omniture

CoachHub Dorong Pengembangan APAC, Dedahkan Ruang Pejabat Baharu di Singapura dan Tingkatkan Jumlah Jurulatih sebanyak 75% Tahun Ini

CoachHub
2022-08-23 08:30 274

SINGAPURA, 23 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- CoachHub, platform kejurulatihan global yang terkemuka, mengumumkan pencapaian pertumbuhan baharu di APAC tatkala ia meneruskan pertumbuhan hiper globalnya dan berusaha untuk meningkatkan kejurulatihan digital dengan memanfaatkan pusingan pendanaan Siri C $200 jutanya baru-baru ini.

Selepas melancarkan ibu pejabat APACnya di Singapura awal tahun ini, perintis kejurulatihan digital berusia empat tahun ini memperkenalkan ruang pejabat baharu dan mula menambah pengambilan pekerja baharu kepada pasukan kukuhnya yang terdiri daripada 50 orang pekerja di seluruh rantau ini dengan rancangan untuk menggandakan jumlah pekerja sepanjang tahun hadapan. Syarikat ini meningkatkan jumlah jurulatihnya sebanyak 75% di APAC pada tahun ini untuk menawarkan kepada lebih banyak syarikat di rantau ini dengan sokongan yang diperlukan oleh mereka untuk memupuk kemahiran kepimpinan dan kehidupan pada semua peringkat dan generasi.

CoachHub mempunyai rancangan untuk meningkatkan tawaran produknya tatkala ia berusaha untuk meluaskan bidang kejurulatihan merentas geografi dalam pasaran berpotensi tinggi, lalu menjadikannya lebih diperibadikan, boleh diukur dan berpatutan. Ketika ini, organisasi ini menjalin perkongsian strategik global bersama Gloat, platform ketangkasan tenaga kerja dan pasaran bakat dan turut melancarkan CoachHub Academy: koleksi yang merupakan senarai main pembelajaran mikro yang diwujudkan untuk membawa perjalanan kejurulatihan ke tahap seterusnya. Momentum syarikat yang berterusan menonjolkan peluang pasaran yang sigfinikan dan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian kejurulatihan digital yang perusahaan perusahaan berkualiti tinggi dan secara bersemuka.

Menurut Tinjauan HR Global CoachHub baru-baru ini, 77% daripada ahli profesional pembelajaran dan pembangunan (L&D) merasakan keperluan untuk meningkatkan kemahiran dan membangunkan pekerja meningkat sejak bermulanya pandemik. Kejurulatihan digital memainkan peranan penting dalam mendorong peningkatan kemahiran dan penglibatan pekerja, salah satu sebab mengapa kejurulatihan dijangka berkembang sehingga 100 kali ganda menjelang akhir dekad ini.

Mengulas tentang kejayaan mereka, Tim MacCartney, Naib Presiden Kanan CoachHub APAC, berkata: "Tahun 2022 ialah tahun yang istimewa dalam perjalanan syarikat kami kerana pasukan kami tidak henti-henti berlumba ke hadapan bagi meraih pencapaian pertumbuhan yang baharu dan membawa perubahan kepada kategori kejurulatihan dengan inovasi baharu. APAC merupakan pasaran yang sangat penting untuk CoachHub memandangkan di sinilah di mana kejurulatihan masih di peringkat mula tumbuh dan dijangka meningkat berlipat kali ganda di tengah-tengah tenaga kerja yang sentiasa berkembang. Mengikut laporan industri, aplikasi dan platform kejurulatihan digital berada di peringkat penginovasi awal dan permintaan akan terus berkembang. Ruang kerja, produk dan pengambilan pekerja baharu kami di rantau ini mengesahkan lagi momentum pertumbuhan berterusan kami dan menonjolkan potensi industri yang amat besar."

Bermula daripada sifar pada tahun lalu, CoachHub menambah sejumlah besar logo baharu setakat ini, termasuk Sodexo untuk Asia, Heineken di Vietnam, Nine Digital dan Santos di Australia.

Laporan Impak Ekonomi Keseluruhan (Total Economic Impact, TEI) CoachHub, satu kajian global bertauliah yang dijalankan oleh Forrester Consulting bagi pihak CoachHub, membuktikan syarikat-syarikat menerima faedah yang ekstensif daripada pelaburan awal dalam penyelesaian kejurulatihan digital CoachHub. Anggaran konservatif untuk perusahaan menggunakan platform kejurulatihan berpandukan AI, secara bersemuka sepanjang tiga tahun termasuk pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 260%, nilai semasa bersih mencecah of $3.3J, peningkatan produktiviti hingga $115.9J, 3% hingga 5% penambahbaikan dalam pengekalan pekerja serta satu jam masa HR yang dijimatkan bagi setiap pekerja.

Menyasarkan ke arah cabaran pembelajaran dan pembangunan penting di rantau ini, MacCartney berkata: "Terdapat pemahaman yang semakin meningkat tentang kekurangan keberkesanan kaedah-kaedah kejurulatihan tradisional dan pendekatan sementara (band-aid) untuk menyelesaikan cabaran manusia yang dihadapi oleh syarikat-syarikat di Asia. Di CoachHub, kami bekerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin di rantau ini untuk memikirkan semula pembangunan insan dengan tujuan untuk memperkasa lebih ramai pekerja perusahaan dengan kemahiran yang dapat membantu mereka menjadi pemimpin atau pengurus yang lebih baik, mengurus tekanan, mengendalikan konflik serta secara keseluruhan menjalani kehidupan yang lebih baik."

Platform CoachHub tersedia dalam bahasa-bahasa yang paling penting di rantau ini termasuk Bahasa Cina, Bahasa Jepun, Bahasa Korea dan kumpulan jurulatih bukan sahaja boleh bertutur dalam bahasa-bahasa ini, tetapi juga Bahasa Hindi, Bahasa Tamil, Bahasa Thai, Bahasa Punjabi, Bahasa Urdu, Bahasa Melayu, Bahasa Marathi, Bahasa Telugu, Bahasa Gujarati, Bahasa Tagalog dan banyak lagi bahasa yang lain.

CoachHub memperoleh dana sebanyak USD 330J setakat ini. Selepas pemerolehan terhadap perintis kejurulatihan Perancis MoovOne baru-baru ini dan bahagian kejurulatihan perunding perniagaan Austria terkemuka Klaiton, kini syarikat ini semakin banyak melabur dalam Coaching Lab untuk mendorong kajian saintifik yang dapat membawa kepada hasil ketara yang merupakan pembeza utamanya. CoachHub merancang untuk memberi impak positif kepada dunia kejurulatihan dan komuniti perniagaan secara keseluruhan dan bergerak pantas untuk meningkatkan jumlah kakitangan globalnya kepada 1,000 orang pekerja menjelang tahun 2023.

Untuk maklumat lanjut tentang CoachHub, sila kunjungi www.coachhub.com.

Latar Belakang CoachHub

CoachHub ialah platform kejurulatihan global terkemuka yang membolehkan organisasi-organisasi mencipta program kejurulatihan yang diperibadikan, boleh diukur dan boleh diskala untuk seluruh tenaga kerja, tanpa mengira jabatan atau peringkat kekananan. Dengan berbuat demikian, organisasi-organisasi berupaya untuk meraih banyak faedah, termasuk peningkatan penglibatan pekerja, tahap produktiviti yang tinggi, prestasi pekerjaan yang lebih baik dan peningkatan pengekalan. Kumpulan jurulatih global CoachHub terdiri daripada lebih 3,500 jurulatih perniagaan bertauliah di 90 negara merentas enam benua dengan sesi-sesi kejurulatihan tersedia dalam lebih 60 bahasa, untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 500 pelanggan. Kami bekerjasama dengan ASICS, Coca-Cola, Fujitsu, Sodexo, TDK, Twitter dan World Vision, antara lain. Program-program kami adalah berasaskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) termaju daripada Coaching Lab kami, dipimpin oleh Prof. Jonathan Passmore dan Lembaga Saintifik kami. CoachHub disokong oleh pelabur-pelabur teknologi terkemuka termasuk Sofina, SoftBank Vision Fund 2, Molten Ventures, Speedinvest, HV Capital, Partech dan Silicon Valley Bank/SVB Capital.

Lokasi Pejabat Ibu Pejabat APAC Baharu

CoachHub Coaching Pte Ltd
1 Raffles Place
One Raffles Place Mall, #02-01
Singapura 048616

Source: CoachHub
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion