omniture

W BALI - SEMINYAK BAWAKAN ACARA TAHUNAN TERBAIK TAHUN INI: SUMMER SOUNDWAVE 2023

W Bali - Seminyak
2023-06-19 07:14 35

Bersiap sedia untuk mendapat kejutan di acara paling ditunggu-tunggu tahun ini dan jadikan percutian musim panas anda sesuatu yang tidak dapat dilupakan! 

BALI, Indonesia, 19 Jun 2023 /PRNewswire/ -- W Bali – Seminyak dengan gembiranya membawakan acara yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini, Summer Soundwave. Pesta musim panas tahun ini akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 bermula jam 4 PETANG hingga lewat malam. Memaparkan dua pentas, para tetamu dialu-alukan pada bila-bila masa kerana kita berpesta dari siang hingga malam menampilkan para penghibur Antarabangsa dan DJ Hip Hop Bali yang terkenal.

Summer Soundwave 2023
Summer Soundwave 2023

Pesta itu akan bermula jam 4 PETANG sebelum waktu keemasan yang menakjubkan, menampilkan bunyi segar DJ tetap W BaliDamian Saint dan Nanda – yang akan mengatur suasana tatkala matahari memudar pada latar.

Tatkala matahari terbenam, para penghibur antarabangsa, DJ Tara Brooks dan DJ Didi Han akan mengambil alih pentas utama yang menghadap pantai Seminyak yang terkenal dan menerangi lantai tarian dengan rentak 'groovy' mereka. Mengakhiri malam dengan dentuman, DJ Kanada, penerbit rakaman dan eksekutif rakaman – A-TRAK – akan menjadi tumpuan dengan rentak beliau yang menakjubkan.

A-TRAK mengasaskan Fool's Gold Records bersama Armand Van Helden, malah mengadakan jelajah dan berkolaborasi dengan Kanye West. Biarpun beliau telah memupuk keterikatan yang kuat dengan hip-hop, cita rasa muzik beliau tidak terhad kepada genre ini, menjadikan pencapaian beliau sebagai DJ dan penerbit sangat pelbagai.

Menarilah sepanjang malam di pentas hip-hop kerana pesta akan berlangsung dengan penuh rancak yang menampilkan barisan DJ yang paling terkenal di pulau ini, termasuk Stan, Goodgrip, Jeremy Jay dan B455.

Ditetapkan untuk menjadi pesta yang paling hangat pada tahun ini, hiruplah minuman keras dan koktel terkenal W Bali kegemaran ramai sambil melayan selera di stesen makanan yang enak. Reruai foto interaktif akan membolehkan para tetamu mengabadikan detik-detik yang sesuai disiarkan di Instagram pada hari itu untuk dikongsikan pada media sosial mereka.

Untuk mempertingkatkan pengalaman tetamu, meja VIP dan pakej bilik disediakan untuk membawa pengalaman pesta anda ke tahap seterusnya.

Untuk membeli tiket dan menempah meja VIP, sila kunjungi www.woobarbali.com/restaurant

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +62 361 3000 106 atau emel bf.wbali@whotels.com.

Hubungan media:

Jonathan Jeremy
Pengurus Pemasaran B&F
Jonathan.Jeremy@whotels.com

Maklumat tiket masuk:

Pembeli tiket awal : IDR 250,000 (Serta merta hingga habis dijual)
Tiket dalam talian  : IDR 500,000

Tiket-tiket boleh didapati di Bali.com, sila kunjungi pautan ini: https://bali.com/product/ticket-w-summer-soundwave/

Imej Akhbar dan Bahan Promosi:

Summer Soundwave 2023 - Google Drive

 

Source: W Bali - Seminyak
Keywords: Entertainment Music Travel New products/services