omniture

Philips Domestic Appliances menjadi Versuni

Versuni
2023-03-02 11:39 37

Nama baharu syarikat diilhamkan oleh misi syarikat untuk menukar rumah menjadi kediaman

AMSTERDAM, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Philips Domestic Appliances mengumumkan pertukaran nama syarikatnya kepada Versuni. Nama baharu ini merupakan langkah yang seterusnya selepas perniagaan Perkakas Domestik menjadi bebas pada September 2021. Meskipun identiti visual syarikat ini bertukar, misinya untuk menukar rumah menjadi kediaman tetap berterusan. Sebagai pemegang lesen Royal Philips, syarikat ini akan terus menggunakan jenama pengguna Philips, serta Saeco, Gaggia dan Philips Walita, pada produk dan perkhidmatannya. Pengguna juga boleh terus menggunakan produk daripada jenama-jenamanya yang lain: Preethi, L'OR Barista dan Senseo. 

Ketua Pegawai Eksekutif Henk S. de Jong mempersembahkan nama syarikat baharu Versuni dan identiti visualnya kepada semua pekerja seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Henk S. de Jong mempersembahkan nama syarikat baharu Versuni dan identiti visualnya kepada semua pekerja seluruh dunia.

"Versuni memulakan lembaran baharu selepas kami melangkah ke hadapan sebagai sebuah syarikat mandiri," kata Henk S. de Jong, Ketua Pegawai Eksekutif Versuni. "Kami komited untuk menyampaikan penyelesaian sebaik mungkin untuk pengguna dan pelanggan kami dan akan terus membawa keterujaan dengan inovasi yang menjadikan kehidupan di rumah lebih baik, lebih mudah dan lebih sihat. Ketika kami meneruskan perjalanan kami sebagai Versuni, meluaskan kepimpinan pasaran kami dan meneroka peluang baharu, kami bertuah dapat membantu pengguna menukarkan rumah menjadi kediaman."

Latar belakang nama syarikat baharu

Philips Domestic Appliances mempunyai misi yang ringkas, berkuasa dan konsisten: menukar rumah menjadi kediaman. Ini akan terus menjadi misi Versuni. Misi inilah yang telah menjadi inspirasi terhadap nama baharu syarikat, nama yang berasaskan kepada dua perkataan yang mencerminkan maksud kediaman buat ramai orang. Versuni memberi sentuhan baharu kepada perkataan yang hebat – UNIVERSE (SEMESTA). Syarikat ini percaya bahawa kediaman adalah tentang adanya tempat yang benar-benar boleh dikatakan kepunyaan anda sendiri. Versuni turut membawa erti perkataan UNIVERSAL (SEJAGAT). Walau di mana pun anda tinggal, kita semua memerlukan kediaman.

Memulakan lembaran baharu

Nama baharu syarikat merupakan langkah penting yang seterusnya selepas pengasingan daripada Royal Philips pada September 2021 dan penjualan kepada Hillhouse Capital, sebuah firma pelaburan global yang memfokuskan untuk membantu syarikat-syarikat mencapai pertumbuhan mampan jangka panjang melalui inovasi digital dan pengupayaan. Nama baharu syarikat akan dilaksanakan di seluruh dunia sepanjang tahun 2023 dan disokong dengan identiti visual syarikat yang baharu dan tersendiri.

Versuni akan merangkumi pasukan bersemangat yang berbangga untuk menemui, mereka bentuk dan menyampaikan produk premium yang memupuk rasa sebuah kediaman. Produk-produk yang mematuhi syarat-syarat EcoDesign dan mencerminkan komitmen syarikat terhadap kelestarian, memfokuskan kepada tiga aspek utama: ekonomi kitaran, tindakan iklim dan isi rumah yang kurang mendapat layanan.

Inovasi Produk

Versuni yang beribu pejabat di Belanda, aktif di lebih daripada 100 negara dan memiliki jejak inovasi, pembuatan dan komersial global. Dengan lebih daripada 900 paten atas namanya, portfolio syarikat ini mencakupi peralatan dapur, kopi, penjagaan iklim, pakaian dan penjagaan lantai.

Syarikat ini melancarkan banyak produk isi rumah yang berjaya yang memenuhi keperluan pengguna yang berubah-ubah dan menyampaikan inovasi yang terbaik dalam kelas. Ini termasuk Penjana Wap Philips PerfectCare Elite yang mengupayakan pengguna untuk menggosok baju pada kelajuan dua kali ganda, Pembersih Udara Philips untuk menghirup udara yang lebih bersih di rumah, Pembersih Vakum Philips SpeedPro Max yang menggabungkan pembersihan basah dan kering revolusioner dan Mesin Espreso Automatik Sepenuhnya Philips dengan LatteGo, Saeco Xelsis Suprema dan L'Or Barista serta Senseo® bagi menikmati jenis kopi yang berbeza setiap hari.

Sebagai Philips Domestic Appliances, syarikat ini turut membawa kategori Airfryer (Penggoreng Kering) ke pasaran dan berjaya memperkenalkan inovasi seperti Philips Air Cooker 7000 Series, menyampaikan rasa dan pemakanan yang hebat melalui aplikasi terhubung dan Philips AquaTrio Cordless Wet & Dry Vacuum 9000 Series yang membersihkan sebarang jenis lantai dan mengemop lantai utuh anda sambil memvakum.

Ketahui lebih lanjut tentang Versuni dan kunjungi: www.versuni.com  

Latar Belakang Versuni

Misi Versuni adalah untuk menukarkan rumah menjadi kediaman. Syarikat ini percaya bahawa kediaman adalah lebih daripada sebuah rumah. Dengan lebih daripada 900 paten atas namanya, portfolio Versuni mencakupi peralatan dapur, kopi, iklim, pakaian dan penjagaan lantai. Produk-produk di bawah jenama Philips termasuk Philips Airfryer, Mesin Espreso dengan LatteGo, Penjana Wap PerfectCare, Pembersih Udara dan Vakum Tanpa Kord AquaTrio. Jenama-jenama mereka yang lain ialah: Saeco, Gaggia, Preethi, Philips Walita, L'OR Barista dan Senseo. Versuni beribu pejabat di Amsterdam, Belanda dan mempunyai pusat inovasi, pembuatan dan komersial di seluruh dunia, dengan jejak di lebih 100 negara. Rangkaian produknya yang berjaya mematuhi syarat-syarat EcoDesign dan mencerminkan komitmen syarikat ini terhadap amalan terbaik kelestarian. Versuni dahulunya merupakan bahagian perniagaan Royal Philips dan sebelum ini dikenali sebagai Philips Domestic Appliances.

Source: Versuni
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics