omniture

Kisah Transformasi Warung Indonesia Dengan Mitra Bukalapak

Bukalapak
2023-07-06 18:01 38

JAKARTA, Indonesia, 6 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Mitra Bukalapak, sebahagian daripada syarikat teknologi Indonesia Bukalapak (IDX:BUKA), menghubungkan warung, termasuk di kawasan-kawasan terpencil, dengan pelbagai sumber yang diperlukan oleh mereka untuk mengembangkan perniagaan. Syarikat ini melaporkan 72% transaksi direkodkan di luar bandar-bandar peringkat 1, menunjukkan potensi yang amat besar daripada bandar-bandar kecil.

Waryanto, one of Mitras with over 10x income increase.
Waryanto, one of Mitras with over 10x income increase.

Ketika ini, lebih 16 juta pengguna Mitra Bukalapak berupaya memperoleh stok barangan dengan mudah melalui ciri barangan runcit aplikasi ini. Ia membolehkan penghantaran pintu-ke-pintu yang mudah dan menawarkan harga kompetitif untuk barangan kerana ia diperoleh terus daripada jenama-jenama. Hasilnya, pemilik warung boleh mempelbagaikan tawaran produk mereka, yang bererti pendapatan yang lebih tinggi dan daya saing yang lebih baik bersaing dengan peruncit moden.

Mitra Bukalapak juga membolehkan penggunanya menawarkan 42 perkhidmatan digital dan kewangan, termasuk pemindahan wang dan pembayaran bil, yang sebaliknya hanya tersedia pada ATM dan bank. Ini menjadikan warung sebagai ejen rangkuman kewangan dalam komuniti mereka.

"Kebolehcapaian pernah menjadi salah satu cabaran yang dihadapi oleh pemilik warung. Menggunakan teknologi yang kami miliki, kami boleh membantu mereka mengharungi cabaran ini, mengembangkan perniagaan mereka dan mengubahnya menjadi kedai moden," kata Howard Gani, Ketua Pegawai Eksekutif Mitra Bukalapak.

Kisah Transformasi Sebenar

Waryanto, seorang pemilik warung dari Banten, berjaya mengubah warung beliau menjadi sebuah kedai moden yang mempunyai kedua-dua produk fizikal dan maya sejak menggunakan Mitra Bukalapak pada tahun 2018.

Mengisi semula barangan kini menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini dengan menggunakan aplikasi Mitra Bukalapak. Beliau juga dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pelanggan produk maya beliau. Warung Waryanto juga kini jauh lebih besar, daripada gerai 9㎡ lebar di hadapan rumah kepada pasar mini 84㎡yang luas. Ia juga mengguna pakai susun atur gaya penjual moden, dengan barangan dikumpulkan ke dalam kategori-kategori tertentu untuk penyemakan imbas yang mudah.

Dari segi pengurusan perniagaan, Waryanto telah mendapat manfaat daripada ciri simpan kira-kira pada aplikasi Mitra Bukalapak. Beliau boleh merekodkan setiap transaksi dengan lancar dan menjejaki pendapatan beliau.

Secara keseluruhan, Waryanto telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau sehingga 10 kali ganda. "Saya bersyukur untuk itu. Juga kerana saya dapat menyediakan pekerjaan kepada orang lain. Kini, saya memiliki 2 orang pekerja. Kami juga telah mengubah suai rumah kami dan menambah lebih banyak ruang kepada warung kami untuk perkhidmatan dobi dan sewa bilik," kata beliau.

Mitra Bukalapak telah mengubah kehidupan pemilik warung. Tatkala ia terus beradaptasi kepada keperluan perniagaan kecil-kecilan Indonesia yang berubah-ubah, ia tetap berdedikasi untuk memacu perubahan yang positif dan memperkasa lebih banyak komuniti di seluruh negara ini.

Source: Bukalapak
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Retail Telecommunications