omniture

Mindray Ultrasound Lancar Kajian Berbilang Pusat untuk Rantau SEA

Mindray
2022-11-18 01:13 591

BALI, Indonesia, 18 November 2022 /PRNewswire/ -- Bertema "Membina Jambatan, Menghubungkan Wawasan" ("Building Bridges, Connecting Visions"), Mindray mengadakan dengan jayanya Forum Ultrabunyi Mindray SEA & SA 2022 di Bali, Indonesia. Lebih daripada 150 peserta dari Indonesia, Filipina dan Thailand menyertai forum akademik ini yang mana pakar-pakar bertukar-tukar kepakaran klinikal dan berkongsi pandangan tentang teknologi yang utama dalam industri.

Di majlis perasmian forum tersebut, Mindray melancarkan secara rasmi program kajian berbilang pusat berhubung "Ultrabunyi Abdomen dan Pelvis Tergabung" ("Combined Abdominal and Pelvic Ultrasound"), dipimpin oleh dua institut Penyelidik Utama (PI): HUGI (Indonesian Urogynecology Association) dan The Third Affiliated Hospital Sun Yat-sen University dari China. Pakar-pakar terkemuka dari tujuh hospital yang mengambil bahagian di Indonesia: RS YPK Mandiri Hospital, RSUPN Dr. Cipto Mangunkusumo Hospital, RSUP Dr. Sardjito Hospital, RSUP Hasan Sadikin Hospital, RSUP Prof. Ngoerah Denpasar Hospital, RSUD Dr. Soetomo Hospital, RSUP Dr. Kariadi Hospital, turut meraikan detik pencapaian ini bersama semua tetamu.

Prof. Dr. Budi Iman Santoso, Cik Dora Dong dan para tetamu bergandingan tangan di majlis perasmian
Prof. Dr. Budi Iman Santoso, Cik Dora Dong dan para tetamu bergandingan tangan di majlis perasmian

Prof. Dr. dr. Budi Iman Santoso, Pengerusi HUGI berkata "Kajian tentang Prevalens Gangguan Lantai Pelvis (PFD) di Pusat Penjagaan Tertieri di Indonesia menunjukkan bahawa, prevalens pesakit yang mengalami PFD ialah 33%. Prevalens Prolaps Organ Pelvis (POP), Inkontinens Urinari (UI) dan Inkontinens Tinja (FI) masing-masing ialah 26.4%, 15.3% dan 2.5%. Wajar dinyatakan bahawa masih terhadap kajian yang terhad ke atas PFD dalam kalangan Wanita Asia Tenggara dan perbezaan dalam pengurusan PFD antara negara-negara SEA. Keadaan yang pelbagai dan rumit yang berlaku di bahagian-bahagian yang berbeza di rantau ini menimbulkan satu lagi cabaran apabila melaksanakan garis panduan yang dibangunkan di dunia barat. Justeru itu, kami memerlukan komitmen kolaborasi yang kukuh untuk menghasilkan garis panduan tertentu untuk diaplikasikan di rantau SEA."

Mengulas tentang perincian projek penyelidikan berbilang pusat itu, Prof. ZHANG Xinling berkata, "Projek ini akan dilaksanakan oleh ultrabunyi dalam berbilang aspek. Pertama, kami ingin meninjau kebolehlaksanaan pemeriksaan ultrabunyi antepartum bagi meramalkan cara bersalin. Kedua, untuk menilai perkembangan persalinan oleh ultrabunyi antepartum. Ketiga, untuk menganalisis korelasi antara antepartum, intrapartum dan postpartum PPUS serta Disfungsi Lantai Pelvis Wanita (FPFD). Projek ini akan mewujudkan protokol untuk meramalkan cara bersalin dan membantu memantau peringkat bersalin. Tambahan pula, ia dapat mengesan keabnormalan struktur pada aliran berkala sebelum berlakunya simptom-simptom klinikal selepas bersalin. Saya percaya ia akan mencapai kemajuan untuk pengurusan FPFD yang memberi kesan ke atas kehidupan wanita."


Susulan pelancaran kajian berbilang pusat, 8 orang penceramah dari Indonesia, Thailand, Filipina dan China berkongsi pengalaman klinikal mereka yang berharga dalam bidang OBGYN dan aplikasi Radiologi, mengetengahkan teknologi inovatif Mindray seperti Pelvis Pintar, CNS Satah Pintar, Aliran V, Elastografi Sentuhan Bunyi, uHIT, lengkap dengan demonstrasi secara langsung.

Dalam sesi OBGYN, beberapa topik telah dibincangkan. Pertama, Dr. Fernandi Moegni membentangkan topik "Pengesanan awal kelemahan otot lantai pelvis dengan Pengimejan Ultrabunyi Pelvis Pintar bagi kehamilan peringkat lewat dan selepas bersalin" ("Early detection of pelvic floor muscle weakness with Smart Pelvic Ultrasound Imaging in late pregnancy and after childbirth") diikuti oleh Dr. dr. Efendi Lukas yang berbicara tentang "Pemeriksaan ultrabunyi untuk pengesanan keabnormalan CNS" ("Ultrasound examination for detection of CNS abnormality"). Kemudian, Dr. Andi Darma Putra menghuraikan selanjutnya tentang "Ciri-ciri Ultrabunyi dan Pemantauan Diagnostik Leiomiosarkoma Uterin" ("Ultrasound Features and Diagnostic Workup of Uterine Leiomyosarcoma") sebelum Dr. Berly B. Balita menutup sesi tersebut dengan perbincangan tentang "Asas Ekokardiogram Fetus" ("Basic of Fetal Echocardiogram").

Dalam sesi Radiologi, Dr. I Made Dwijaputra Ayusta berbicara tentang "Aliran V: Ultrabunyi Vaskular Inovatif" "(An Innovative Vascular Ultrasound"), diikuti oleh Dr. Chinnarat Bua-Ngam secara rapat tentang "Titik-titik Praktikal dalam Tiroid AS" ("Practical Points in Thyroid US"). Dr. Xie Xiaoyan berkongsi lebih lanjut tentang pembangunan dan aplikasi klinikal ultrabunyi intervensi di China dan kemudian Dr.Duangkamon Prapruttam berkongsi pengalaman beliau dalam Elastografi Hati.

"Kami akan terus bekerjasama dengan pakar-pakar di Asia Tenggara untuk mewujudkan lebih banyak pertukaran dan kerjasama akademik peringkat antarabangsa," kata Mou Fangyi, Pengurus Besar Mindray Medical Asia Tenggara dan Asia Selatan. Mindray Medical akan terus bekerjasama dengan lebih ramai pakar dan ilmuwan tempatan untuk membina platform pertukaran dan kerjasama akademik peringkat antarabangsa, mempopularkan teknologi perubatan yang canggih dan menjadi daya teras bagi melindungi kesihatan manusia.

Source: Mindray
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research Trade show news Women-related news