omniture

Huawei, ASEAN Foundation menggesa tindakan kolektif dalam pemupukan bakat digital APAC

Huawei Connect
2022-09-21 03:08 102

BANGKOK, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- Huawei, bekerjasama dengan ASEAN Foundation, menganjurkan Sidang Kemuncak Bakat Digital Asia Pasifik di Bangkok pada hari Isnin, sebagai sebahagian daripada acara unggulan tahunannya Huawei Connect.

Bertema "Memupuk Bakat, Menyerlahkan Digital", sidang kemuncak tersebut menghimpunkan pihak berkepentingan daripada kerajaan, dunia akademik dan industri untuk meneroka laluan membina kumpulan bakat ICT yang bersedia mendepani masa depan dan menyerlahkan potensi digital di rantau Asia-Pasifik.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Ekkaphab Phanthavong, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN untuk Komuniti Sosio-Budaya berkata: "Sidang kemuncak ini penting untuk mewujudkan perbincangan dan usaha dari segi bagaimana kita dapat memupuk bakat ICT yang inovatif di rantau ini, mengenal pasti status semasa mereka, menangani kesukaran dan ketidaksamaan digital serta menentukan langkah ke hadapan."

Dr. Yang Mee Eng, Pengarah Eksekutif ASEAN Foundation berharap agar "Melalui sidang kemuncak ini, kami akan membawakan pihak berkepentingan utama di seluruh rantau ini untuk meningkatkan muafakat, menangani kesukaran dan mengambil tindakan yang mencukupi untuk menangani jurang digital, memupuk bakat yang inovatif dan menyerlahkan transformasi digital untuk rantau ini."

Sementara itu, pegawai-pegawai kerajaan dari rantau ini berkongsi amalan terbaik dalam pemupukan bakat digital. Prof. Nizam, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Budaya, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia menyatakan: "Di Indonesia, kami mentransformasikan sistem pendidikan kami agar bersedia menerima fungsi digital dan membangunkan kumpulan bakat teknologi digital melalui pelbagai inisiatif."

Sok Puthyvuth, Setiausaha Negara, Kementerian Pos dan Telekomunikasi Kemboja berkata: "Kemboja telah mula memasukkan subjek-subjek digital ke dalam kurikulum sekolah, memanfaatkan platform dalam talian dan menubuhkan pusat teknologi komuniti untuk pelajar. Sementara itu, kami bekerjasama dengan sekolah-sekolah latihan vokasional bagi menyediakan latihan digital buat mereka yang telahpun terlibat sebagai tenaga kerja."

Profesor GUO Yike, Naib Presiden, Hong Kong Baptist University memperkenalkan kepada audiens tentang ensembel AI pertama di dunia, Turing AI Orchestra (TAIO). "TAIO akan menggalakkan pendidikan transdisiplin kepada generasi akan datang," kata beliau. Profesor Hitoshi Yamada, Bekas Naib Presiden Yokohama National University di Jepun, berbicara tentang bagaimana pertukaran antarabangsa dapat mentransformasikan pembangunan bakat digital.

Simon Lin, Presiden Huawei Asia Pacific, menjelaskan strategi bakat Huawei di rantau ini: "Hampir kesemua negara Asia Pasifik memperkasa bakat-bakat ICT terutamanya anak muda untuk meningkatkan ekonomi digital. Sebagai sebuah syarikat global yang berakar umbi dalam pasaran tempatan, Huawei akan terus mengukuhkan ekosistem bakat melalui kepimpinan, kemahiran dan ilmu pengetahuan."

Ucapan berkenaan diikuti oleh panel yang membawakan rangkuman digital dan Pemulihan pasca-pandemik. Michele Wucker, penulis terlaris global bagi "The Gray Rhino", memberi pandangan beliau tentang cara untuk meningkatkan penyertaan belia dalam penggubalan dasar bagi menyokong rangkuman digital. Iona Dominique, salah seorang ahli pasukan yang menang dalam APAC Seeds for the Future Tech4All Competition, berkongsi projek beliau untuk membantu pencari kerja kurang upaya mendapat pekerjaan dengan awan dan AI.

"Tindakan kolektif antara sektor swasta, dunia akademik dan kerajaan dapat menyumbang ke arah rangkuman digital dalam era ini," kata Profesor Guo Song daripada Hong Kong Polythecnic University.

 

Source: Huawei Connect
Keywords: Computer/Electronics Education Trade show news