omniture

PRA-TEMPAHAN ONEPLUS 11 5G KINI DI BUKA DI PASARAN MALAYSIA JUALAN SATU JAM PERTAMANYA MENGATASI REKOD PRA-TEMPAHAN 14 HARI DICATATKAN PERANTI UTAMA SEBELUM INI!

OnePlus APAC
2023-02-16 17:27 19

Jualan satu jam pertama di Malaysia mengatasi rekod jualan 14 hari pra-tempahan OnePlus 10T!

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi global OnePlus menyaksikan keputusan jualan positif hasil sambutan yang memberangsangkan  untuk satu jam pertama pra-tempahan jualan dalam talian di pasaran Malaysia. Peranti OnePlus 11 5G hadir dengan cip pemprosesan terbaharu Snapdragon 8 Gen 2, keupayaan pengecas 100W SUPERVOOC, dan Kamera Hasselblad Generasi ke-3 untuk peranti mudah alih, sekaligus melonjakkannya sebagai produk paling berkuasa tinggi kini.

OnePlus 11 Pre-Order
OnePlus 11 Pre-Order

OnePlus 11 5G telah merekodkan pencapaian yang mengagumkan. Di Malaysia, pra-tempahan bagi satu jam pertama OnePlus 11 5G berjaya mengatasi rekod jualan 14 hari yang pernah bagi peranti utama syarikat OnePlus 10T sebelum ini! Keputusan luar jangkaan itu dicapai di bawah OnePlus APAC dan pasaran lain seperti Singapura dan Thailand. Di Singapura, keputusan pra-tempahan OnePlus 11 5G bagi hari pertama menyaksikannya tersenarai di kedudukan pertama dalam kategori peranti Android berdasarkan Nilai Dagangan Kasar (GMV) di Shopee. Bahkan, pasaran Singapura juga menyaksikan pra-tempahan OnePlus 11 5G bagi hari pertama tersenarai dalam kategori peranti mudah alih (termasuk Apple) berdasarkan GMV di Lazada. Tidak terkecuali, pasaran Thailand turut menyaksikan prestasi luar biasa apabila OnePlus 11 5G habis dijual di semua platform rasmi jualan dalam talian (online stores) hanya dalam tempoh sehari!

Menerusi slogan Shape of Power, OnePlus 11 5G, peranti terbaharu dalam barisan produk utama kumpulan itu hadir dengan rekaan menarik dan spesifikasi mengagumkan. Bersama-sama OnePlus Buds Pro 2, kombinasi kedua-dua peranti pintar ini menjadi pilihan pengguna yang mahukan menarik dan berprestasi tinggi. 

Jangan ketinggalan promosi pra-tempahan dimana pengguna di Malaysia  boleh membuat pra-tempahan OnePlus 11 5G pada harga runcit:

  • Eternal Green (16GB/256GB): RM3,599
  • Titan Black (8GB/128GB): RM3,299

Nikmati promosi istimewa apabila membuat pra-tempahan peranti pintar ini bermula hari ini sehingga 24 Februari:

  • Percuma Buds Pro 2
  • Percuma OnePlus 11 5G Bumper Case Sandstone
  • Percuma Lanjutan Jaminan 1-tahun
  • Percuma 1-tahun Perlindungan Skrin
  • Peluang menyertai cabutan bertuah
  • Poskad Jackson Wang

Bagi jualan pertama yang akan bermula dari 25 Februari sehingga 3 Mac, Pengguna Malaysia turut berpeluang untuk menikmati:

  • Diskaun Buds Pro 2 PWP RM200
  • Percuma OnePlus 11 5G  Bumper Case Sandstone
  • Percuma Lanjutan Jaminan 1-tahun
  • Percuma 1-tahun Perlindungan Skrin
  • Peluang menyertai cabutan bertuah
  • Poskad Jackson Wang

Sila layari www.oneplus.com/my/oneplus-11, Shopee - http://bit.ly/3jYgFa7, Lazada - http://bit.ly/3Klg9Oz dan kunjungi platform dalam talian rasmi OnePlus Official Retail Stores untuk perincian OnePlus 11 5G.

Source: OnePlus APAC
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment