omniture

CATL bakal Tonjolkan Kemajuan dalam Penyelesaian Storan Tenaga di RE+ 2022

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-09-26 09:39 107

Inovasi teknologi utama mengupayakan penyelesaian storan tenaga yang amat andal dan selamat dalam penjanaan kuasa, penghantaran dan pengagihan kuasa, penggunaan kuasa untuk memperkasa kebebasan tenaga buat semua

ANAHEIM, California26 September 2022 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), peneraju bertaraf global bagi teknologi inovatif tenaga baharu, mempersembahkan penyelesaian storan tenaga semua-senario yang terkini di Solar Power International sebagai sebahagian daripada RE+ 2022, diadakan di Anaheim, California mulai 20-22 September. Persidangan berkenaan merupakan acara industri tenaga bersih yang terbesar dan paling komprehensif di Amerika Utara.


Memenuhi matlamat penyahkarbonan global untuk menangani perubahan iklim bererti kita perlu beralih daripada sumber fosil kepada sumber tenaga boleh diperbaharui dengan andal dan cekap. Penyelesaian storan tenaga memainkan peranan penting dalam mengupayakan peralihan dan inovasi menjadi kunci untuk menyerlahkan potensi penuh tenaga boleh diperbaharui dengan mengurangkan kos sistem storan tenaga, meningkatkan hayat perkhidmatan, ketahanan, ketumpatan tenaga dan keselamatan.

"Bagi mencipta masa depan yang lebih bersih untuk semua, menggantikan bahan api fosil dalam sistem tenaga pegun dengan tenaga boleh diperbaharui yang amat cekap adalah sangat penting," kata Tan Libin, naib presiden CATL. "Kami komited untuk menyumbang kepada usaha global dalam keneutralan karbon dengan memperkasa peralihan tenaga yang amat kita perlukan. Kami teruja dapat menunjukkan kemajuan kami dalam membangunkan produk yang berkualiti tinggi yang akan menyokong pembangunan mampan ekonomi global kita."

Ciri-ciri Teknologi Utama untuk Menyerlahkan Potensi Tenaga Boleh Diperbaharui

Komited untuk menyediakan penyelesaian storan tenaga kelas pertama, CATL membangunkan sistem storan tenaga bateri ion-litium merentas senario apalikasi dalam penjanaan kuasa, penghantaran dan pengagihan kuasa serta penggunaan kuasa. RE+ 2022 menawarkan peluang kepada pemimpin industri tenaga untuk mempelajari lebih lanjut tentang kemajuan inovasi CATL yang utama dalam industri bagi memperkasa kebebasan tenaga buat semua:

·  Keselamatan yang Tinggi: CATL mengambil pendekatan yang komprehensif untuk memastikan berbilang lapisan perlindungan pada peringkat sel, modul dan rak. CATL memilih dan mereka bentuk dengan teliti bahan mentah dan mengaplikasikan kawalan yang ketat dalam proses pembuatan serta ujian dan penentusahan yang komprehensif bagi menjamin kualiti baterinya. Di samping itu, pemantauan 24-jam dan sistem amaran awal berasaskan data raya memastikan operasi yang selamat dan keandalan produknya dalam senario kehidupan sebenar.

·  Ketumpatan Tenaga yang Tinggi: Bahan berketumpatan tenaga tinggi yang canggih dan penyelesaian CTP asli meningkatkan dengan berkesan ketumpatan tenaga dalam sistem bekas bagi mencapai ketumpatan tenaga ruang lantai seluas lebih 250 kWj/m2. EnerOne, sistem storan tenaga bateri (BESS) penyejukan cecair luar modular unggulan daripada CATL, menampilkan struktur kompak yang menggunakan 35% kurang ruang lantai berbanding dengan produk penyejuk udara tradisional, seterusnya mengurangkan lagi kos pembinaan.

·  Hayat Perkhidmatan yang Panjang: Bateri storan tenaga untuk penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan kuasa membawa permintaan yang tinggi untuk hayat perkhidmatan yang panjang dan keandalan yang tinggi. Dengan penaiktarafan dalam komponen bateri untuk memperlahankan kehilangan kapasiti bateri, CATL berjaya menetapkan penanda aras global dengan hayat bateri tunggal 12,000 kitaran dan mengurangkan Storan Kos Penggunaan Teraras (LCUS) dalam seluruh kitar hayat bateri. CATL kini menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang selanjutnya dalam penyelesaian storan tenaga elektrokimianya, dengan tujuan untuk meningkatkan hayat kitaran kepada paras tinggi mencatat rekod 18,000 – meluaskan skala stesen janakuasa storan tenaga tunggal kepada 1GWj dan menyaingi tahap storan dipam mengikut kos setiap kilowatt jam dan kapasiti storan tenaga.

·  Kawalan Suhu Pintar: Penyelesaian storan tenaga CATL membawakan sistem pengurusan terma pintar untuk mengelakkan kesan timba yang disebabkan oleh sel yang disambung secara bersiri dengan berkesan dan memastikan perbezaan suhu sel dalam bekas kepada lingkungan 5℃, meningkatkan daya pemprosesan tenaga tersedia dalam kitar hayat sistem dengan berkesan. Khususnya, sistem penyejukan cecair penukaran frekuensi bersepadu, EnerOne, dapat mengehadkan perbezaan suhu sel hingga 3℃ dan meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 33%.

·  Pengurusan Bateri Pintar: BMS pintar CATL yang unik memantau status kesihatan bateri 24/7 dan mengenal pasti bateri yang tidak bagus lebih awal. Amaran awal bahaya kebakaran bateri dapat mengurangkan kebarangkalian berlakunya kebakaran yang berkaitan sebanyak lebih 90%. Sistem amaran awal dalam talian memastikan operasi bateri yang selamat sepanjang kitar hayatnya.

Komitmen terhadap Pembuatan Hijau

Melalui inovasi teknologi, CATL terus memberi impak yang positif dalam pembuatan dan kelestarian alam sekitar. Kilang Yibin miliknya merupakan kilang karbon-sifar diperakui yang pertama di dunia, manakala kemudahan Ningde telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai "Kilang Rumah Api" global, seterusnya menjadikannya tapak pengilangan bateri pertama yang menyertai Global Lighthouse Network (GLN) WEF.

Selain daripada langkah-langkah pengurangan karbon, CATL memperkenalkan kitar semula bateri bagi mencapai pengkarbonan bateri yang rendah. RE+ 2022 akan menjadi peluang untuk hadirin melihat bagaimana syarikat tersebut merancang untuk memajukan sumbangan ini di seluruh dunia.

Pada tahun 2021, perniagaan storan tenaga CATL tersenarai di tempat pertama dalam bahagian pasaran pengeluaran bateri storan tenaga globalnya, menyokong lebih 100 projek berskala-utiliti di serata dunia.


 


 


 


 


 


 


Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news