omniture

Dialu-alukan sertai Kem Pembangun Remaja & Bengkel Guru Jalur dan Jalan ke-6

Children & Youth Science Center of CAST
2022-10-11 02:11 265

BEIJING, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kem Pembangun Remaja & Bengkel Guru (Teenager Maker Camp & Teacher Workshop) Jalur dan Jalan ke-6 diadakan secara bersama oleh China Association for Science and Technology, Kementerian Sains dan Teknologi Republik Rakyat China, Kerajaan Rakyat Perbandaran Chongqing dan Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi mulai September hingga November 2022. Kem ini merupakan aktiviti pertukaran antarabangsa percuma yang dibuka kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sains baik daripada sekolah menengah rendah mahupun sekolah menengah atas. Acara besar-besaran ini terdiri daripada beberapa aktiviti dalam talian yang menarik tetapi tidak terhad kepada Kursus Sains Dalam Talian, Ceramah Saintis, Lawatan Dalam Talian VR, Pertukaran dan Pengalaman Budaya Tradisional Cina, Foto Berkumpulan "Dance to the Music" serta "Youth and Bridge". Para sukarelawan dalam talian akan berhubung dengan setiap peserta yang mendaftar untuk menawarkan bantuan sepanjang berlangsungnya acara ini. Kursus Sains Dalam Talian meliputi 3 tema termasuk Pengangkutan Lestari, Kenderaan Pintar dan Kampus Hijau. Di bawah setiap tema, terdapat tugas-tugas akhir yang menarik untuk diterokai oleh pelajar-pelajar bersama rakan-rakan mereka manakala bimbingan dalam talian akan turut diberikan oleh pakar-pakar Cina. Para peserta yang menyelesaikan tugas akhir akan mendapat sijil Pencipta Terbaik, Pembentangan Terbaik dan Kerja Berpasukan Terbaik. Laman sesawang rasmi acara ini ialah https://www.brvsc.org.cn/sixthMakerCamp/.

 

Source: Children & Youth Science Center of CAST
Keywords: Computer/Electronics Education STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events