omniture

Keputusan Kewangan S1 2023 Mengagumkan Shanghai Electric Memperlihatkan Momentum Pertumbuhan Perniagaan dengan Pelbagai Penemuan Teknologi

Shanghai Electric
2023-06-01 18:09 127

Motor segerak kalis-letupan penukaran frekuensi boleh ubah berkelajuan-ultra-tinggi kelas 80MW telah dibangunkan dengan jayanya

Set penempaan aci engkol marin 920-gerek pertama China telah diserahkan kepada China Communications Construction Group

SHANGHAI, 1 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) baru-baru ini mengeluarkan data hasil untuk suku pertama tahun 2023, menunjukkan peningkatan besar-besaran berbanding tahun sebelumnya sebanyak 2802.32%. Hasil yang mengagumkan ini berlaku seiring dengan penglibatan Syarikat dalam pelbagai projek yang berjaya sejak kebelakangan ini, termasuk unit kuasa nuklear No.3 Loji Janakuasa Nuklear Fangchenggang di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China yang disambungkan ke grid kuasa baru-baru ini. Projek pembuatan pintar Yanji Shanghai yang dilaksanakan oleh Shanghai Electric juga dilancarkan dengan jayanya dalam suku pertama dan 40 turbin angin di projek kuasa angin yang dibangunkan oleh Shanghai Electric di Mongolia Dalam telahpun diserahkan dan dinaikkan dengan jayanya.

Dalam suku pertama juga, Shanghai Electric memenangi anugerah untuk amalan ESG terbaik bagi syarikat yang disenaraikan dan Forbes Best Case Award untuk kertas putih Kemampanan Perindustrian di China: Penerokaan dan Amalan 2022, mengukuhkan pengiktirafan institusi dan pasaran terhadap pengurusan korporat serta pembangunan mampan Syarikat ini.

"Shanghai Electric sentiasa mengekalkan inovasi saintifik dan teknologi sebagai teras jenama kami dengan inovasi menjadi daya penggerak utama pembangunan berkualiti tinggi kami. Kami tetap komited untuk kekal berada di barisan hadapan matlamat karbon puncak dan keneutralan karbon global. Pelaksanaan penuh pembangunan berpacukan inovasi kami mempercepatkan pencapaian teknologi canggih milik sendiri, dengan komprehensif meningkatkan daya saing Syarikat dalam ekonomi hijau global," kongsi Presiden Shanghai Electric Liu Ping di Forum Antarabangsa mengenai Pembangunan Jenama China yang diadakan di Shanghai.

Shanghai Electric terus menggalakkan inovasi teknologi dan transformasi perindustrian mampan, dengan tumpuan yang berterusan ke atas pembangunan jangka panjang. Pencapaian ketara yang terkini termasuk:

  • Motor segerak kalis-letupan penukaran frekuensi berkelajuan-ultra-tinggi 80MW dibangunkan sendiri oleh Shanghai Electric Machinery Factory, Shanghai Electric berjaya lulus penilaian dan dilancarkan secara rasmi, menandakan pembangunan Shanghai Electric dalam pemampat berkapasiti besar, melakar pencapaian baharu dalam bidang pemacu elektrik berkelajuan tinggi.
  • Majlis penyerahan set penempaan aci engkol marin 920-gerek pertama China diadakan baru-baru ini di bengkel penekan 10,000-tan Shanghai Electric SHMP Casting and Forging Company. Di China, penempaan aci engkol untuk enjin diesel marin besar dengan diameter gerek 700mm telah lama bergantung pada import dan terhad kepada penempaan kosong untuk model-model dengan diameter gerek 600mm dan ke bawah. Dengan pembangunan kapal samudera amat besar, enjin diesel marin amat besar dengan diameter gerek 900mm dan ke atas telah menjadi produk arus perdana dalam pasaran, yang bererti Shanghai Electric berkedudukan baik untuk pertumbuhan yang lebih bebas dalam bidang ini menuju ke hadapan.
  • Barisan kepimpinan daripada ACWA Power Arab Saudi melawat Shanghai Electric untuk memperkenalkan rancangan pembangunan tenaga baharu 2023 dan bagi mengadakan pertukaran pandangan yang mendalam untuk membincangkan pelaksanaan promosi projek dan pengembangan kerjasama strategik dalam bidang tenaga baharu seperti tenaga hidrogen, fotovolta, penyahgaraman air laut dan sisa-ke-tenaga.
  • Projek fotovolta 50MW Shanghai Electric di Branston, UK, lulus ujian jaminan dua tahun dan menerima sijil penyerahan akhir dan surat jaminan kontrak, menandakan projek kejuruteraan fotovolta, perolehan dan pembinaan siap (EPC) pertama Shanghai Electric akan beroperasi di negara ini. Sijil penyerahan akhir merupakan satu pencapaian penting untuk Shanghai Electric terus membangunkan pasaran kuasa fotovolta UK dan ia telah mengumpul pengalaman berharga bagi pelaksanaan projek EPC tenaga baharu di Eropah serta pasaran-pasaran termaju yang lain pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang Shanghai Electric untuk peluang perniagaan S1 dan prestasi keseluruhan, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE:601727), pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian sistem pintar mesra alam gred-perindustrian dengan kehadiran di seluruh dunia, berdedikasi terhadap tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital. Dengan tumpuan pada pembangunan karbon-rendah dan transformasi digital dengan membuka arena baharu dan menggalakkan pemacu pertumbuhan yang baharu, Shanghai Electric akan berusaha untuk menjadi peneraju dalam usaha untuk memuncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2023 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060, pengeluaran peralatan tenaga baharu dan penyetempatan peralatan canggih, memanfaatkan peluang tanpa sempadan dalam ekosistem perindustrian yang inovatif bersama-sama rakan-rakan kongsi global.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Earnings Earnings projections or forecasts