omniture

FMC Corporation Mengumumkan Perpisahan Menjadi Dua Syarikat Awam Bebas

FMC Corporation
2014-03-10 19:00 171

-- New FMC akan terdiri daripada segmen Penyelesaian Pertanian FMC serta segmen Kesihatan dan Pemakanan FMC

-- FMC Minerals akan terdiri daripada segmen Mineral FMC semasa, yang termasuklah perniagaan Bahan Kimia Beralkali dan Litium.

PHILADELPHIA, 10 Mac 2014 /PRNewswire/ -- FMC Corporation (NYSE: FMC) hari ini telah mengumumkan perancangan untuk berpisah menjadi dua syarikat awam bebas. Salah satu daripadanya merupakan "New FMC", yang akan terdiri daripada segmen Penyelesaian Pertanian FMC serta segmen Pemakanan dan Kesihatan FMC, manakala "FMC Minerals" pula terdiri daripada segmen Mineral FMC semasa. Syarikat itu menjangkakan perpisahan ini, yang masih tertakluk kepada kelulusan lembaga muktamad dan juga keadaan bersyarat lain, akan dibuat secara pengedaran bebas cukai syer kepada pemegang saham FMC sedia ada. FMC Corporation menjangka akan memuktamadkan perpisahan ini pada awal tahun 2015, manakala setiap syarikat dijangka akan tersenarai dalam Bursa Saham New York.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20111101/NE97440LOGO

Pierre Brondeau, presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi FMC Corporation berkata: "FMC telah menguruskan portfolionya secara proaktif sewaktu empat tahun lepas sebagai sebahagian daripada Wawasan 2015, termasuk penjajaran semula segmen pelaporan kami awal tahun lepas. Keputusan kami untuk berpisah menjadi dua syarikat bebas ialah kemajuan semula jadi untuk strategi kami. Kami percaya, dengan mewujudkan dua syarikat, setiap satunya dengan ekuiti tersenarai awamnya sendiri, akan membolehkan pihak pengurusan setiap syarikat melaksanakan strateginya sendiri. Ini akan memberi setiap syarikat itu tumpuan yang lebih tajam terhadap faktor kejayaan yang paling penting untuk perniagaannya, di samping membenarkan permulaan amalan struktur modal yang sesuai dengan profil perniagaannya.

"Pewujudan dua syarikat bebas akan memberi faedah bermakna kepada setiap perniagaan itu, komuniti tempat mereka beroperasi serta semua pihak berkepentingan kami. Para pelanggan kami akan terus mempunyai hubungan kolaboratif dengan organisasi yang kuat daripada segi kewangan yang bertumpu terhadap usaha untuk memenuhi keperluan mereka, manakala kakitangan kami akan mempunyai peluang kerjaya baharu."

New FMC akan diketuai Pierre Brondeau, presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi, manakala Paul Graves akan menjadi naib presiden eksekutif dan juga Ketua Pegawai Kewangan. Mark Douglas, presiden Penyelesaian Pertanian, serta Mike Smith, naib presiden dan pengarah perniagaan global Kesihatan dan Pemakanan, akan terus memegang jawatan semasa mereka.

Pasukan kepimpinan FMC Minerals akan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif baharu yang akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Andrew Sandifer, naib presiden semasa Pembangunan Strategik FMC Corporation, akan menyertai pasukan kepimpinan eksekutif FMC Minerals sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Ed Flynn akan menjadi ketua pegawai pengendalian untuk FMC Minerals. Tom Schneberger dan Eric Norris akan kekal dalam jawatan kepimpinan eksekutif semasa mereka masing-masing untuk perniagaan Bahan Kimia Beralkali dan Litium.

New FMC

New FMC, terdiri daripada segmen Penyelesaian Pertanian FMC serta segmen Kesihatan dan Pemakanan FMC, akan menjadi syarikat berasaskan teknologi dan dipacu pelanggan dengan kepakaran aplikasi yang mendalam. Berdasarkan titik tengah pandangan bulan Februari 2014 syarikat itu, hasil dan pendapatan gabungan untuk segmen Penyelesaian Pertanian serta segmen Kesihatan dan Pemakanan masing-masing dijangka akan menjadi kira-kira $3.35 bilion, naik sebanyak 16 peratus sepanjang tahun 2013, dan juga $815 juta, naik sebanyak 15 peratus sepanjang tahun 2013. New FMC dijangka dapat mengekalkan kunci kira-kira yang mantap serta dasar kewangan yang konsisten dengan pemeringkatan kredit semasa FMC Corporation.

Penyelesaian Pertanian FMC ialah perniagaan berasaskan sains, berkhidmat untuk para petani seluruh dunia. Para petani bergantung kepada Penyelesaian Pertanian FMC untuk produk perlindungan hasil tanaman inovatif yang dibangunkan daripada inovasi berasaskan sains, pembangunan lapangan, kepakaran aplikasi serta toksikologi yang dapat meningkatkan kualiti dan hasil tuaian berdasarkan asas jenis tanaman serta lokasi ladang.

Segmen Kesihatan dan Pemakanan FMC membangunkan produk daripada sumber semula jadi yang menyediakan penyelesaian tekstur, kestabilan dan juga warna semula jadi untuk aplikasi makanan, sambil turut menghasilkan pengikat, salutan serta omega-3 berkepekatan tinggi dan berketulenan tinggi bagi aplikasi farmaseutikal dan pemakanan. Para pelanggan bergantung terhadap Kesihatan dan Pemakanan FMC bagi kecemerlangan teknikalnya, produknya yang inovatif serta pendekatan Penyelidikan & Pembangunan kolaboratif.

FMC Minerals

FMC Minerals akan terdiri daripada segmen Mineral FMC semasa, yang termasuklah perniagaan Bahan Kimia Beralkali dan Litium. Berdasarkan titik tengah pandangan bulan Februari 2014 bagi syarikat itu, hasil dan pendapatan untuk segmen Mineral FMC masing-masing dijangka akan menjadi kira-kira $1.0 bilion, naik sebanyak 7 peratus sepanjang tahun 2013, dan $153 juta, naik sebanyak 19 peratus sepanjang tahun 2013. FMC Minerals dijangka akan menjana aliran tunai yang mantap dan turut mempunyai kelenturan kewangan bagi mengusahakan peluang pelaburan terpilih. FMC Minerals akan mengekalkan pendekatan FMC Corporation yang berdisiplin terhadap pengaturan penggunaan modal dan akan terus menumpukan perhatian terhadap perlombongan mineral yang mampan, selamat dan juga beretika, kecekapan proses serta kecemerlangan pengeluaran dan khidmat pelanggan.

Kedua-dua perniagaan Bahan Kimia Beralkali dan Litium ialah perniagaan mineral dengan kelebihan struktur, dengan pengendalian yang mempunyai kelebihan kos. Kedua-dua perniagaan bersaing dalam pasaran yang menarik. Perniagaan Bahan Kimia Beralkali ialah pengeluar global terbesar untuk natrium karbonat semula jadi, menggunakan teknologi berkos rendah untuk melombong bijih trona bagi menghasilkan natrium karbonat dan juga produk berkaitan yang digunakan dalam industri kaca, pemprosesan kimia serta serbuk cuci. Perniagaan Litium ialah satu-satunya pengeluar air garam kepada logam dengan portfolio produk global luas, yang menjual produknya kepada pasaran penyimpanan tenaga, farmaseutikal, polimer dan juga perindustrian. Permintaan pasaran dasar untuk litium masih kekal kuat, dipacu pertumbuhan dalam penyimpanan tenaga daripada permulaan penggunaan kenderaan elektrik serta aplikasi lain.

Bank of America Merrill Lynch dan juga Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan untuk FMC Corporation tentang urus niaga yang diusulkan ini manakala Wachtell, Lipton, Rosen & Katz bertindak sebagai penasihat guaman untuk syarikat itu.

Panggilan Persidangan

FMC Corporation akan mengadakan panggilan persidangan serta pembentangan siar web pada pukul 8.30 pagi Waktu Timur pada hari Isnin, 10 Mac 2014. Acara ini akan sedia ditonton secara langsung dan juga secara rakaman di web pada laman http://www.fmc.com. Syarikat itu akan meletakkan maklumat tambahan di web pada laman http://www.fmc.com, termasuk pembentangan slaid yang akan digunakan semasa panggilan persidangan itu.

Panggilan Persidangan Siar Web: Isnin, 10 Mac 2014 pada pukul 8:30 pagi Waktu Timur. Panggilan langsung ini terbuka untuk awam melalui siaran Internet dan juga telefon.

Siaran Internet: www.fmc.com

Nombor telefon untuk didail:
A.S. / Kanada: +1 (877) 359-9508
Antarabangsa: +1 (224) 357-2393
ID Persidangan # 9077796

Rakaman Semula Panggilan Persidangan Siar Web: Boleh didapati melalui Internet dan juga telefon mulai pukul 12:00 tengah hari Waktu Timur pada hari Isnin, 10 Mac 2014, sehingga hari Selasa, 10 Jun 2014.
Rakaman Internet: www.fmc.com
Nombor telefon A.S. / Kanada: +1 (855) 859-2056
Nombor telefon antarabangsa: +1 (404) 537-3406
Masukkan ID Persidangan # 9077796

FMC Corporation ialah syarikat bahan kimia berkepelbagaian yang berkhidmat bagi pasaran pertanian, perindustrian, alam sekitar dan juga pengguna pada peringkat global selama lebih satu kurun dengan penyelesaian inovatif, aplikasi serta produk berkualiti. Pada tahun 2013, FMC Corporation mempunyai jualan tahunan sebanyak kira-kira $3.9 bilion. Syarikat itu menggajikan kira-kira 5,600 orang seluruh dunia, dan turut mengendalikan perniagaannya dalam tiga segmen: Penyelesaian Pertanian FMC, Kesihatan dan Pemakanan FMC, serta Mineral FMC. Bagi maklumat lanjut, lawati www.FMC.com

Kenyataan Selamat di bawah Akta Sekuriti Swasta 1995: Kenyataan dalam siaran berita ini ialah kenyataan pandang ke hadapan yang tertakluk kepada pelbagai risiko dan juga ketidakpastian berkaitan dengan faktor tertentu yang dinyatakan dalam Borang 10-K FMC Corporation tahun 2013 serta pemfailan SEC lain. Maklumat sedemikian yang terkandung di dalam ini mewakili pertimbangan terbaik syarikat ini setakat tarikh yang dinyatakan dalam sini berdasarkan maklumat semasa yang sedia ada. FMC Corporation tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat ini dan tidak menanggung sebarang tanggungjawab daripada segi undang-undang untuk berbuat demikian. Maklumat masa lepas tidak semestinya menunjukkan prestasi masa hadapan.

Hasil dan pendapatan pro forma yang disebut dalam pengumuman ini ditakrifkan sebagai hasil setahun penuh FMC Corporation, dijajarkan semula mengikut struktur perniagaan yang dijangka bagi kedua-dua syarikat itu, dengan andaian perpisahan mulai 1 Januari, tanpa sebarang pengubahsuaian lain. Takrif istilah bukan GAAP dan penyesuaian angka bukan GAAP mengikut istilah GAAP terdekat yang sedia ada boleh didapati di laman web itu.

 

Source: FMC Corporation
Related Stocks:
NYSE:FMC
Related Links:
Keywords: Agriculture Chemical Mining/Metals Conference call announcements