omniture

JOY GROUP Raikan Penampilan Sulungnya pada WWD Beauty Inc Top 100

Shanghai Juyi Cosmetics Co., Ltd.
2023-05-17 13:27 39

SHANGHAI, 17 Mei 2023 /PRNewswire/ -- JOY GROUP, syarikat kecantikan Cina yang terkemuka, menyertai senarai 100 syarikat kecantikan terunggul dunia dan senarai 10 penerima untung terunggul dalam kecantikan bagi tahun 2022, seperti mana senarai kedudukan yang dikeluarkan baru-baru ini oleh jurnal fesyen berpangkalan di A.S., Women's Wear Daily (WWD).


WWD, sering kali dirujuk sebagai "Kitab fesyen", merupakan salah satu bahan penerbitan fesyen paling lama di peringkat global, mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam industri fesyen. Sejak penubuhannya, WWD telah menjadi bahan bacaan harian untuk para eksekutif dalam industri fesyen dan kecantikan global.

Setiap tahun, WWD Beauty Inc. mengeluarkan senarai definitif 100 syarikat kecantikan terunggul di dunia berdasarkan kepada jualan pada tahun kalendar sebelumnya. Diiktiraf sebagai "Panduan Pengamal Industri Kecantikan", senarai kedudukan tahunan ini merupakan salah satu yang paling berwibawa dalam industri kecantikan global.

Pada tahun 2022, JOY GROUP membuat kemunculan sulungnya pada senarai 100 Terbaik WWD Beauty Inc, tersenarai di tempat ke-86. Syarikat ini turut disenaraikan di tempat ke-9 dalam senarai 10 Penerima Untung Jualan Terunggul Kecantikan bagi senarai tahun 2022, mempromosikan nilai kecantikan Cina baik kepada pelanggan domestik mahupun global.

Shanghai Juyi Cosmetics Co., Ltd. ("JOY GROUP") ialah syarikat kosmetik berbilang jenama terkemuka yang berpangkalan di China. Syarikat ini terdiri daripada dua jenama kosmetik ikonik, JUDYDOLL dan JOOCYEE. JUDYDOLL, menduduki tempat ke-5 pada Tmall dan kedudukan ke-2 pada Douyin (TikTok China) dalam kategori kosmetik domestik, memenuhi keperluan gaya hidup yang berwarna-warni, manis dan menyeronokkan. JOOCYEE memancarkan gaya moden, romantik dan disesuaikan untuk pengguna wanita Asia, menduduki kedudukan No.1 dalam kategori gincu domestik dan No.6 dalam kategori kosmetik domestik pada Tiktok China. 

Dengan pendekatan terus-kepada-pengguna, JOY GROUP kini mengendalikan jaringan kedai utama pada platform e-dagang utama China dan lebih 30 butik monojenama luar talian. Syarikat ini turut mengintegrasikan keupayaan rantaian bekalan hujung-ke-hujung dengan makmal dan kemudahan pembuatannya sendiri.

Pada tahun 2022, JOY GROUP mencatatkan hasil tahunan sebanyak USD 256.7 juta (RMB1.8 bilion), satu peningkatan kira-kira 30% YoY, mencapai pertumbuhan hasil dua angka yang kukuh dan keuntungan yang mampan dalam beberapa tahun berturut-turut.

Sejak tahun 2020, JOY GROUP berkembang secara proaktif ke pasaran luar negara, mendapat populariti meluas daripada pengguna dalam pasaran Jepun dan ASEAN. Syarikat ini menyasarkan untuk mengembangkan lagi jangkauannya ke Australia, Kanada, Timur Tengah dan wilayah-wilayah lain dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.

HUBUNGAN MEDIA
Christine Bian
PR Korporat JOY GROUP
Christine.bian@joy-group.com
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang JOY GROUP, kunjungi https://www.linkedin.com/company/joy-group-china

Source: Shanghai Juyi Cosmetics Co., Ltd.
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail