omniture

Majlis Khas King's Park Genting Highlands menerima sambutan hangat

Highlands Park City
2023-07-06 12:14 51

GENTING HIGHLANDS, Malaysia, 5 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Majlis Khas di King's Park Genting Highlands untuk tetamu eksklusif ternyata menjadi majlis yang di luar jangkaan apabila ratusan tetamu khas hadir ke majlis tersebut.

Dalam ucapan alu-aluannya, Encik Sean Chen, Naib Presiden Pembangunan King's Park berkata projek yang bernilai RM10 bilion itu akan menerima manfaat yang besar daripada kemasukan peluang pelaburan dan pembangunan di kawasan pertengahan bukit.  Genting Highlands diunjurkan menerima 53 juta pelawat menjelang tahun 2026 dengan kawasan tadahan melebihi 700,000 orang dalam radius 5 kilometer.

Impresi Artis pemandangan dari langit King's Park di waktu petang
Impresi Artis pemandangan dari langit King's Park di waktu petang

King's Park Genting Highlands merupakan pembangunan integrasi mega dengan kerjasama Kumpulan Syarikat Yuk Tung dan Persatuan Promosi Pendidikan Tinggi di Malaysia (APHEM). Pembangunan itu merangkumi lebih 61 hektar tanah pegangan bebas, yang terdiri daripada hab hiburan bersepadu yang merangkumi gabungan unik tawaran komersial dan rekreasi. Perkembangan ini akan memanfaatkan ketibaan pelancong yang telah tersedia ramai di Genting Highlands.

Sean menambah, "Projek besar ini akan dibahagikan mengikut fasa. Fasa pertama melibatkan penyediaan kedai komersial yang akan menyediakan pengalaman runcit sinematik kepada tetamu terhormat kami. Kami tidak berkira-kira untuk menyuntik rasa dan pesona yang unik ke dalam setiap pengalaman pengunjung di setiap kedai ini." 

Pusat komersial King's Park menampilkan kedai jalanan pejalan kaki termaju sepanjang 2,000m. 12 blok yang akan menempatkan sejumlah 360 kedai direka dengan mahir dan berasaskan seni bina kolonial dan vintaj. Setiap unit blok runcit dipegang di bawah hak milik strata pegangan bebas dan mempunyai identiti dan reka bentuk muka depannya sendiri. Saiz setiap unit purata 7m x 23m. Majoriti unit aras bawah akan mempunyai siling yang sangat tinggi berukuran 6.5m, dengan pilihan untuk memasukkan lantai mezanin. Kedai-kedai ini berkonsep berteres terbuka serta terdapat dua pintu masuk iaitu di hadapan kedai dan di belakang kedai untuk membolehkan aliran bebas dan akses mudah untuk pelawat.  Fasa pertama kedai komersial ini dijadualkan dibuka pada tahun 2026.

Apa yang membezakan projek King's Park daripada kedai-kedai yang lain di Genting Highlands ialah ia merupakan hab hiburan bersepadu. Ketara jenama terkenal di peringkat antarabangsa dan pengalaman baharu yang belum tersedia ada di Malaysia akan diperkenalkan di dalam jangka masa yang terdekat. Projek ini juga mengetengahkan pelbagai aktiviti luar seperti sukan-eko , denai berbasikal gunung dan tarikan termasuk taman tema, dan terarium terbesar di dunia yang berukuran lebih daripada 600m panjang.

Suasana di majlis pembukaan Galeri King's Park di Genting Highlands
Suasana di majlis pembukaan Galeri King's Park di Genting Highlands

Untuk menekankan magnitud projek hab hiburan bersepadu, King's Park juga akan memperkenalkan 18,680 meter persegi 'Truly Asia Cultural Streets' di mana para pengunjung dan pelawat dapat merasai pesona bandar metropolitan yang terkenal seperti Myeongdong di Seoul, Ebisubashi-Suji di Osaka dan Jalan Khao San Bangkok, di mana lampu neon dan papan tanda memainkan peranan penting dalam estetika yang menarik. Diversiti budaya ini direka untuk mempamerkan keterujaan dan perbagai budaya di rantau Asia.

Selain itu, King's Park bercadang untuk menubuhkan hab halal runcit halal antarabangsa dan hotel butik mewah halal khas. Hub ini sepastinya akan menarik lebih ramai pelancong berugama Islam dari dalam dan luar negara ke Genting Highlands. Ianya akan mempromosikan kepelbagaian dalam pasaran yang berkembang pesat untuk pilihan percutian dan kedai makanan ditanggung halal. Oleh itu, lawatan sehari ke King's Park pasti tidak mencukupi. Bagi mereka yang ingin bercuti lebih lama, King's Park menawarkan pelbagai hotel mewah lima bintang, termasuk Swissôtel Genting Highlands mewah yang dijadualkan dibuka pada 2028.

King's Park juga berhampiran dengan Awana Golf Resort dan Genting Highlands Premium Outlets. Seperti jirannya, King's Park menikmati cuaca nyaman 15 hingga 25 darjah Celsius sepanjang tahun dan dikelilingi oleh hutan 130 juta tahun yang kaya dengan flora dan fauna, air terjun dan udara segar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kingspark.com.my atau hubungi +601162216168.

LATAR BELAKANG KING'S PARK

Beberapa nama pemaju hartanah yang paling berprestij di Malaysia ialah Pavilion, Tropicana, Aset Kayamas, Kerjaya Prospek, dan OSK. Di samping pembangun terkemuka ini ialah King's Park. King's Park sedang membentuk semula Genting Highlands dengan pembinaan hotel mewah, pangsapuri mewah bertingkat tinggi, pusat konvensyen, kedai komersial dan berbagai hiburan baharu. King's Park terletak di pertengahan bukit di Genting Highlands dan merupakan satu projek Pembangunan Eko Mampan terbesar di dunia dan ia menampilkan pengalaman kedai jalanan pejalan kaki yang canggih sepanjang 2,000m.

King's Park terletak kira-kira 33 kilometer dari Kuala Lumpur dan boleh dikunjungi dalam masa 45 minit dengan menaiki kereta. Kawasan ini dirancang sebagai pelengkap persekitaran semula jadinya dengan menyediakan perkhidmatan infrastruktur yang berfungsi alam hijau. Untuk menampung jangkaan kehadiran lebih 50 juta pelancong ke Genting Highlands tahun 2026, King's Park merancang untuk membangunkan pelbagai jenis tempat menarik, kedai komersial, taman tematik dan restoran. Terdapat hampir 61 hektar pembangunan pelancong dan kediaman di kawasan itu, ia akan menjamin hab pelancongan kelas pertama lestari hijau untuk semua.

LATAR BELAKANG KUMPULAN SYARIKAT YUK TUNG

Kumpulan Syarikat Yuk Tung ialah firma pembangunan hartanah inovatif yang telah dibentuk semenjak tahun 1997, dengan tumpuan untuk membina rumah mewah dan memajukan kawasan kejiranan untuk meningkatkan kualiti kehidupan bandar dan merangsangkan ekonomi. Dedikasi syarikat terhadap daya kualiti dalam masa jangka panjang dan dengan kerja yang cemerlang telah membuahkan syarikat kami diiktirafkan dengan pelbagai anugerah terpuji. Kumpulan Yuk Tung ialah pemaju hartanah utama dengan pelbagai projek kediaman, komersial dan penggunaan bercampur yang menampilkan gabungan keistimewaan kami dalam reka bentuk canggih, ketukangan yang teliti dan pengetahuan mendalam tentang pasaran tempatan.

Dalam banyak aspek sektor pembangunan hartanah, pasukan profesional berpengalaman kami tiada tandingan. Keupayaan mereka untuk bekerja merentas disiplin memastikan projek dirancang dengan baik, dilaksanakan dan diurus, akhirnya memberikan hasil yang menakjubkan. Kumpulan Syarikat Yuk Tung telah diiktiraf atas komitmennya terhadap kualiti setelah memenangi beberapa anugerah, seperti Anugerah Hartanah Asia Pasifik Pembangunan untuk Royce Residence KLCC dan kejayaan dalam industri hospitaliti dengan Crowne Plaza KLCC.

Pelaksanaan kami dalam sumber tenaga boleh diperbaharui, produk kitar semula dan inovasi mesra alam yang lain menunjukkan dedikasi teguh kami untuk masa depan yang lebih hijau dan lebih bertanggungjawab. Walaupun Kumpulan Syarikat Yuk Tung semakin berkembang, kami masih tidak akan melupakan komitmen kami untuk melakukan kerja yang cemerlang dan mengamalkan nilai asas kami. Misi kami adalah untuk membina bangunan yang cemerlang dan komuniti yang berkembang maju yang memberi manfaat kepada penduduk dan pelabur syarikat. Temui dunia Kumpulan Syarikat Yuk Tung, di mana seni bina termaju, hiasan dalaman yang mewah dan penekanan terhadap tanggungjawab alam sekitar bersatu untuk meninggalkan warisan kualiti yang tiada tandingan.

Source: Highlands Park City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Commercial Real Estate Real Estate Travel New products/services