omniture

CGTN:'Demi kebaikan rakyat saya': Semangat Xi Jinping untuk berkhidmat

CGTN
2023-06-20 19:22 32

BEIJING, 20 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada 22 Mac 2019, Presiden Dewan Perwakilan Itali ketika itu, Roberto Fico, bertanya kepada Presiden Cina Xi Jinping tentang perasaan beliau apabila beliau dipilih sebagai presiden negara ini.

"Dipilih dalam sebuah negara yang begitu besar hadir dengan tanggungjawab yang besar dan tugas yang berat. Demi kebaikan rakyat saya, saya akan mengenepikan kesejahteraan saya sendiri," kata Xi.

Bermula daripada menjadi setiausaha cawangan Parti luar bandar kepada setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), presiden Cina dan pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat CPC, Xi sentiasa memikirkan tentang negara ini dan melihat diri beliau sebagai hamba rakyat.

Anak tanah loes

Lima puluh empat tahun yang lalu, sebagai "belia terpelajar," Xi yang berusia 15 tahun pergi ke kampung Liangjiahe di Wilayah Shaanxi, barat laut China. Kemudian, beliau menghabiskan masa selama tujuh tahun di luar bandar, bekerja dan tinggal bersama-sama petani.

Hasrat beliau yang bersungguh-sungguh ketika itu adalah "untuk membolehkan penduduk kampung dapat makan daging dan menikmatinya dengan kerap." Beliau memimpin mereka untuk menggali telaga, membina empangan, bukit teres dan mewujudkan lubang penjanaan metana pertama wilayah ini.

Tujuh tahun itu membantu memupuk kepercayaan beliau yang tidak berubah – melakukan perkara praktikal demi rakyat, ketika beliau mengimbau semasa satu temu bual bersama China Media Group (CMG) dalam tahun 2003.

"Saya dapat melihat kekuatan rakyat dan keperluan asas mereka. Atas dasar benar-benar memahami rakyat dan masyarakat, beberapa idea praktikal telah berakar umbi dalam fikiran saya sejak itu."

Pada Oktober 1975, Xi meninggalkan Liangjiahe dan rakan sekampung. Dalam sebuah esei yang mengimbau hari-hari beliau sebagai "belia terpelajar", beliau menulis: "Ke mana pun saya pergi, saya sentiasa menjadi anak tanah loes."

Kemudian, Xi melawat Zhengding, sebuah daerah miskin di Wilayah Hebei, utara China. Li Yaping, ketika itu merupakan pegawai Daerah Zhengding, mengimbau bahawa Xi berkata China mempunyai banyak perkara yang menunggu untuk dilakukan dan memerlukan beberapa orang untuk menggalas tanggungjawab.

Di Zhengding, Xi menunggang basikal lama ke seluruh daerah itu dan mendapati bahawa kuota perolehan bijiran tahunan sebanyak 38 juta kilogram oleh kerajaan negeri telah mengakibatkan penduduk tempatan mengalami kelaparan.

Beliau menulis surat kepada Jawatankuasa Pusat CPC, menyatakan bahawa kesukaran oleh petani tempatan berpunca daripada kuota perolehan yang tinggi. Selepas pasukan penyiasat mengetahui tentang keadaan itu, mereka mengurangkan kuota daripada 38 juta kilogram kepada 24 juta kilogram.

Cheng Baohuai, ketika itu merupakan setiausaha Jawatankuasa CPC Daerah Zhengding, mengimbau bahawa orang ramai menghargai usaha Xi, mengatakan mereka akhirnya mendapat makanan yang cukup di sini. Xi benar-benar menyokong rakyat dan terkesan dengan kesukaran yang dialami oleh rakyat, kata Cheng.

Pembangunan bertumpukan rakyat

Memenuhi aspirasi rakyat demi kehidupan yang lebih baik menjadi misi kami, kata Xi pada tahun 2012 apabila beliau dipilih sebagai setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC.

Pada malam Tahun Baharu dalam tahun 2013, Xi melawat penduduk yang mengalami kesusahan di Kampung Luotuowan, Wilayah Hebei. Penduduk kampung Gu Chenghu mengingati Xi sebagai seorang yang prihatin. "Beliau melihat ada lubang pada lengan baju saya, jadi beliau memberikan kepada saya sepasang kot hangat."

Sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-18, Xi telah mengadakan lebih daripada 100 lawatan peringkat akar umbi, termasuk di kawasan bandar mahupun luar bandar. Beliau mengambil berat tentang kecukupan bekalan percutian pasaran makanan, akses penduduk kepada rawatan perubatan dan gaji pekerja asing. Keperluan segera dan kebimbangan rakyat dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat Jawatankuasa Pusat CPC yang penting dan bertukar menjadi fokus pembaharuan China.

"Kini kami mengamalkan falsafah pembangunan bertumpukan rakyat. Pembangunan bertumpukan rakyat harus fokus kepada apa yang paling diperlukan oleh rakyat," kata beliau semasa satu simposium untuk membasmi kemiskinan tegar pada 23 Jun 2017.

Di bawah kepimpinan Xi, China telah menyaksikan perubahan bersejarah dengan kemiskinan mutlak dihapuskan dan kemakmuran sederhana dicapai untuk 1.4 bilion rakyat negara ini.

Pendapatan boleh guna per kapita China mencecah 35,128 yuan (kira-kira 4,940 dolar A.S.) pada tahun 2021, meningkat 112.8 peratus dari tahun 2012. Nisbah pendapatan bandar-luar-bandar dikecilkan kepada 2.5:1.

Pada tahun 1995, seorang wartawan CMG bertanya kepada Xi, ketika itu merupakan setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Fuzhou CPC tentang matlamat hidup beliau.

"Saya percaya ia tentang kepuasan, tentang melakukan sesuatu yang bermakna untuk rakyat."

https://news.cgtn.com/news/2023-06-16/-For-the-good-of-my-people-Xi-Jinping-s-passion-to-serve-1kGvwoXi7Kw/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service