omniture

CGTN: China akan tingkatkan kerjasama dengan negara-negara Arab di bawah BRI, GDI, GSI

CGTN
2022-12-13 20:38 47

BEIJING, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping berkata bahawa China akan terus meningkatkan Kerjasama dengan negara-negara Arab di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Sekuriti Global (GSI).

Beliau membuat kenyataan itu semasa pertemuan beliau dengan pemimpin-pemimpin negara-negara Arab menjelang Sidang Kemuncak China-Negara-negara Arab yang pertama dan Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama China-Teluk yang mana kedua-duanya bermula pada hari Jumaat di ibu negara Saudi, Riyadh.

Dalam perbincangan beliau bersama para pemimpin negara-negara Arab, Xi tekal menegaskan kepentingan utama kedaulatan dan integriti wilayah, pembangunan ekonomi serta kerjasama antarabangsa.

Kedaulatan negara

Presiden Xi mengemukakan GSI semasa menyampaikan ucaptama di majlis perasmian Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2022. Xi menyokong enam prinsip termasuk negara-negara harus menghormati kedaulatan dan integriti wilayah satu sama lain, mendukung prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman, menolak mentaliti perang dingin dan menentang unilateralisme agar negara-negara dapat menggalakkan sekuriti secara bersama buat semua di dunia ini.

Dalam pertemuan beliau bersama lebih sepuluh pemimpin politik negara-negara Arab termasuk Palestin, Mesir, Sudan, Kuwait, Tunisia, Iraq, Xi berkata China melihat negara-negara Arab sebagai kuasa penting dalam dunia multipolar dan meletakkan kepentingan yang tinggi untuk membangunkan perkongsian yang strategik bersama mereka.

Keadaan antarabangsa dan serantau ketika ini sedang mengalami perubahan yang mendalam dan rumit dan China teguh menyokong kesemua negara Arab dalam melindungi kedaulatan, keselamatan dan kestabilan negara mereka serta menyokong dunia Arab bagi mengikuti laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara mereka. China juga menentang secara bersungguh-sungguh campur tangan luar dalam hal ehwal dalaman mereka, kata Xi.

Xi berkata tanpa mengira bagaimana keadaan antarabangsa dan serantau berubah, China sentiasa menyokong padu perjuangan rakyat Palestin yang adil untuk mengembalikan hak dan kepentingan sah negara mereka. Komuniti antarabangsa harus mengutamakan isu Palestin dalam agenda antarabangsa, berpegang kepada hala tuju penyelesaian dua-negara dan prinsip "negara keamanan" serta memudahkan penyambungan semula rundingan damai berdasarkan kepada resolusi PBB yang berkaitan dan Inisiatif Keamanan Arab, tambah presiden Cina itu.

Beliau turut berkata China menyokong semua parti di Sudan untuk terus mendesak peralihan politik yang mantap melalui dialog dan perundingan, menentang campur tangan oleh kuasa luar dalam hal ehwal dalaman Sudan serta menyokong semua puak di Iraq untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama.

Pembangunan ekonomi

Presiden Xi mencadangkan GDI dalam bulan September 2021 dalam menghadapi kejutan teruk akibat COVID-19. Beliau percaya bahawa dunia harus meletakkan pembangunan pada tahap tinggi dalam agenda dasar makro global dan mengukuhkan penyelarasan dasar antara ekonomi-ekonomi besar bagi memastikan kesinambungan, ketekalan dan kemampanan dasar yang lebih baik. Pada tahun 2013, China melancarkan BRI untuk meningkatkan hubungan, komunikasi dan kerjasama global serta memupuk sistem dunia yang lebih seimbang dan sama rata.

Dalam pertemuan beliau bersama pemimpin-pemimpin negara-negara Arab, Xi berjanji China akan terus bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk mempererat dan meluaskan pertukaran serta kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk tenaga, infrastruktur, penjagaan perubatan, penerbangan, kewangan, komunikasi 5G, e-dagang dan ekonomi marin.

Beliau menyatakan bahawa strategi pembangunan nasional beberapa negara termasuk Wawasan Saudi 2030, Inisiatif Hijau Timur Tengah, Wawasan Kuwait 2035, Wawasan Djibouti 2035, Wawasan Negara Qatar 2030 dan Rancangan Comoros Memuncul bagi tahun 2030, mengatakan bahawa China akan menyelaraskan lagi dasar pembangunan China dan pelaksanaan hasil daripada Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab dan Forum mengenai Kerjasama China-Afrika dengan strategi pembangunan negara-negara ini, untuk membawa kerjasama antara China dan negara-negara Arab ke tahap baharu dan lebih tinggi.

Xi berkata China akan terus menyediakan bantuan dalam kapasitinya kepada negara-negara Arab yang sedang membangun dan menggalakkan perusahaan Cina untuk melabur agar dapat meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan dan merangsang pembangunan ekonomi dan sosial mereka.

Kerjasama antarabangsa

Semasa mesyuarat beliau bersama pemimpin-pemimpin negara-negara Arab, Xi berjanji China akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan Arabnya dalam bidang termasuk antikeganasan dan pembasmian kemiskinan.

Selama bertahun-tahun, China membantu Mauritania memajukan projek jalan raya, jambatan, hospital dan projek-projek utama yang lain yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat, tegas Xi, menambah bahawa China akan terus menggalakkan perusahaan Cina untuk mengambil bahagian yang aktif dalam sektor tenaga, infrastruktur dan sektor-sektor Mauritania yang lain untuk membawa faedah kepada rakyat Mauritania.

Mengiktiraf tugas kerajaan Somalia dalam memerangi pengganas, Xi berkata China menyokong kerajaan Somalia dalam meningkatkan keupayaannya untuk mengekalkan kestabilan dan memerangi keganasan.

Mengambil maklum bahawa China telah menjalankan beberapa projek kesihatan, sukan dan latihan sumber manusia sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Tunisia, Xi berkata China bersedia untuk memajukan kerjasama secara berterusan dengan Tunisia dalam bidang-bidang seperti penjagaan kesihatan, infrastruktur serta teknologi tinggi dan baharu, meluaskan pertukaran antara sumber manusia serta pertukaran tempatan dan bukan kerajaan dan juga mengalu-alukan lebih banyak produk dan pengkhususan yang boleh dipasarkan dari Tunisia ke China.

China dan negara-negara Arab telah mengukuhkan kerjasama dalam memerangi pandemik COVID-19. Sebagai contoh, Bahrain merupakan salah satu daripada negara-negara pertama di dunia yang meluluskan vaksin COVID-19 Sinopharm.

China juga ingin meningkatkan kerjasama perubatan dan kesihatan serta menggalakkan pendidikan bahasa Cina di Bahrain, kata Xi.

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service