FOSHAN, China, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Sesi Tahunan ke-17 Forum Global Penempatan Manusia (GFHS) & Majlis Anugerah Bandar Lestari dan Penempatan Manusia 2022 (SCAHSA 2022) diadakan pada 15-16 Disember, Forest City, bandar kediaman bersepadu Country Garden yang terletak di Malaysia, memenangi Anugerah Model Global Pembinaan Hijau dan Pintar untuk pendekatan pembinaan hijau dan pintarnya terhadap pembangunan hartanah.
SCAHSA 2022 bertujuan untuk menonjolkan impak perubahan hijau dengan mengiktiraf pencapaian yang cemerlang dalam bidang bandar lestari dan penempatan manusia, dengan Forest City bertindak sebagai contoh utama lantaran idea, teknologi dan pengalaman projek ini yang inovatif.
Ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut Forest City Country Garden memperoleh anugerah SCAHSA, dengan penghormatan terdahulu melibatkan Model Global Perancangan dan Reka Bentuk Bandar Karbon-Rendah pada tahun 2021, Model Global Perlindungan Persekitaran Ekologi Pantai pada tahun 2020, Bandar Pintar Hijau Global pada tahun 2019, Model Global Integrasi Bandar-Industri pada tahun 2018, Model Global Taman Perindustrian Bangunan Hijau pada tahun 2017 dan Anugerah Penempatan Manusia Global bagi Perancangan dan Reka Bentuk pada tahun 2016.
Pada bulan September 2020, Forest City menerbitkan Pelan Tindakan Pembangunan Ekologi Forest City semasa pelancaran Dewan Pameran Fasa 1 Muzium Eko. Pelan tersebut menggariskan matlamat dan sasaran pembangunan, operasi dan pengurusan eko-bandar bermula daripada permulaan projek pada tahun 2014 hingga hari ini, serta harapan untuk masa depan. Sebagai sebahagian daripada pelan tersebut, Forest City akan melaksanakan strategi pembangunan hijau sebagai asas dalam infrastruktur bandarnya dan dalam masa yang sama memperkasa pertumbuhan ekonominya melalui industri-industri teknologi tinggi, dengan tujuan untuk mencipta bandar hijau, meriah dengan industri serta budaya yang pelbagai.
Forest City merangkumi taman dan bentuk kehijauan yang lain pada ketinggian yang berbeza bermula daripada tanah hingga bumbung bangunan sepanjang bandar tersebut, meliputi keluasan mendatar 2.86 juta meter persegi dan kawasan vertikal dengan kira-kira 256,000 meter linear. Dengan berbuat demikian, projek berkenaan telah mencapai sekuestrasi karbon oleh tumbuh-tumbuhan sekali gus mengurangkan kesan pulau haba dan menurunkan penggunaan tenaga dalam sistem kawalan suhu. Di samping itu, pihak pemaju telah memperkukuh kebingkasan urban bandar ini dengan mengupayakan pengangkutan penumpang yang pintar dan mudah melalui aplikasi pintar, menyediakan infrastruktur sokongan yang konsisten dan hijau untuk mod pengangkutan yang lebih sihat, sekali gus mempromosikan eko-mobiliti dengan menggalakkan berjalan dan berbasikal. Aplikasi teknologi canggih yang luas di seluruh bandar ini turut membantu meningkatkan produktiviti sekali gus menyampaikan pilihan gaya hidup positif kepada penduduk bandar, dengan cara pendekatan operasi pintar serampang lima mata yang mengintegrasikan sistem pintar dalam bidang pengurusan, pengangkutan, keselamatan, komuniti dan rumah.
Di samping itu, Forest City, penyokong bagi konsep Sponge City (deskriptor untuk kawasan bandar dengan kawasan semula jadi yang banyak seperti pokok, tasik dan taman atau reka bentuk barangan yang lain bertujuan untuk menyerap hujan dan mengelakkan banjir), telah membina sebuah sistem kitar semula air yang membolehkan pengumpulan dan rawatan kumbahan terpusat dan dalam masa yang sama mencipta sistem guna semula air tebus guna berasingan untuk penghijauan bumbung, penghijauan vertikal serta penghijauan dan penyiraman luar. Ketika ini, kebanyakan air digunakan bagi tujuan penghijauan dalam pembangunan yang datangnya daripada air tebus guna. Pada masa akan datang, bandar ini merancang untuk meningkatkan kecekapan air melalui aplikasi teknologi penyahgaraman air laut.
Loji Sistem Binaan Berindustri CGPV (CIBS) yang memulakan operasi dalam tahun 2017, merupakan sebuah fasiliti pembinaan pintar yang komprehensif dan moden yang meliputi seluruh rantaian industri termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi, reka bentuk bangunan terpiawai, perlindungan automatik komponen dipasang siap, logistik pintar dan pembinaan bangunan pasang siap yang lengkap. Selain daripada memendekkan tempoh pembinaan sekurang-kurangnya sebanyak 30%, fasiliti pembinaan yang pantas, selamat dan bergred tertinggi dengan kawasan lantai kasar (GFA) berukuran kira-kira 400 ekar, turut membantu mewujudkan persekitaran mampan dengan meningkatkan produktiviti dan daya saing serta mengurangkan bahan buangan pembinaan dengan sangat luas.