omniture

10,000,000 Prapendaftaran dicapai! Ragnarok Origin dilancar secara rasmi hari ini!

Gravity Game Hub
2023-04-06 21:49 161

SINGAPURA, 6 April 2023 /PRNewswire/ -- Terokai dunia Ragnarok Online (RO) dan bertembung dengan pengembara-pengembara lain! Susulan rasmi Ragnarok Online, berjudul Ragnarok Origin dan diterbitkan oleh Gravity Game Hub, kini tersedia melalui Apple Store, Google Play, Huawei AppGallery, OPPO App Market dan klien PC.

Ragnarok Origin telah mencapai titik capai 10 juta prapendaftaran yang luar biasa pada 5 April, membuka kunci semua ganjaran istimewa untuk semua pemain. Pengembara, log masuk dan tuntut ganjaran sekarang!


Campuran lancar elemen RO klasik dengan inovasi dan tradisi

Ragnarok Origin dibina berasaskan elemen-elemen klasik yang disukai daripada pendahulunya dan menggabungkan corak permainan teras yang telahpun dinikmati oleh para pengembara selama bertahun-tahun. Selain daripada mencipta semula benua Midgard dengan sempurna, Ragnarok Origin menawarkan sistem kerja yang pelbagai bermula dengan enam kelas utama. Grafik, pertempuran dan ciri-ciri sosial dalam Ragnarok Origin adalah jauh lebih unggul berbanding sebelum ini, lalu membuka jalan untuk sebuah era yang menarik.


Ragnarok Origin mengekalkan peribudaya Ragnarok sambil mengambil langkah yang berani ke hadapan dalam mencipta semula MMO tradisional. Pertempuran kini boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan hasil pencarian mungkin dipengaruhi oleh pilihan plot. Di samping itu, Midgard mempunyai musuh dan kejadian unik yang boleh ditemui baik pada waktu siang mahupun malam. Dengan berpesta dan menghadapi bos yang mencabar bersama-sama, pengembara boleh menikmati kegembiraan usaha kolektif dan menumpaskan musuh yang kuat melalui sistem perseikatan inovatif permainan ini.


Sebagai sebahagian daripada pengalaman berbilang pemain Ragnarok Origin yang mengujakan, pemain akan menemui sistem haiwan peliharaan dan tunggangan baharu untuk mengiringi mereka dalam pengembaraan mereka. Bagi membantu pengembara dalam perjalanan mereka, Ragnarok Origin turut menawarkan sistem belas kasihan, untuk membantu pemain memperoleh kad dan memperbaiki peralatan. Di samping itu, sistem bos MVP menawarkan peluang kepada pengembara untuk memperoleh barangan dalam-permainan yang jarang dijumpai!


Ragnarok Origin menandakan pelancaran permainan Asia Tenggara.

Bagi meraikan pelancaran rasmi Ragnarok Origin, pengembara di Asia Tenggara kini boleh melawat pelbagai mercu tanda dan lokasi untuk melihat watak-watak yang comel dan disayangi di BTS dan CentralWorld di Thailand, SM Mall of Asia di Filipina, IMBI Plaza di Malaysia dan Mall Taman Anggrek di Indonesia. Pemain-pemain akan dapat mendaftar masuk di lokasi-lokasi ini, mengambil gambar dan menyertai Ragnarok Origin dalam pengembaraan fantasi yang baharu. Nantikan lebih banyak acara di lapangan yang akan datang!

Bagi meraikan pelancaran permainan ini, halaman Facebook rasmi Ragnarok Origin (ROO) telah mengatur sebuah acara khas, "Server Opening Presents". Bermula pada 6 April hingga 19 April, para pemain boleh berkongsi pengalaman mereka dengan Ragnarok Origin dalam bahagian komen dan berpeluang memenangi papan kekunci dan tetikus permainan HyperX, VIP bulanan iQIYI dan hadiah-hadiah berharga yang lain. Jangan lepaskan peluang ini!


Ragnarok Origin akhirnya telahpun dilancarkan dan kakitangan Kafra tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan semua pengembara dengan tangan terbuka! Muat turun dan log masuk ke permainan ini sekarang untuk membuka kunci pelbagai ganjaran! Perjalanan ajaib kami ke benua Midgard menanti anda!

Untuk sentiasa mengikuti perkembangan tentang acara dan maklumat terkini yang berkaitan dengan Ragnarok Origin, pastikan anda mengikuti komuniti Discord dan halaman Facebook!

Facebook: https://roo.pub/3Ki6yaC 
Discord: https://roo.pub/3ZkWdPn 
Muat Turun: https://roo.pub/40wudtO

Latar Belakang Gravity Game Hub

Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte Ltd ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan kepada permainan dalam talian dan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mewujudkan komuniti yang dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.

Source: Gravity Game Hub
Keywords: Electronics Gaming Entertainment New products/services