omniture

Eye Level Lancar Reka Bentuk Komunikasi Visual Baharu Sambut Ulang Tahun ke-11 Penjenamaan Semula

Eye Level
2023-05-08 09:02 11

SEOUL, Korea Selatan, 8 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Eye Level, sebuah institusi pendidikan terkemuka yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran diperibadikan untuk kanak-kanak, melancarkan reka bentuk komunikasi visual baharu bagi menyambut ulang tahun ke-11 penjenamaan semulanya. Reka bentuk baharu institusi ini mencerminkan evolusi jenamanya dan bertujuan untuk meningkatkan komunikasi visualnya dengan mengekalkan elemen-elemen teras jenama Eye Level sekali gus menawarkan wajah baharu yang segar.

Reka Bentuk Poster Baharu Eye Level
Reka Bentuk Poster Baharu Eye Level

Konsep reka bentuk baharu menampilkan reka bentuk menggamit perhatian yang merangkumi "Eye Level = pembelajaran secara individu" dan serta-merta menarik perhatian penonton. Dengan slogan baharu, "Pembelajaran Yang Sentiasa Mengikut Tahap Anak Anda" ("Learning That's Always at Your Child's Level"), Eye Level mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah institusi pendidikan terkemuka yang komited terhadap pendidikan kanak-kanak dan pembelajaran diperibadikan mengikut tahap setiap kanak-kanak.

Reka bentuknya terdiri daripada tiga bentuk berbeza dan warna-warna asas yang mewakili kepelbagaian dan tahap kanak-kanak. Bentuk menunjukkan keseronokan belajar dengan mencipta corak baharu, manakala motif grafik melambangkan bahawa kanak-kanak boleh berkembang maju dengan sendirinya melalui penciptaan pelbagai objek.

"Komitmen kami untuk menyediakan pembelajaran diperibadikan kepada kanak-kanak yang membantu mereka berkembang dan mencapai potensi penuh mereka disampaikan secara berkesan melalui reka bentuk baharu kami," kata seorang wakil Eye Level.

Reka bentuk komunikasi visual baharu ini merupakan bukti komitmen Eye Level terhadap inovasi dan menyampaikan pendidikan yang terbaik kepada kanak-kanak. Dengan reka bentuknya yang inovatif dan menggamit perhatian, Eye Level terus menarik perhatian khalayaknya dan menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi yang dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka.

Latar Belakang Eye Level

Eye Level ialah penyedia terunggul bagi program Matematik dan Bahasa Inggeris untuk para pelajar berumur 4 hingga 15 tahun. Program-program pembelajaran individu mereka dapat memenuhi keperluan unik dan gaya pembelajaran setiap kanak-kanak, dengan pencapaian akademik menjadi keutamaan tertinggi mereka. Bergantung pada tahap pelajar, mereka akan mendapat akses kepada bahan-bahan yang sesuai seperti buku kecil, lembaran kerja, pembaca, masalah praktis dan permainan dalam talian.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Eye Level dan program-programnya, kunjungi myeyelevel.com. Sertai Kuiz Tahap untuk mengukur kemahiran anda dan dapatkan akses kepada bahan percubaan percuma Eye Level hari ini!

Source: Eye Level
Related Stocks:
Korea:019680
Keywords: Education New products/services