omniture

DANIAL HANSEN DAN DEIDRE ANN WALKER DARI MALAYSIA CEMERLANG DALAM MISTER AND MISS SUPRANATIONAL 2023 DENGAN KEDUDUKAN 10 TERATAS DAN 24 TERATAS YANG MENGAGUMKAN

HyperLive Entertainment
2023-08-02 13:11 7

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Julai 2023 /PRNewswire/ -- HyperLive Entertainment dan Fantastic Golden dengan bangganya mengumumkan pencapaian luar biasa wakil-wakil Malaysia pada Peringkat Akhir Miss and Mister Supranational 2023 di Poland. Mister Supranational Malaysia 2023, Danial Hansen, mencapai kedudukan 10 Teratas yang luar biasa, manakala Miss Supranational Malaysia 2022, Diedre Ann Walker, memperoleh tempat antara finalis 24 Teratas yang berprestij. Kedua-dua wakil memaparkan bakat serta ketenangan dan keyakinan luar biasa di pertandingan global ini.


 


Pertandingan Miss and Mister Supranational, terkenal kerana meraikan kecantikan, daya tarikan dan kepintaran, menyaksikan para delegasi dari seluruh dunia bersaing di Poland. Wakil-wakil Malaysia, Danial Hansen dan Diedre Walker, menonjolkan keanggunan dan karisma sepanjang pertandingan ini.

Prestasi cemerlang Danial Hansen melayakkan beliau mendapat kedudukan yang sememangnya layak dalam 10 Teratas Peringkat Akhir Mister Supranational 2023. Karisma, kecerdasan dan dedikasi beliau mendapat pengiktirafan antarabangsa, memberi kebanggaan kepada Malaysia. Beliau juga memenangi Supra Fan Vote dan Supra Influencer Award.

Dilahirkan dan dibesarkan di Borneo Utara, Sabah, Deidre Walker menawan hati penonton dengan keanggunan dan kecantikan beliau, melayakkan beliau mendapat tempat antara finalis 24 Teratas yang disegani bagi Peringkat Akhir Miss Supranational 2023. Keyakinan, keanggunan dan semangat beliau untuk mewakili Malaysia terpancar di persada global. Beliau turut mencapai kedudukan 8 Teratas bagi Supra Talent dan 10 Teratas bagi Supra Top Model.

Kejayaan Danial Hansen dan Diedre Walker merupakan bukti kerja keras, dedikasi mereka dan sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima oleh mereka daripada Universal Music dan Beam Artistes yang memainkan peranan penting dalam perjalanan kedua-dua wakil ini. Ia turut mencerminkan bakat dan kecantikan luar biasa yang dapat ditawarkan oleh Malaysia kepada dunia.

Dr. Sean Wong, Ketua Pegawai Eksekutif HyperLive Entertainment dan Pengarah Kebangsaan Miss and Mister Supranational Malaysia berkata, "Sebagai jenama yang komited untuk menggalakkan kecemerlangan dan memberi peluang yang luar biasa kepada individu-individu bercita-cita tinggi, kami sangat gembira menyaksikan pencapaian cemerlang wakil-wakil kami di pertandingan kecantikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini. Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Danial dan Diedre atas pencapaian luar biasa mereka pada Peringkat Akhir Mister and Miss Supranational 2023. Pencapaian mereka memberi inspirasi kepada kami semua dan mengesahkan komitmen kami untuk menyokong dan memupuk bakat di Malaysia."

Edisi seterusnya bagi Miss and Mister Supranational Malaysia, sebagai sebahagian daripada HyperLive Festival Malaysia tahunan, dijadualkan berlangsung pada Januari tahun hadapan. Individu-individu bercita-cita tinggi digalakkan untuk mengambil bahagian dalam acara berprestij ini yang bertujuan untuk mencari dan memupuk individu-individu berbakat.

Latar Belakang HyperLive Entertainment

HyperLive ialah sebuah syarikat media kreatif menggunakan teknologi yang mengkhusus dalam penghasilan dan pengedaran kandungan media yang interaktif dan menghiburkan bagi mencipta nilai jenama dan harta intelek digital. HyperLive.tv ialah platform televisyen khas berlesen yang menggabungkan acara muzik, hiburan dan gaya hidup dengan ciri-ciri amat interaktif yang membawakan pengalaman menonton yang eksklusif serta menarik. HyperLive merupakan pemegang lesen rasmi untuk Miss and Mister Supranational Malaysia.

Source: HyperLive Entertainment
Keywords: Art Entertainment Fashion