omniture

JollyMax Berkolaborasi dengan Super Sus Capai Kejayaan Penting

JollyMax
2022-09-06 09:06 208

JAKARTA, Indonesia, 6 September 2022 /PRNewswire/ -- Kerjasama antara platform sehenti hiburan digital global JollyMax dan rakan kongsi jenama Super Sus telah mencatatkan keputusan yang mengagumkan sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini. Kedua-dua rakan kongsi ini bekerjasama bagi meningkatkan pendedahan untuk permainan ini, dengan JollyMax menyimpan halaman caj semula dan hadiah yang eksklusif untuk permainan ini sebagai sebahagian daripada kempen ulang tahun satu tahunnya baru-baru ini. Sebagai penyedia produk dan perkhidmatan digital, JollyMax terus meninjau peluang baharu bagi menyokong pengantarabangsaan dan penyetempatan pembangun permainan ini dalam pasaran-pasaran baru muncul.

JollyMax X Super Sus
JollyMax X Super Sus

Super Sus ialah permainan aksi deduksi sosial seperti serigala jadian yang dimainkan secara mudah alih dan pelayar yang mana pemain memainkan peranan sebagai salah satu daripada beberapa watak berbeza yang disyaki melakukan perbuatan khianat. Ciri-ciri permainan yang amat bersifat sosial ini memerlukan tumpuan tinggi terhadap penyempatan produk bagi memastikan pemain berhubung dan berinteraksi dengan satu sama lain yang bertutur dalam bahasa yang sama dan memahami budaya yang sama. Melalui kolaborasi yang erat dengan studio ini, JollyMax membantu permainan ini dalam promosi pelancaran, menyerlahkan keseronokan berkualiti tinggi dan unik yang ditawarkan dan membolehkan Super Sus mencapai sasaran pengkomersialannya.

"JollyMax memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menawarkan perkhidmatan kepada pemain tempatan, seperti menjadikan proses bayaran ringkas dan mudah, tetapi juga dalam mempromosikan permainan ini merentas platform-platform yang berbeza. Dengan sokongan daripada JollyMax, kami berupaya untuk memajukan Super Sus menjadi permainan dalam talian yang sangat popular dengan komuniti pemain yang meriah dan semakin berkembang, di samping memacu trafik dan hasil yang lebih tinggi," kata Mike Goh, Ketua Operasi Pembayaran Super Sus.

Sebagai persediaan untuk pelancaran rasmi Super Sus di JollyMax, platform ini membantu dalam mengaturkan kempen gembar-gembur pra-pelancaran yang komprehensif. Dengan memanfaatkan sumber yang ekstensif di Asia Tenggara, JollyMax mampu meningkatkan kesedaran untuk permainan ini melalui penerbitan media sosial dan kandungan berkaitan permainan dan mempromosikan tawaran pengecasan pelanggan awal. Di samping itu, platform ini bekerjasama dengan pempengaruh industri yang berkaitan bagi penerbitan kuiz interaktif dan prapelancaran kandungan pratonton tidak rasmi (sneak peek).

Setelah dilancarkan, JollyMax terus bekerjasama dengan pempengaruh tempatan untuk mempromosikan permainan ini dan membina komuniti yang terdiri daripada pemain yang bersemangat. Sepanjang bulan Ogos, sebagai sebahagian daripada kempen ulang tahun satu tahun JollyMax, syarikat ini berkolaborasi dengan Super Sus dan meningkatkan trafik bagi merangsang pasaran baharu, berkembang ke 15 negara dan mencapai peningkatan jualan harian sebanyak 500%. Platform ini turut menghasilkan halaman aktiviti eksklusif untuk Super Sus bagi menyasarkan pasaran penting tertentu dan menawarkan promosi masa terhad, termasuk menawarkan topi Super Sus eksklusif edisi terhad semasa membuat caj semula, ganjaran jemputan dan acara loteri.

"Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Super Sus kerana kami percaya dalam mempromosikan produk yang berkualiti tinggi kepada pengguna kami. Setakat ini, perkongsian ini mencapai kejayaan yang besar, telahpun dilancarkan di 15 negara dan merekodkan peningkatan jualan sebanyak lima kali ganda. Melangkah ke hadapan, kami tetap komited untuk menyokong Super Sus untuk membangun dalam pasaran baharu dan mencapai jangkauan yang benar-benar bersifat global," kata Dana Gu, Pengurus Komuniti Global JollyMax.

Latar Belakang Super Sus
Super Sus ialah permainan deduksi sosial 3D seperti serigala jadian yang tersedia secara mudah alih dan pada pelayar yang mana pemain memainkan peranan sebagai salah satu daripada beberapa watak berbeza yang disyaki melakukan perbuatan khianat. Pemain ditugaskan untuk meneroka dunia interaktif yang dipenuhi dengan pelbagai teka-teki dan terlibat dalam kerja berpasukan berasaskan sosial bagi membongkar petunjuk sementara penjahat yang menyamar cuba mengganggu tahap kemajuan mereka. Ketika ini, permainan ini memiliki lebih 300 juta pemain global.

Latar Belakang JollyMax
JollyMax ialah platform jualan runcit global ulung yang menawarkan kepada peminat permainan di serata dunia dengan akses kepada beberapa tawaran yang paling berkesan kos untuk produk dan perkhidmatan digital. JollyMax bekerjasama dengan peniaga global, syarikat permainan dan penyedia perkhidmatan pembayaran yang terkemuka untuk menyokong pengguna dari serata dunia.

Source: JollyMax
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services