bahawa penolakan Perintah Kecemasan telah diberikan".

Menyentuh tentang penolakan yang penting tersebut, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Whiskey & Wealth Club, Scott Sciberras berkata beliau terperanjat dengan kekerasan konflik Amerika Syarikat antara keadilan dan perbicaraan oleh media serta mengatakan bahawa dasar dan prosedur yang digunakan oleh Lembaga Negeri boleh memberi kesan kewangan dan reputasi yang besar terhadap mana-mana perniagaan.

"Kami percaya amalan A.S. mengeluarkan kenyataan akhbar yang merosakkan reputasi pada hari yang sama sebagai satu perintah undang-undang, tanpa melihat atau mendengar sebarang bukti, malah menuduh syarikat melakukan penipuan - dan kemudian menarik balik kesemua dakwaan itu 8 bulan kemudian, boleh memberi kesan yang amat buruk kepada kebanyakan perniagaan. Strategi undang-undang dan perhubungan awam seperti ini tidak pernah berlaku di Ireland, UK atau negara Komanwel.

"Kami bernasib baik kerana berjaya mengharungi masalah ini disebabkan pangkalan pelanggan kami yang amat setia dan pelanggan baharu yang dapat melihat melangkaui pernyataan dan dakwaan yang dibuat oleh Lembaga Sekuriti Negeri Texas".

En. Sciberras menambah: "Kami telah bekerjasama rapat dengan Lembaga Sekuriti untuk mendidik mereka tentang proses pembelian dan penjualan wiski tong borong serta cara model perniagaan kami berfungsi dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka pada masa hadapan".

Populariti pelaburan wiski telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang sebahagiannya didorong oleh populariti wiski pakar Ireland yang asli yang telah menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 140% pada dekad yang lalu. Tong wiski dianggap sebagai 'aset haus' dan tidak tertakluk kepada Cukai Laba Modal, (CGT).

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://whiskeywealthclub.com/whiskey-wealth-club-fraud-case-dismissed-landmark-decision-in-united-states/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1855393/Whiskey_Wealth_Club_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Whiskey & Wealth Club
Keywords: Banking/Financial Service Beer, Wine & Spirits Beverages Retail Legal issues