omniture

CGTN: China akan terus menyumbang kepada keamanan dan pembangunan global dalam dunia terhubung

CGTN
2023-01-04 08:33 43

BEIJING, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Mengambil maklum bahawa China ialah sebuah negara yang amat berhubung rapat dengan dunia, Presiden Cina Xi Jinping berkata beliau bukan sahaja menjadi tuan rumah kepada rakan-rakan lama dan baharu di Beijing, tetapi juga mengembara ke luar negara untuk menyampaikan proposisi China kepada dunia sepanjang tahun lalu dalam ucapan Tahun Baharu 2023 beliau pada Sabtu lalu.

Tahun lalu telah menyaksikan perhimpunan-rakan-rakan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing pada Musim Bunga, mesyuarat dua hala antara Xi dan pemimpin-pemimpin asing dari lebih 40 negara dan tiga perjalanan luar negara yang dilakukan oleh Xi sebelum dan selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) dalam bulan Oktober.

Nguyen Phu Trong, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, menjadi pemimpin asing pertama yang mengunjungi China sejak berakhirnya Kongres Kebangsaan CPC ke-20. Sejak itu, Xi mengadakan berpuluh-puluh mesyuarat dua hala bersama pemimpin-pemimpin asing termasuk Canselor Jerman Olaf Scholz, yang merupakan pemimpin pertama sebuah negara Barat utama yang melawat China selepas mesyuarat CPC yang menjadi peristiwa penting.

Lawatan tersebut diakui secara meluas bertujuan untuk mewujudkan kemuncak bagi diplomasi ketua-negara pada tahun 2022.

Pada tahun lalu, China terus memainkan peranannya sebagai negara utama yang bertanggungjawab dalam arena antarabangsa dengan meningkatkan hubungan bersama negara-negara utama yang lain.

Bermula daripada dua panggilan telefon kepada pertemuan secara bersemuka di Bali antara Xi dan rakan sejawat A.S. beliau Joe Biden, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengambil tindakan yang konkrit bagi mengembalikan semula hubungan China-A.S. di landasannya dengan perkembangan yang berterusan.

Selain dua pertemuan peribadi di Beijing pada Februari dan di Samarkand pada September, mesyuarat maya antara Xi dan rakan sejawat Rusia beliau Vladimir Putin semalam menunjukkan bahawa kedua-dua negara akan terus mengukuhkan penyelarasan yang strategik dan menegakkan keadilan antarabangsa.

Menerusi kehadiran Xi di Sidang Kemuncak China-Negara-negara Arab pertama dan Majlis Kerjasama China-Teluk di Riyadh, hubungan China-negara-negara Arab turut memasuki era baharu dengan pembangunan yang menyeluruh dan mendalam.

Pada tahun lalu, China juga terus menawarkan penyelesaiannya dengan kebijaksanaan Cina bagi menangani cabaran biasa yang dihadapi oleh komuniti antarabangsa.

Xi mencadangkan Inisiatif Sekuriti Global (GSI) di Boao Forum for Asia pada April 2022 untuk bekerjasama dengan negara-negara lain bagi menggalakkan sekuriti untuk semua, selepas mengemukakan Indeks Pembangunan Global (GDI) di perbahasan umum sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2021.

Setakat ini, lebih daripada 70 negara telah menyatakan sokongan untuk GSI dan lebih daripada 100 negara dan beberapa organisasi antarabangsa termasuk PBB telah memberi sokongan kepada GDI dan hampir 70 negara menyertai Kumpulan Rakan GDI.

Mengambil maklum bahawa perubahan yang tidak dilihat dalam seabad berlaku pada kadar yang lebih pantas dan dunia masih belum menjadi tempat yang tenang, Xi berkata dalam ucapan Tahun Baharu bahawa China menghargai keamanan dan pembangunan serta menghargai rakan dan juga rakan kongsi seperti biasa.

"Kami berdiri teguh pada sisi sejarah yang benar dan pada sisi peradaban dan kemajuan manusia. Kami bekerja keras untuk menyumbang kebijaksanaan dan penyelesaian China bagi tujuan mencapai keamanan dan pembangunan buat semua umat manusia," kata beliau.

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Broadcast feed announcements