omniture

Huawei dan rakan-rakan kongsi berkongsi bagaimana teknologi mengupayakan keterangkuman digital & kemampanan di MWC Barcelona 2023

Huawei
2023-03-02 11:59 59

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Selepas melancarkan inisiatif TECH4ALL di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona empat tahun yang lalu, Huawei dan rakan-rakan kongsinya berkongsi pandangan dan amalan terkini berhubung bagaimana teknologi mengupayakan keterangkuman digital dan kemampanan di perbincangan meja bulat media pada Hari 1 MWC Barcelona 2023.  

Huawei dan rakan-rakan kongsi mengadakan perbincangan meja bulat media TECH4ALL pada Hari 1 MWC Barcelona 2023.
Huawei dan rakan-rakan kongsi mengadakan perbincangan meja bulat media TECH4ALL pada Hari 1 MWC Barcelona 2023.

"Segala usaha kami bersama inisiatif TECH4ALL tidak mungkin dapat dilakukan tanpa menjadikan teknologi dan perkongsian sebagai pengupaya utama," kata Jeffrey Zhou, Presiden Pemasaran ICT untuk Huawei, dalam ucapan pembukaan beliau. "Sejak pelancaran TECH4ALL, lebih daripada 600 sekolah di seluruh dunia, lebih 220,000 guru dan pelajar K12 di kawasan terpencil, belia menganggur, wanita dan warga emas serta 46 simpanan semula jadi telah mendapat manfaat daripada program TECH4ALL. Melangkah ke hadapan, kami akan terus berinovasi dan menggunakan teknologi bersama-sama rakan kongsi global kami untuk membina dunia digital yang lebih inklusif dan mampan buat semua."

Pada akhir ucapan beliau, Zhou melancarkan secara rasmi penerbitan khas Digital Inclusion TECH4ALL yang berkongsi visi, strategi dan amalan terbaik yang pelbagai daripada pakar-pakar global dan rakan-rakan kongsi dalam 15 cerita yang dibentangkan dalam tiga bahagian: Pandangan, Teknologi Tumpuan dan Kajian Kes. Penerbitan khas ini kini tersedia untuk dilihat dan dimuat turun pada laman sesawang Huawei TECH4ALL.

Klik pautan (https://www.huawei.com/en/tech4all/publications/digital-inclusion) untuk memuat turun penerbitan khas Keterangkuman Digital
Klik pautan (https://www.huawei.com/en/tech4all/publications/digital-inclusion) untuk memuat turun penerbitan khas Keterangkuman Digital

Juga di meja bulat, wakil-wakil daripada UNESCO dan NGO global Close the Gap meneroka bagaimana teknologi membantu meningkatkan transformasi digital pendidikan dan meningkatkan kemahiran digital, terutamanya untuk kumpulan yang kurang mendapat layanan di kawasan terpencil dan luar bandar. Ini termasuk menyediakan ketersambungan, memperluaskan celik digital dan kemahiran serta menyokong kurikulum STEAM melalui projek-projek seperti Open Schools for All diupayakan-Teknologi, DigiSchool dan DigiTruck.

"Model persekolahan terbuka digital merupakan manifestasi transformasi digital pendidikan sekolah. Ia merupakan pendekatan terbuka untuk mencipta semula sistem persekolahan bagi menjamin pendidikan sekolah termasuk pembelajaran ilmu, pembangunan kemahiran, pemupukan nilai dan kepedulian sosial, akan dijamin baik dalam situasi biasa mahupun kecemasan," kata Dr. Fengchun Miao, Ketua Unit untuk Teknologi dan Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan untuk UNESCO. "Projek UNESCO-Huawei, Open Schools for All diupayakan-Teknologi sedang mengalami impak terobosan ke atas pembinaan dan pengujian sekolah-sekolah terbuka digital di negara-negara Afrika. Projek ini meliputi secara langsung lebih daripada 20,000 pelajar dan lebih daripada 1 juta guru di Ghana, Etiopia dan Mesir."

TECH4ALL bekerjasama dengan Close the Gap yang menerangkan nilai DigiTruck bagi menyediakan latihan kemahiran digital percuma untuk masyarakat terpencil di Afrika.

"Kami bekerjasama dengan Huawei untuk membangunkan dan menggunakan DigiTrucks di Afrika untuk komuniti luar bandar dan persisian-bandar yang disasarkan terutamanya untuk mempersiapkan anak-anak muda dalam komuniti berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan digital pada masa depan," kata Ngosa Mupela, Pengurus Perniagaan dan Pelancongan untuk Close the Gap.

Di bawah inisiatif TECH4ALL, teknologi turut mengupayakan pengurusan mampan sumber semula jadi dan melindungi biodiversiti. Arno Cimadom daripada Taman Negara Neusiedler See-Seewinkel di Austria meninjau peranan penting yang dimainkan oleh teknologi dalam pemuliharaan tanah lembap, termasuk melindungi biodiversiti dan mengkaji kesan-kesan perubahan iklim ke atas ekosistem.

"Hasil daripada teknologi baharu yang disediakan oleh Huawei dan rakan-rakan kongsinya, kini kami buat julung kalinya berpeluang mengumpul data bunyi 24/7, sepanjang tahun, secara serentak daripada lebih 60 tapak dan menganalisisnya melalui model-AI yang disediakan oleh Rainforest Connection. Ini menjadikan penyelidikan dan pengurusan di kawasan tanah lembap yang sukar-diakses lebih cekap dan membolehkan penyelidikan baharu," kata Arno Cimadom, mewakili Taman Negara Neusiedler See-Seewinkel.

Reruai Huawei TECH4ALL di Dewan 1, MWC
Reruai Huawei TECH4ALL di Dewan 1, MWC

Berserta perbincangan meja bulat media, reruai Huawei TECH4ALL di MWC Barcelona 2023 mengalu-alukan pengunjung untuk meninjau kemajuan terkini dalam projek yang dijalankan di bawah inisiatif tersebut dan mempelajari tentang peranan penting yang boleh dimainkan oleh teknologi dan perkongsian dalam mendayakan keterangkuman dan kemampanan.

Latar Belakang Huawei TECH4ALL

TECH4ALL ialah inisiatif keterangkuman digital jangka panjang dan pelan tindakan Huawei. Didayakan oleh teknologi inovatif dan perkongsian, TECH4ALL dibangunkan untuk membantu menggalakkan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Huawei TECH4ALL di https://www.huawei.com/en/tech4all

Ikuti kami di Twitter menerusi https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Trade show news