omniture

Mulakan Perjalanan Kecemerlangan dengan Memilih CDUT:Lima Disiplin dalam 1% Teratas Kedudukan ESI Global

CDUT
2023-06-29 22:43 40

CHENGDU, China29 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Satu kertas kajian yang bertajuk "Membongkar kitaran fosforus Ediacaran" ("Uncovering the Ediacaran phosphorus cycle") telahpun diterbitkan secara dalam talian oleh pasukan penyelidik Dr. Li Chao dalam jurnal berwibawa antarabangsa Nature pada 31 Mei 2023 yang banyak membantu memperdalam pemahaman umat manusia tentang evolusi kebolehdiaman Bumi dan evolusi kehidupan yang rumit. Pasukan penyelidik tersebut adalah daripada State Key Laboratory of Oil and Gas Reservoir Geology and Exploration, Institute of Sedimentary Geology dan International Center for Sedimentary Geochemistry and Biogeochemistry Research of CDUT.

Ditubuhkan pada tahun 1956, Chengdu University of Technology (CDUT) terletak di pusat bandar Chengdu, bersebelahan dengan Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu. CDUT memiliki dua makmal penting negeri: State Key Laboratory of Geohazard Prevention and Geoenvironment Protection dan State Key Laboratory of Oil and Gas Reservoir Geology and Exploration.

Sebagai kumpulan yang terdiri daripada guru dan golongan elit yang terkenal, CDUT memiliki fakulti yang berkualiti tinggi dan profesional. Universiti ini mempunyai 2,893 ahli fakulti, termasuk 465 profesor (saintis penyelidik) dan 804 profesor madya (saintis penyelidik bersekutu). CDUT ialah sebuah universiti berbilang disiplin yang membawakan kelebihan disiplin tersendiri dan memfokuskan kepada sains dan kejuruteraan. Ia menonjol berdasarkan disiplin-disiplinnya yang unggul iaitu Geologi, Petroleum, Sumber, Teknologi Nuklear dan Alam Sekitar serta disiplin-disiplin ciriannya iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Kimia, Bahan, Elektronik, Jentera, Maklumat dan Pengurusan. Sementara itu, ia membangunkan disiplin-disiplin seperti Pentadbiran Perniagaan, Kesusasteraan, Undang-undang, Bahasa Asing, Kesenian dan Pendidikan Jasmani dengan cara yang diselaraskan. CDUT layak menganugerahkan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Setakat ini, hampir 300,000 bakat cemerlang telahpun menamatkan pengajian dan bekerja di serata dunia.

CDUT menikmati kelebihan signifikan dalam kursus-kursus antarabangsa yang meliputi 10 disiplin utama. Antara disiplin-disiplin ini, Geosains, Kejuruteraan, Sains Alam Sekitar/Ekologi, Kimia tersenarai antara 1% teratas dalam ESI global.

CDUT aktif mempromosikan pengantarabangsaan pendidikan dan akademik termasuk 9 jurusan sarjana muda dan 29 program lepasan ijazah untuk kemasukan pelajar antarabangsa. Bagi menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, CDUT membentuk sebuah sistem biasiswa tiga-peringkat "universiti-bandar-wilayah". Pelajar antarabangsa berpeluang memohon untuk biasiswa yang berikut: Biasiswa Wilayah Sichuan, Biasiswa "Bandar Bersaudara" Chengdu dan Biasiswa "Jalur dan Jalan" Chengdu.

CDUT mengalu-alukan setiap pelajar antarabangsa yang cemerlang.
Laman Sesawang: http://www.cdut.edu.cn/en
Sistem Permohonan Dalam Talian: https://cdut.at0086.cn/student
Hubungi & Tel: 0086-28-84078430
Emel: oshc@cdut.edu.cn

Source: CDUT
Keywords: Chemical Education Higher Education Survey, Polls & Research