omniture

Mesyuarat perniagaan dengan pengasas trend kandungan Korea kini dibuka untuk pendaftaran

Gyeonggi Content Agency
2022-11-21 19:34 176

1:1 Mesyuarat dengan Syarikat Kandungan Korea dari 7-9 Disember 2022 di Ekspo ATF 2022 Singapura.

BUCHEON, Korea Selatan, 21 Nov. 2022 /PRNewswire/ -- Kandungan Korea dalam banyak bahagian (drama, muzik, filem, kartun web, dsb.) telah menjadi fenomena global dan kami tidak akan berhenti berkembang dan membuat trend baharu. Berikutan dengan pengembangan global dan dipilih dengan standard tinggi oleh Agensi Kandungan Gyeonggi Korea (GCA), 8 buah syarikat kandungan Korea akan datang ke Forum & Pasaran TV Asia 2022 (ATF2022) di Singapura dari 7-9 Disember pada tahun ini di bawah petak 'Korea Rising IP Pavilion'.

Membawa kandungan yang terkini, paling panas dan paling menarik dalam pelbagai bahagian seperti drama TV, kandungan filem, dokumentari, pendidikan kanak-kanak, permainan dan terutamanya animasi ke ATF 2022; 'Korea Rising IP Pavilion' bertujuan untuk mengembangkan peluang perniagaan dengan syarikat global, terutamanya di wilayah Asia Tenggara.

Dan dengan matlamat untuk mencipta fenomena baharu dalam industri kandungan, delegasi Korea sedang mencari bakal rakan perniagaan mereka dengan membuka sesi mesyuarat perniagaan dalam tempoh ekspo ATF 2022 melalui kedua-dua platform dalam talian & luar talian.

Jika anda berminat dengan kandungan Korea, jangan terlepas peluang ini untuk berjumpa dan mencari bakal rakan perniagaan baharu anda di kalangan delegasi di bawah untuk kerjasama menang-menang pada masa akan datang!

  • AroundEffect Inc.: ialah sebuah syarikat penerbitan yang khusus dalam kandungan kanak-kanak.
  • MOMO Story Shop: ialah sebuah syarikat perancangan dan pembangunan cerita kreatif.
  • UBIS Inc.: berusaha untuk menjadi sebuah syarikat industri merata yang membuat permainan yang ringkas dan menyeronokkan untuk pengguna dari semua peringkat umur.
  • IP PRIME Co.: Jabatan Global mereka yang mengkhususkan dalam agensi luar negara, menyediakan jambatan komunikasi antara syarikat luar negara yang berhasrat untuk mendapatkan lesen kandungan Korea dan pembekal kandungan Korea.
  • COMICCITY Co., Ltd.: ialah sebuah syarikat animasi Korea yang menghasilkan kandungan didik hibur kanak-kanak global.
  • Pixtrend Inc.: telah ditubuhkan untuk perancangan perniagaan keseluruhan, prosedur perundingan dan pemasaran dalam perancangan dan pengedaran pelbagai kandungan.
  • IDEACONCERT.CO.LTD: ialah sebuah syarikat teknologi yang mencipta kandungan yang baik, mempromosi kandungan dengan baik dan mencipta teknologi yang menjadikan penggunaan kandungan yang baik.
  • GOZIP STUDIO: ialah sebuah syarikat penerbitan filem yang merancang untuk menjadi tonggak kejayaan cerita baharu untuk muncul dalam dunia.

Untuk pertanyaan dan bantuan lanjut: yuna@miceleech.com

Untuk pendaftaran langsung: ikuti https://forms.gle/eyYDeYm67ibYuUjq6 atau Kod QR di bawah

Source: Gyeonggi Content Agency
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Television Trade show news