omniture

CGTN: Mengimbas Perjuangan COVID Tiga Tahun China dalam Through the Storm

CGTN
2023-02-13 07:58 72

BEIJING, 13 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Sejak awal tahun 2020, China telah mengikuti laluan yang unik dalam memerangi COVID-19. Through the Storm meringkaskan perjuangan selama tiga tahun ini menjadi satu dokumentari 60-minit.

Persembahan CGTN ini mengadakan tayangan perdana globalnya pada 10 Februari. Through the Storm menampilkan pengalaman langsung wabak peringkat awal di Wuhan, kempen vaksinasi besar-besaran, sekatan pergerakan Shanghai dan akhir sekali, pembukaan semula dan pemulihan.

Through the Storm menjawab tiga persoalan penting: Apakah alasan China di sebalik pemilihan pendekatan uniknya untuk memerangi COVID? Apakah tindakan yang diambil oleh China sepanjang tempoh tiga tahun lamanya antara kemenangannya di Wuhan dan pembukaan semula? Mampukah China mencapai pemulihan yang kukuh pada tahun 2023?

Melalui lensa pakar penjagaan intensif barisan hadapan, doktor kampung, pekerja komuniti, sukarelawan dan pembuat keputusan, dokumentari ini mendedahkan jawapan-jawapannya.

Mengimbas Perjuangan COVID Tiga Tahun China dalam Through the Storm
Mengimbas Perjuangan COVID Tiga Tahun China dalam Through the Storm

JENDELA PELUANG

Apa yang dihadapi oleh China pada awal tahun 2020 merupakan strain asal novel coronavirus yang jauh lebih ganas dan membawa maut berbanding strain Omicron semasa. Ketika itu, terdapat hanya 63,000 katil ICU untuk penduduk seramai 1.4 bilion. Bahkan golongan cerdik pandai perubatan yang terbaik di China kelihatan tidak berdaya menghadapi musuh yang tidak dikenali ini.

Situasi yang amat dahsyat yang dihadapi oleh Wuhan mungkin boleh berulang di seluruh negara. Namun begitu, hasil daripada dasar COVID yang ketat oleh China, suatu bencana negara telah dapat dielakkan.

Hampir 120,000 katil ICU telah ditambah sejak bermulanya wabak tersebut. Hasilnya, kini China memiliki lebih banyak katil ICU bagi setiap 100,000 orang penduduk berbanding negara-negara maju seperti Britain, Jepun, Sepanyol dan Perancis. Selain itu, kakitangan perubatan negara ini telah mengumpul pengalaman dan kemahiran dalam menangani strain Omicron, mengguna pakai siri protokol rawatan dan teknik diagnostik yang dikemas kini. Dalam tempoh dua tahun, China memberi vaksin kepada lebih 91% populasinya, dengan penekanan khas diberikan ke atas warga emas.

PENGHALANG

Dalam tempoh tiga tahun susulan wabak awal, banyak yang telah berubah. Bermula daripada sekatan pergerakan komuniti yang ketat, ujian PCR besar-besaran dan penubuhan hospital sementara, pengalaman yang diperoleh dan langkah-langkah yang diterima pakai di Wuhan diambil dan disempurnakan.

Sejak 10 Januari 2020, terdapat sejumlah 250 hari apabila tiada kes COVID baharu dilaporkan. Zhong Nanshan, pakar penyakit pernafasan yang terkemuka di China, menganggarkan bahawa lebih 20 juta nyawa telah dapat diselamatkan, lantaran dasar anti-COVID China yang ketat.

Rakyat Cina sentiasa yakin mereka dapat menewaskan virus tersebut.

Susulan varian Alpha, Delta dan Gamma terdapatnya strain Omicron yang menjangkiti tubuh manusia 70 kali lebih pantas, namun dengan gejala-gejala yang jauh lebih ringan.

Varian yang berevolusi membawa cabaran yang lebih besar. Sebagai respons, China sentiasa menyesuaikan langkah-langkah pencegahan dan kawalannya, hingga akhirnya keputusan diambil untuk melakukan perubahan yang besar dalam dasar COVIDnya pada penghujung tahun 2022.

KEMBALI KE LANDASAN ASAL

Sepanjang pandemik, China kekal menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi global. Sejak lima tahun yang lalu, biarpun dengan ketidakstabilan global, pandemik dan kelembapan domestik, China masih dapat mencapai purata pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 5%.

Benefisiari utama bagi pelonggaran langkah-langkah anti-COVID ialah industri perfileman. Penerimaan pecah panggung sepanjang cuti Festival Musim Bunga selama tujuh hari merupakan yang kedua tertinggi seumpamanya yang dicatatkan, pada nilai satu bilion dolar AS. Dalam tempoh yang sama, lebih 300 juta perjalanan penumpang direkodkan dalam rangkaian pengangkutan negara ini, menjana hasil sebanyak 56 bilion dolar AS untuk industri pelancongan, satu peningkatan 30% berbanding tahun sebelumnya.

IMF menaikkan anggaran untuk pertumbuhan KDNK 2023 China daripada 4.4% menjadi 5.2%. Morgan Stanley lebih optimistik, meningkatkan prospek pertumbuhannya kepada 5.7% dalam satu nota kajian yang dikeluarkan pada bulan Januari, 0.3 titik peratusan lebih tinggi berbanding anggaran terdahulunya.

Walaupun ketika ini dunia beransur pulih daripada pandemik, novel coronavirus masih lagi wujud. Bagi menjamin masa depan yang lebih yakin untuk umat manusia, kerjasama global yang lebih besar, lebih berkesan dan lebih luas adalah penting.

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service