omniture

TiMi Studio Group dan Capcom Co., Ltd. membangunkan Monster Hunter baharu

TiMi Studio Group
2022-11-09 10:14 165

KUALA LUMPUR, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- TiMi Studio Group (TiMi) dan Capcom Co., Ltd. (Capcom) berganding bahu menampilkan permainan mudah alih baharu untuk siri Monster Hunter yang ikonik. Permainan dalam-pembangunan ini akan menghasilkan semula aksi perburuan yang menakrifkan siri Monster Hunter dan menawarkan kepada pemain suatu pengalaman aksi baharu yang unik untuk peranti dan telefon mudah alih.


Kerjasama kali pertama antara TiMi dan Capcom ini akan menggabungkan pengalaman dan kekuatan kedua-dua pihak, sekali gus membolehkan Monster Hunter berkembang ke lebih banyak platform dengan tujuan untuk memberikan pemburu global – yang berpengalaman atau baharu – kebebasan untuk berburu, seperti mana yang mereka inginkan pada bila-bila masa dan di mana-mana.

Latar Belakang TiMi Studio Group

TiMi Studio Group, subsidiari Tencent Games, ialah pasukan pembangunan dan operasi permainan video global terkemuka yang berusaha untuk meningkatkan kualiti hiburan pemain-pemain global. Beribu pejabat di Shenzhen, China, dengan pejabat-pejabat di Los Angeles, Seattle, Montreal, Shanghai dan Chengdu, TiMi mencipta permainan yang berkualiti tinggi, fideliti tinggi dan amat kreatif dalam pelbagai jenis genre dan berbilang platform. Ditubuhkan pada tahun 2008, TiMi telah menghasilkan rangkaian judul yang popular termasuk Honor of Kings, Speed Drifters dan Arena of Valor. TiMi juga merupakan rakan kongsi yang dipercayai untuk beberapa jenama permainan terbesar di dunia, mencipta judul-judul AAA seperti Call of Duty: Mobile dan paling terkini Pokémon UNITE, permainan pertempuran berpasukan Pokémon strategik yang pertama. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TiMi, ikuti @timistudios di Twitter dan LinkedIn.

Latar Belakang Capcom Co., Ltd.

Capcom ialah pembangun, penerbit dan pengedar hiburan interaktif untuk konsol permainan, komputer peribadi (PC), peranti pegang tangan dan peranti tanpa wayar terkemuka seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1983, syarikat ini telah mencipta beribu-ribu permainan termasuk francais-francais perintis Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom menyelenggara operasi di negara-negara dan wilayah-wilayah termasuk A.S., U.K., Jerman, Perancis, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporat terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom dan produk-produknya boleh ditemui di www.capcom.com atau www.capcom-unity.com.

Latar Belakang Monster Hunter series

Siri Monster Hunter mengandungi permainan aksi perburuan yang melagakan pemain dengan raksasa gergasi dalam persekitaran semula jadi yang indah. Siri ini mewujudkan genre baharu yang mana pemain-pemain bekerjasama untuk berburu bersama rakan-rakan mereka dan sejak itu berkembang menjadi salah satu siri Capcom yang paling popular, dengan jualan seluruh dunia melebihi 88 juta unit dihantar setakat 30 September, 2022.

Source: TiMi Studio Group
Keywords: Advertising Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services