omniture

HUAWEI AppGallery umumkan faedah dan ganjaran eksklusif untuk penggunanya

Huawei Mobile Services
2023-05-16 15:00 15

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Mei 2023 /PRNewswire/ -- HUAWEI AppGallery, salah satu pasaran aplikasi yang terkemuka di dunia, mengumumkan satu promosi baharu eksklusif untuk penggunanya. Pengguna boleh menggunakan baucar ini untuk mengimbangi kos pembelian dalam-aplikasi mereka yang seterusnya, justeru menjadikannya tawaran yang menarik untuk pemain tegar.


Mulai sekarang hingga akhir tahun ini, pengguna AppGallery boleh menikmati rebat 10% serta merta untuk setiap pembelian dalam-aplikasi yang dibuat pada mana-mana permainan kegemaran mereka yang dimuat turun daripada platform ini.

Ganjaran disediakan untuk pengguna AppGallery semasa, serta pengguna mudah alih Android dan Huawei baharu yang memuat turun dan berbelanja untuk permainan pada platform AppGallery tahun ini. Promosi ini merupakan sebahagian daripada komitmen AppGallery untuk menyediakan kepada penggunanya dengan pengalaman permainan terbaik.

"Selain meluaskan tawaran permainan kami pada AppGallery, kami juga ingin memastikan pemain mendapatkan sepenuhnya daripada pengalaman mereka pada platform ini. Pembelian dalam-aplikasi merupakan bahagian yang penting dalam pengalaman permainan dan kami ingin memastikan pengguna kami mendapat nilai sebaik mungkin. Dengan rebat, pemain boleh menikmati permainan kegemaran mereka di samping turut menikmati penjimatan," kata Rei Xiao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih, Huawei Rantau APAC.

AppGallery menawarkan aliran sedia permainan blokbuster dan tekal menambah judul-judul baharu pada platform ini. Beberapa permainan yang paling popular termasuk Mobile Legends: Bang BangMIR4State of Survival: Zombie WarFishdom dan PUBG Mobile, serta permainan yang baru dilancarkan Epic Seven. Digandingkan dengan spesifikasi hebat HUAWEI Mate 50 dan HUAWEI P60 Series, seperti HUAWEI FullView Display, kadar segar semula sehingga 120Hz dan App Assistant, aplikasi untuk pengalaman permainan tanpa kerumitan, pemain mudah alih kini boleh membawa pengalaman permainan mereka ke tahap seterusnya.

Buat mereka yang tidak sabar-sabar untuk mencuba pengalaman permainan baharu namun begitu, berhasrat benar untuk pengembaraan klasik, Ragnarok Origin kini tersedia pada HUAWEI AppGallery. Ragnarok Origin ialah platform-silang, membayangkan semula MMORPG Ragnarok Online, klasik, menampilkan grafik yang lebih baik, pertempuran yang lebih sengit dan pencarian yang diperbaharui dan direka bentuk semula. Pemain sekali akan menerokai alam ajaib Midgard sebagai pengembara yang amat disesuaikan, meninjau dengan bebas, melawan gerombolan raksasa dan bersosial bersama pemain. Terokai, berdagang, berjuang dan melibatkan diri anda dalam dunia serba baharu.

Muat turun permainan di sini: http://bit.ly/appgallery_roolaunch_my_pr

Tebus rebat anda sekarang

Sama ada anda merupakan pemain kasual atau pemain tegar, menebus hadiah adalah sangat senang dengan tiga langkah mudah:

  • Langkah 1: Tambah nilai untuk mana-mana permainan kegemaran anda.
  • Langkah 2: Pilih kaedah bayaran yang berkenaan untuk menyelesaikan transaksi.
  • Langkah 3: Rebat akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Ganjaran terpakai untuk kaedah bayaran terpilih sahaja.

Log masuk ke halaman acara kami untuk butiran lanjut dan fahami terma serta syarat di sini: https://bit.ly/3LLT46u

Sertai kumpulan ini: pengguna Android kini boleh menikmati ganjaran eksklusif

Semua pengguna Android kini boleh memuat turun AppGallery pada telefon pintar mereka untuk mula menikmati kandungan dan faedah yang ditawarkan. Dengan antara muka yang mudah digunakan, pelbagai jenis aplikasi, permainan serta faedah eksklusif, AppGallery merupakan gedung aplikasi yang sempurna untuk semua orang.

Memuat turun AppGallery adalah mudah:

  1. Sila ke pautan muat turun dan klik "Pasang" untuk memiliki AppGallery pada peranti Android anda.
  2. Muat turun HMS core dan klik "Pasang".
  3. Cipta ID HUAWEI dan log masuk.
  4. Mula muat turun aplikasi serta permainan dan nikmati faedah dan ganjaran eksklusif AppGallery.

Muat turun AppGallery sekarang: https://bit.ly/40VRapY

Kunjungi saluran Discord kami untuk mengetahui maklumat terkini tentang tawaran dan promosi AppGallery yang eksklusif atau untuk berbual dengan pengguna AppGallery yang lain. Sertai kami di sini: https://discord.gg/EC3Z2x8Au7

Latar Belakang HUAWEI AppGallery

AppGallery ialah pasaran aplikasi rasmi untuk telefon pintar Huawei, tablet dan banyak lagi, menampilkan aplikasi dipilih susun merentas pelbagai jenis kategori termasuk permainan, pendidikan, gaya hidup dan fesyen. Ia tersenarai sebagai pasaran aplikasi 3 terbaik di seluruh dunia dengan lebih daripada 580 juta pengguna aktif setiap bulan. Di samping itu, pengguna AppGallery mendapat akses kepada pelbagai jenis hadiah percuma eksklusif, rebat, kupon dan juga keistimewaan VIP.

Ikuti akaun media sosial rasmi untuk maklumat lanjut:

Facebook: https://www.facebook.com/HuaweiMobileServicesAPAC 
YouTube:
 https://www.youtube.com/@HuaweiMobileServicesAPAC
Laman web rasmi: https://consumer.huawei.com/my/mobileservices/
AppGallery Discord: https://discord.gg/EC3Z2x8Au7
Memuat turun AppGallery: https://bit.ly/40VRapY

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services