omniture

AVATAR: THE EXPERIENCE AKAN DILANCAR BESAR-BESARAN PADA 28 OKTOBER 2022, DI CLOUD FOREST, GARDENS BY THE BAY

Cityneon Holdings
2022-10-11 15:11 284

MENGUMUMKAN TIKET AVATAR: THE EXPERIENCE MULA DIJUAL SEKARANG

ALAMI KEAJAIBAN PANDORA DI UCARA PERASMIAN BESAR-BESARAN CLOUD FOREST, 28 OKTOBER 2022

SINGAPURA, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Avatar: The Experience akan dilancarkan secara besar-besaran pada 28 Oktober 2022, di Cloud Forest, Gardens by the Bay. Cityneon Holdings, Pengalaman Berasaskan Lokasi Disney serta Lightstorm Entertainment James Cameron dan Jon Landau telah berkolaborasi dengan erat untuk mengadakan acara penelusuran imersif yang diinspirasikan oleh kecantikan dan pengisahan unik filem yang mendapat kutipan tertinggi di seluruh dunia sepanjang zaman, Avatar.

Avatar: The Experience at Gardens by the Bay, Singapore
Avatar: The Experience at Gardens by the Bay, Singapore

Para tetamu akan mengembara menelusuri dunia asing Pandora menyaksikan persekitaran bercahaya (bioluminescent), berinteraksi dengan makhluk mistiknya dan flora serta berkongsi budaya menarik orang aslinya, Na'vi.

Avatar: The Experience, ditempatkan dalam Cloud Forest ikonik yang menarik secara visualnya di Gardens by the Bay, akan meningkatkan lawatan tetamu dengan interaktif yang mengagumkan dan kandungan menarik merentas lima zon berbeza. Interaktif akan termasuk penampilan sulung banshee animatronik saiz hidup, mempesonakan pengunjung dengan penampilannya yang luar biasa realistik dan terperinci, raungan asli dan reaksi waktu sebenar kepada persekitarannya. Di samping itu, para tetamu akan diperkenalkan dengan bayi banshee yang dikendalikan oleh tenaga pengajar pemain boneka berkepakaran bagi menyediakan peluang foto yang unik untuk acara ini. Laluan tersebut diteruskan dengan pemasangan mengujakan di seluruh tempat tersebut dan pandangan pertama terhadap representasi arca artistik makhluk marin baharu, IIu, daripada filem Avatar: The Way of Water yang akan datang.

Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Cityneon Holdings, En. Ron Tan berkata "Kami amat berbesar hati untuk mempersembahkan Avatar: The Experience, di Cloud Forest milik kami sendiri di Gardens by the Bay di Singapura. Ini merupakan satu usaha global dengan kesemua rakan usaha sama berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mentransformasikan lokasi hijau ikonik ini kepada pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan kedatangan anda!"

Gardens by the Bay telah meraikan inovasi selama lebih sedekad dan menyambut lebih 85 juta pengunjung dengan hortikultur yang mengagumkan dan dedikasi kepada idea bahawa lokasi yang unik dapat mengilhamkan hubungan global. Bagi memuliakan asas tersebut, para tetamu yang mengunjungi Avatar: The Experience akan berpeluang untuk mendapat inspirasi dan rasa terhubung dengan mengalami banyak keajaiban Pandora di Bumi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Gardens by the Bay, En. Felix Loh berkata, "Kami berasa teruja kerana Avatar: The Experience akan menemui rakyat Singapura. Sepanjang bulan lalu, pakar-pakar hortikultur kami bekerjasama erat dengan semua pasukan untuk menerapkan Cloud Forest kami dengan dunia Pandora. Kami berharap agar pengunjung sama teruja seperti kami kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara yang luar biasa ini."

Pembikin filem Avatar, James Cameron, berkongsi pesanan dan mengalu-alukan tetamu ke Avatar: The Experience di Gardens by the Bay:

Lihat di sini: www.AvatarTheExperience.com

Avatar: The Experience akan berlangsung di Cloud Forest bertempat di Gardens by the Bay mulai 28 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2023. Tiket masuk ke Avatar: The Experience akan dikeluarkan untuk dijual kepada orang ramai pada 10 Oktober 2022 pada jam 12 pm (SGT) oleh rakan kongsi tiket rasmi, Klook. www.klook.com

Tiket juga boleh didapati melalui rakan kongsi tempat rasmi, Gardens by the Bay. www.gardensbythebay.com.sg Dalam menanti pembukaan Avatar: The Experience, ketika ini Cloud Forest sedang menjalani transformasi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.AvatarTheExperience.com Ikuti Avatar: The Experience

#AVATARTHEEXPERIENCE

IMEJ-IMEJ BERILUSTRASI RASMI UNTUK AVATAR: THE EXPERIENCE DI GARDENS BY THE BAY, DISEDIAKAN OLEH CITYNEON HOLDINGS:

Visitors will be welcomed by the iconic cascading waterfall at Cloud Forest with a signature perched banshee sculpt and event logo display, as they embark on a journey through the wonders of Pandora.
Visitors will be welcomed by the iconic cascading waterfall at Cloud Forest with a signature perched banshee sculpt and event logo display, as they embark on a journey through the wonders of Pandora.

 

Explore the unique flora, fauna, and culture of Pandora.
Explore the unique flora, fauna, and culture of Pandora.

 

Guests will experience a first look at an artistic sculpt representation of the new marine creature, the Ilu, from the upcoming film Avatar: The Way of Water.
Guests will experience a first look at an artistic sculpt representation of the new marine creature, the Ilu, from the upcoming film Avatar: The Way of Water.

Latar Belakang Cityneon Holdings

Cityneon ialah peneraju global bagi pengalaman imersif yang menjalin perkongsian global dengan studio-studio bernilai berbilion dolar seperti The Walt Disney Company dan Marvel Entertainment untuk Marvel Avengers S.T.A.T.I.O.N. dan Marvel Avengers Station: Evolution serta 20th Century Studios untuk AVATAR: The Exhibition, Hasbro untuk Transformers: The Experience, NBCUniversal untuk Jurassic World: The Exhibition dan Lionsgate untuk The Hunger Games: The Exhibition. Baru-baru ini, Cityneon turut mengumumkan satu perkongsian dengan Warner Bros. Bertemakan Hiburan untuk menghasilkan dua pengalaman seni bertema jelajah global yang serba baharu dan unik yang diinspirasikan oleh DC dan Wizarding World, dijadualkan untuk dilancarkan dalam tahun 2023. Syarikat ini turut bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan Peru dan Mesir demi pengalaman IP artifak asli mereka, masing-masing untuk Machu Picchu and the Golden Empires of Peru serta Ramses the Great and the Gold of the Pharaohs. Perkongsian ini membolehkan Kumpulan ini membawa pengalaman menarik yang meninggalkan kenangan abadi kepada pengunjung di lebih 50 bandar setakat ini di seluruh dunia.

Dengan jangkauan global dan perkongsian antarabangsa, Cityneon berupaya untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya di mana-mana sahaja di dunia. Cityneon disenaraikan pada Papan Utama Singapore Stock Exchange sejak tahun 2005 dan diswastakan pada Februari 2019 oleh West Knighton Limited, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cityneon, Ron Tan, bersama-sama usahawan dan pelabur veteran Hong Kong, Johnson Ko Chun Shun. Johnson ialah veteran pasaran modal dan memegang kepentingan mengawal dan jawatan pengarah dalam banyak syarikat yang disenaraikan. Dalam bulan Mei 2019, Cityneon menerima CITIC Capital sebagai pemegang saham baharu, yang memegang kira-kira 9% saham dalam Cityneon. CITIC Capital merupakan sebahagian daripada CITIC Group, salah satu konglomerat terbesar China dan memiliki lebih AS$29B aset bawah pengurusan dalam 100 dana dan produk pelaburan di seluruh dunia. Pemegang-pemegang saham institusi Kumpulan lain termasuk EDBI – pelabur global berkaitan kerajaan Singapura dan Pavilion Capital - sebuah institusi pelaburan berpangkalan di Singapura yang memfokuskan kepada pelaburan ekuiti persendirian, yang membuat pelaburan strategik kepada Kumpulan ini masing-masing dalam bulan Ogos dan Oktober 2019. Pada bulan April 2021, Cityneon menerima pelabur-pelabur baharu iaitu Seatown Holdings International, Doha Venture Capital Qatar, yang kini akan memiliki kira-kira 4% daripada Kumpulan dan institusi-institusi kewangan serta pejabat-pejabat keluarga yang lain di Singapura dan China, menyertai pemegang saham stabil yang telahpun kukuh bagi menyokong pengembangan selanjutnya oleh Kumpulan ini di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.cityneongroup.com.

Latar Belakang Gardens by the Bay

Sebagai bahagian yang penting dalam visi "City in Nature" Singapura, Gardens by the Bay ialah sebuah taman negara dan tempat tarikan hortikultur unggul yang memaparkan seni tanaman dan floral yang terbaik untuk dinikmati oleh semua. Mencakupi kawasan seluas 101 hektar di tengah-tengan pusat bandar Singapura, Marina Bay, ia merangkumi tiga taman dermaga – Bay South, Bay East dan Bay Central. Bay South, yang terbesar dengan keluasan 54 hektar, dibuka secara rasmi pada 29 Jun 2012.

Berpandukan visi untuk menjadi dunia taman untuk dimiliki, dinikmati dan dihargai oleh semua, koleksi luas tanaman Garden ini, pameran bunga yang sentiasa berubah-ubah dan pelbagai program menarik telah menggamit perhatian ramai, manakala inisiatif komuniti Gift of Gardens, bersama Madam Halimah Yacob, Presiden Republik Singapura sebagai Penaung, mendekati orang ramai daripada semua lapisan masyarakat.

Sejak dibuka, Gardens by the Bay telah menyambut lebih 85 juta pengunjung dan merangkul pelbagai anugerah peringkat antarabangsa termasuk anugerah perak untuk Destinations Building Back Better Post-Covid di World Responsible Tourism Awards 2021, Pengalaman Tempat Tarikan Terbaik di Singapore Tourism Awards 2019 dan ASEAN Sustainable Tourism Award yang disampaikan oleh ASEAN Tourism dalam tahun 2018. Gardens terus memperbaharui dan memperhalusi tawarannya, agar menjadi tempat yang boleh dinikmati oleh setiap orang – sebuah taman di mana keajaiban mekar.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.gardensbythebay.com.sg.

Latar Belakang Klook

Klook ialah platform e-dagang perjalanan dan riadah yang terkemuka untuk pengalaman dan perkhidmatan pada bila-bila masa, di mana-mana. Kami menyusun atur pengalaman yang paling menggembirakan agar pengguna dapat memenuhi rasa ingin tahu yang tidak henti-henti untuk merasai pengembaraan dan pengalaman di dalam negara dan serata dunia. Menerusi laman sesawang dan aplikasi kami, pengguna dapat mengalami dunia yang penuh kegembiraan, bermula daripada tempat tarikan, jelajah hingga pengangkutan tempatan dan penginapan. Ditubuhkan dalam tahun 2014, kami berada di sini untuk memberi inspirasi dan menjayakan lebih banyak detik keriangan melalui lebih 490,000 aktiviti di lebih 1,000 destinasi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.klook.com.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan media yang lain, sila hubungi:

Cheryl Khong
SAFFRON COMMUNICATION
cheryl@saffron-comm.com
+65 9724 2698

Joanna Lai
SAFFRON COMMUNICATION
joanna@saffron-comm.com
+65 9007 6682

Wong Yilin
CITYNEON HOLDINGS
Ketua Kumpulan, Perhubungan Korporat
ir@cityneongroup.com

Source: Cityneon Holdings
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel New products/services