omniture

Pengarah Urusan Wanita Pertama Hager Malaysia Sasar Pertumbuhan 10% YOY dalam Peranan Penggal Kedua

Hager Malaysia
2022-12-19 09:00 20

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pengarah urusan wanita pertama Hager Malaysia yang baru dilantik, Joyce Yee, mencapai pertumbuhan lebih 10% tahun ke tahun (year on year atau YOY) pada tahun pertamanya. Kejayaan ini diikuti dengan jangkaan pertumbuhan 10% lagi pada tahun 2023 ekoran perkembangan pasaran antara 8% hingga 10% tahun ini.

Sebagai industri yang didominasi lelaki, Yee telah membuktikan bahawa wanita boleh berjaya dalam kejuruteraan elektrik, apatah lagi untuk memimpin syarikat dengan rentetan kejayaan. Yee adalah sebahagian daripada 35% bahagian eksekutif wanita di rantau Asia Tenggara, menurut UN Women.

Sebagai pemimpin yang tegas, Yee bukan sahaja memecahkan stereotaip tetapi juga merombak aliran kerja tradisional untuk meningkatkan produktiviti dan hubungan rantaian bekalan. Selepas dilanda ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19, Hager Malaysia, di bawah sayap Yee, telah menyaksikan pertumbuhan lebih daripada 10% sejak memegang jawatannya pada November 2021.

Industri elektrik dan tenaga dijangka perlahan pada awal 2023 di tengah-tengah ekonomi lembap yang berterusan, bagaimanapun, Malaysia akan kekal sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan global kerana 7% daripada jumlah perdagangan semikonduktor global mengalir melalui Malaysia dan menguasai 13% bahagian pasaran ujian cip global dan pembungkusan, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).

Hager Malaysia mengenalpasti cabaran-cabaran industri dan telah melaksanakan peluasan geografi strategik ke bandar-bandar peringkat dua dan tiga di Malaysia Timur termasuk Kuching dan Kota Kinabalu, diikuti dengan pelantikan pengedar baharu untuk kawasan berdekatan. Di samping itu, syarikat ini merombak strategi pergi ke pasaran (go-to-market) dengan program rakan kongsi yang dipertingkatkan untuk membina dan mengukuhkan hubungan pembekal dan pengedar sambil memberi faedah tambahan kepada pihak berkepentingan.

"Di Hager Malaysia, kami menerima cabaran, menggunakan maklum balas dan belajar daripada pengalaman. Wabak COVID-19 pada tahun 2020 mengakibatkan penurunan hasil pasaran, namun, kami mampu pulih dengan lebih kukuh sejak itu dan akan terus bertahan dan didorong untuk mencapai sasaran 2023 kami dan ke hadapan," kata Yee, MD Hager Malaysia.

Hager Malaysia memahami keperluan untuk berkembang mengikut peredaran zaman dan industri dengan strategi dan penyelesaian baharu untuk perniagaan kalis masa hadapan. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Hager, Hager Malaysia berazam untuk melaksanakan Projek 2030 dan Komitmen Blue Planet untuk memastikan syarikat mengutamakan pelanggan, bebas, kukuh dan mampan.

Untuk mencapai sasaran Projek 2030, yang selaras dengan visi Hager untuk membentuk masa depan dunia elektrik, Kumpulan Hager memulakan Komitmen Blue Planet untuk mengukur jejak karbonnya di seluruh rantaian bekalannya daripada aktiviti huluan dan aktiviti syarikat kepada aktiviti hiliran termasuk hayat akhir produk yang dijual dan bahan buangan yang dihasilkan.

Bersedia untuk Projek 2030 dan Komitmen Blue Planet, Hager Malaysia telah dapat menawarkan beberapa komponen elektrik terkemuka termasuk penjimatan tenaga dan penyelesaian pintar untuk menyumbang kepada pembinaan bangunan hijau dan pintar di dalam negara. Semua produk dibangunkan dengan pemikiran utama penggunaan dan pengeluaran mampan untuk melindungi alam sekitar. Sebahagian daripada ini adalah meletakkan keseluruhan proses, daripada sumber bahan kepada akhir hayat produk, di bawah penelitian yang mendalam untuk menganalisis kesan alam sekitarnya, salah satunya adalah dengan mengukur pelepasan C02.

Untuk produk dan maklumat lanjut, sila layari www.hager.my.

Mengenai Hager Malaysia

Hager Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan Hager, yang diasaskan di Jerman pada tahun 1955, dan kini telah menjadi pembekal utama penyelesaian dan perkhidmatan untuk pemasangan elektrik di bangunan kediaman, komersial dan perindustrian.

Produk Kumpulan Hager terdiri daripada pengedaran tenaga melalui pengurusan kabel dan aksesori pendawaian kepada membina sistem automasi dan keselamatan.

Source: Hager Malaysia
Keywords: Electrical Utilities Utilities