omniture

CGTN: Hari Ibu: Warisan kasih sayang antara Xi Jinping dan ibu beliau

CGTN
2023-05-16 11:29 34

BEIJING, 16 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun, orang ramai dari seluruh dunia meraikan ibu mereka, menyatakan kasih sayang dan kesyukuran kerana memberi mereka kehidupan, kasih sayang dan penjagaan.

Keluarga merupakan bilik darjah pertama orang ramai dan ibu bapa merupakan guru pertama kanak-kanak.

Sebagai ibu kepada Presiden Cina Xi Jinping, Qi Xin sentiasa memupuk dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan belas ihsan.

Xi, yang benar-benar dipengaruhi oleh kata-kata dan perbuatan Qi, sentiasa mengingati nasihat ibu beliau dan tidak pernah lupa mengapa beliau bermula.

Ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak

Pada tahun 1939, Qi yang berumur 15 tahun menyertai Parti Komunis China (CPC) dan menjadi penyokong tegar nilai dan kepercayaan CPC. Beliau mempertimbangkan situasi keseluruhan dan bertegas untuk berkhidmat di peringkat akar umbi, bekerja keras dalam pelbagai jawatan.

"Bekerja dengan baik, belajar dengan baik dan mengendalikan segala-galanya dengan baik," Qi menganggap kata-kata yang disampaikan oleh suaminya kepadanya sebagai moto dan menggunakan kata-kata dan perbuatannya untuk mempengaruhi anak-anaknya.

Qi menjalani kehidupan sederhana, yang telah menjadi tradisi untuk keluarga tersebut. Tidak kira betapa susah payah mengurus keluarga sambil bekerja, beliau tidak pernah berkompromi dengan tugas beliau. Gaya hidup beliau dan suasana kekeluargaan telah membimbing sifat-sifat baik Xi.

Selama bertahun-tahun, Xi menekankan dalam banyak kesempatan tentang kepentingan keluarga, pendidikan keluarga dan sifat-sifat yang baik.

Semasa mesyuarat bersama wakil-wakil ke Persidangan Keluarga Teladan Kebangsaan yang pertama pada tahun 2016, Xi berkata ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka melalui perkataan dan perbuatan, menyampaikan ilmu pengetahuan dan sifat-sifat baik kepada mereka dan mengamalkan apa yang mereka ajar. "Mereka harus membantu anak-anak mereka memasang butang pertama dalam hayat mereka dan mengambil langkah yang pertama di tangga kehidupan."

Pada usia remajanya, Xi diberikan alatan jahitan ringkas oleh ibu beliau - hadiah yang akan memberi keberanian kepada beliau untuk mengharungi waktu sukar dan mengambil "langkah pertama dalam kehidupan."

Pada kain kasar beg alatan itu, Qi menggunakan benang berwarna mereka untuk menjahit perkataan "niang de xin (hati ibu)" padanya.

'Kamu melaksanakan tugas dengan baik merupakan ketaatan tertinggi'

Sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapanya, Xi sentiasa berusaha meluangkan masa bersama ibu beliau apabila berkelapangan. Walaupun dengan jadual kerja yang padat, beliau akan sentiasa mencari masa untuk keluar berjalan-jalan bersama ibu beliau.

Ketika Xi tidak dapat bersama ibu bapanya kerana bekerja semasa Festival Musim Bunga pada tahun 2001, Qi menelefon anaknya, mengatakan bahawa selagi mana beliau melakukan yang terbaik untuk tugas tersebut, beliau menunjukkan ketaatan terhadap ibu bapa yang tertinggi kepadanya dan bapanya.

"Anakku, terlalu banyak yang ingin kukatakan kepadamu, namun dengan sebaris ayat, ibu berharap kamu pikul tanggungjawab kamu dengan baik, walau seberat manapun," kata Qi kepada Xi melalui panggilan telefon.

Kata-kata sokongannya telah banyak memberi inspirasi kepada Xi untuk berkhidmat kepada orang ramai dengan matlamat untuk mencapai kehidupan yang baik untuk keluarga Cina.

Sebagai seorang remaja, hasrat Xi adalah untuk "membolehkan orang ramai menikmati hidangan daging yang kenyang." Ketika beliau berumur 60 tahun, beliau memperkenalkan diri sebagai "hamba kepada rakyat" semasa melawat penduduk kampung di Shibadong, sebuah perkampungan etnik minoriti Miao di Wilayah Hunan, tengah China.

Seperti yang dikatakan oleh Xi pada mesyuarat penutup sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-14, kepercayaan rakyat merupakan motivasi terbesar yang mendorong beliau untuk terus mara dan merupakan tanggungjawab besar yang dipikul oleh beliau.

https://news.cgtn.com/news/2023-05-14/Mother-s-Day-Inheritance-of-love-between-Xi-Jinping-and-his-mother-1jNAAbp0s9O/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Women-related news