omniture

Sinopec bakal Ambil 1.25 Peratus Saham dalam Projek Pengembangan LNG North Field East Qatar

SINOPEC
2023-04-14 00:31 14

DOHA, Qatar, 14 April 2023 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") telah menandatangani perjanjian penyertaan ekuiti dengan QatarEnergy pada 12 April untuk mengambil 1.25 peratus saham dalam projek pengembangan North Field East (NFE) Qatar, yang ketika ini merupakan projek Gas Asli Cecair (LNG) yang terbesar di dunia.

Sinopec bakal Ambil 1.25 Peratus Saham dalam Projek Pengembangan LNG North Field East Qatar.
Sinopec bakal Ambil 1.25 Peratus Saham dalam Projek Pengembangan LNG North Field East Qatar.

Acara berkenaan menandakan satu lagi pencapaian setelah Sinopec dan QatarEnergy memeterai perjanjian jual beli LNG jangka panjang selama 27 tahun pada November 2022 untuk bekalan tahunan 4 juta tan LNG kepada Sinopec dan mencapai kerjasama bersepadu untuk projek pengembangan NFE.

Pengerusi Sinopec Ma Yongsheng dan Menteri Negara Qatar bagi Hal Ehwal Tenaga, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif QatarEnergy, T.Y.T. Saad Sherida Al-Kaabi, menandatangani perjanjian secara rasmi di sebuah majlis penandatanganan di ibu pejabat QatarEnergy di Doha.

"QatarEnergy, pengeluar LNG yang terkemuka di dunia, ialah salah satu rakan kongsi Sinopec yang paling penting, kerjasama antara kedua-dua syarikat akan mengukuhkan lagi pengoptimuman corak penggunaan tenaga China dan meningkatkan sekuriti, kestabilan, keandalan bekalan tenaga bersih. Dengan asas kukuh dalam perkongsian kami, kami berharap dapat meninjau peluang kolaborasi LNG yang baharu dan meluaskan asas baharu untuk kerjasama bagi mencapai faedah bersama dan kemajuan yang saling menguntungkan," kata Ma.

Al-Kaabi menyatakan bahawa China merupakan salah satu pasaran gas asli yang paling penting di dunia dan pasaran utama untuk produk tenaga Qatar. Perjanjian penyertaan ekuiti menunaikan janji QatarEnergy untuk memperdalam lagi hubungan bersama pelanggan LNG yang utama, terutamanya bagi membangunkan perkongsian strategik jangka panjang bersama pelanggan-pelanggan terkemuka dunia seperti Sinopec. Sinopec ialah pemegang kepentingan Asia pertama daripada projek NFE dan acara berkenaan menandakan model kerjasama Sino-Qatar.

Dengan jumlah pelaburan sebanyak USD 28.75 bilion, projek NFE diunjurkan untuk meningkatkan volum eksport LNG tahunan Qatar daripada 77 juta tan kepada 110 juta tan.

Perkongsian Sinopec dan QatarEnergy akan membantu memenuhi permintaan terhadap gas asli dalam pasaran Cina dan terus memajukan permbangunan tenaga karbon-rendah hijau, selamat dan mampan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

 

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements