BEIJING, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Beberapa media meninggikan nada mereka melaporkan bahawa kawalan COVID-19 China telah menjejaskan ekonomi negara ini.
Dalam tempoh tiga tahun memerangi wabak ini, kadar pertumbuhan ekonomi Cina menjadi perlahan apabila dibandingkan dengan ekonominya sendiri. Walau bagaimanapun, ia masih menerajui ekonomi-ekonomi utama yang lain.
Berdasarkan kepada anggaran oleh ahli-ahli ekonomi tentang kadar pertumbuhan mencecah 3.3 peratus pada tahun ini, ekonomi China akan mencapai purata kadar pertumbuhan tahunan 4.5 peratus dari tahun 2020 hingga 2022, mengatasi kesemua ekonomi utama di dunia dalam tempoh yang sama.
Pada tahun 2020, pembendungan awal COVID-19 oleh China membantunya memulihkan kapasiti pengeluaran, menjadikannya satu-satunya ekonomi utama yang menyaksikan pertumbuhan yang positif. Meskipun langkah-langkah kawalan COVID yang ketat mengurangkan penggunaan dan perkhidmatan di beberapa buah bandar dalam tempoh dua tahun yang berikutnya, pengeluaran industri dan eksport negara ini tetap kukuh.
"Pergantungan global ke atas pengeluaran China telahpun meningkat. Pelaburan asing di China telah menjadi agak aktif walaupun semasa kemuncak pandemik COVID-19," kata Wang Dan, ketua ekonomi Hang Seng Bank China, memberitahu CGTN.
Mengekalkan harga yang sederhana
Bagi mengimbangi impak COVID-19 ke atas ekonomi pada peringkat awal, kebanyakan ekonomi utama menyuntik sejumlah besar kecairan ke dalam pasaran mereka.
"A.S. dan Eropah bermurah hati dalam menghulurkan wang tunai kepada isi rumah, yang penting untuk mengimbangi kesan buruk terhadap keluarga yang rentan, namun turut menjadi punca utama bagi inflasi yang tinggi," kata Wang.
Pada awal tahun ini, A.S. dan ekonomi-ekonomi penting di Eropah menyaksikan inflasi mereka mencapai paras tinggi dalam berdekad-dekad, membawa kepada tindakan bank-bank pusat untuk menaikkan kadar faedah pada kelajuan melebihi paras normal untuk mengawal harga yang melambung tinggi. Di tengah-tengah inflasi yang berterusan, pengguna telah mula mengurangkan perbelanjaan mereka, menurut media tempatan.
Apabila dibandingkan, perkembangan kewangan China adalah sederhana sebagai respons kepada pandemik, memfokuskan untuk membantu perniagaan agar mereka dapat terus menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan yang stabil untuk isi rumah.
China telah melaksanakan "tugas yang cemerlang" dalam menstabilkan harga pada tahun ini, yang memperlihatkan sepenuhnya kefleksibelan dan kepentingan dasar kawalan-makronya, kata Dong Yu, naib presiden eksekutif China Institute for Development Planning, Tsinghua University.
'Menjadi lebih teruk, sebelum menjadi lebih baik'
Baru-baru ini, China mengumumkan 10 langkah baharu untuk mengoptimumkan lagi pencegahan dan kawalan COVID-19, sebahagian daripada usahanya untuk mengimbangi kawalan wabak menerusi pembangunan ekonomi dan sosial.
Negara ini telah menarik balik sekatan ke atas perjalanan dan tidak lagi memerlukan keputusan ujian PCR negatif dan kod kesihatan, kecuali untuk tempat-tempat khas.
Langkah-langkah baharu ini akan membantu memulihkan sektor perkhidmatan, namun prestasi ekonomi akan "menjadi lebih teruk sebelum ia menjadi lebih baik," kata Wang.
Tatkala jangkitan merebak, sesetengah orang memilih untuk tinggal di rumah untuk mencuba mengelakkan diri daripada khalayak ramai dan dijangkiti virus tersebut. Ini diperlihatkan dalam pemulihan yang terhad dari segi pergerakan dan aktiviti perniagaan.
Langkah-langkah baharu ini akan membuka jalan menuju pemulihan yang menyeluruh, kata Wang, menambah bahawa pemulihan ekonomi akan bertambah pesat sepanjang tahun 2023, dengan pemulihan penggunaan menjadi pemacu utama untuk permintaan domestik. "Kami menjangkakan paras runcit akan kembali ke paras tahun 2019 menjelang penghujung tahun 2023 dan menumpu secara beransur-ansur kepada trend terdahulu selepas tahun 2024."
Persidangan Kerja Ekonomi Pusat tahunan China yang diadakan di Beijing mulai hari Khamis hingga Jumaat berjanji untuk meningkatkan permintaan domestik pada tahun hadapan dengan mengutamakan pemulihan dan peningkatan penggunaan.
Ahli-ahli ekonomi meramalkan pertumbuhan KDNK China bakal mencecah sekitar 5 peratus dalam tahun 2023, sementara A.S. dan zon euro dijangka meningkat masing-masing kira-kira sebanyak 1 peratus dan kontrak sebanyak 0.2 peratus.