omniture

Grundfos memperkenalkan rangkaian pam sedutan hujung baharu memajukan bandar-bandar hijau pintar di Malaysia

Grundfos
2023-08-29 09:00 9

Rangkaian Pam NK dan NKE baharu membawa pam sedutan hujung ke tahap seterusnya dari segi kecekapan tenaga, sambungan dan ketahanan

SELANGOR, Malaysia, 29 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Tatkala permintaan terhadap penyelesaian pintar semakin meningkat untuk membina bandar-bandar yang lebih terhubung, moden dan mampan, Grundfos, peneraju global bagi penyelesaian dan teknologi air termaju, hari ini melancarkan rangkaian pam NK dan NKE baharunya di Malaysia. Pam-pam sedutan hujung berganding-panjang baharu ini menampilkan ciri kecekapan tenaga yang utama dalam industri, dengan rangkaian pam NKE premium menggunakan teknologi pintar untuk membawakan ciri kemudahan penggunaan, keupayaan pemantauan dan sambungan yang lebih besar.

Grundfos melancarkan rangkaian pam NK dan NKE Baharu, pam sedutan hujung di Asia Pasifik, mempamerkan kecekapan tenaga, ketersambungan dan ketahanan yang lebih tinggi.
Grundfos melancarkan rangkaian pam NK dan NKE Baharu, pam sedutan hujung di Asia Pasifik, mempamerkan kecekapan tenaga, ketersambungan dan ketahanan yang lebih tinggi.

Mudah terjejas terutamanya kepada kejadian cuaca melampau yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti banjir[1], Malaysia semakin mengiktiraf kepentingan menghijaukan persekitaran binaan melalui inisiatif seperti malaysiaGBC Carbon Score (MCS) bagi menggalakkan pembangunan mampan dan memberi sokongan daripada impak perubahan iklim2], melihatkan sumbangan ketara sektor ini kepada pelepasan. Inisiatif-inisiatif yang digariskan di bawah Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia kini semakin meningkat, memandangkan ia memanfaatkan teknologi pintar bagi memajukan pembangunan mampan – termasuk dengan memajukan kecekapan tenaga dan air dalam persekitaran binaan.

Sebagai pam pelbagai kegunaan yang memainkan peranan dalam pelbagai jenis aplikasi yang berbeza dalam aspek-aspek termasuk penyejukan dan pemanasan dalam bangunan komersial, Grundfos memperkenalkan rangkaian pam NK dan NKE baharu dan dipertingkatkan bagi melengkapkan portfolio kukuh penyelesaian air cekap tenaganya, seterusnya menyediakan rangkaian holistik penyelesaian yang amat cekap kepada pelanggan pada setiap peringkat.

Mencapai permintaan kecekapan masa depan pada hari ini

Rangkaian Pam NK dan NKE baharu ini menawarkan kecekapan tenaga yang utama dalam industri sebagai standard. Semua pam dibina mengikut IE3 sebagai minimum, yang mengurangkan penggunaan tenaga dan kos pengendalian serta melangkaui semua keperluan peraturan semasa.

Bagi kawalan dan kecekapan yang lebih tinggi, rangkaian pam NKE premium mampu beroperasi sehingga kecekapan IE5 tertinggi, dicapai melalui ciri-ciri pintar seperti motor MGE magnet kekal bersepadu dengan pemacu frekuensi berubah-ubah dan sensor tekanan terbina dalam. Ciri-ciri ini berfungsi bersama-sama dalam mengesan dan melaraskan tekanan dan aliran air secara intuitif, bagi memastikan keadaan yang optimum 24/7.

Dengan komponen-komponen pintar ini yang dibina terus pada penyelesaian, NKE menghapuskan keperluan untuk memasang sebarang komponen luar seperti pengawal, penukar-frekuensi dan sensor, yang dapat menambahkan lagi kerumitan dan kos kepada proses itu.

Kawalan dan pemantauan pintar di hujung jari anda

Menggabungkan ketersambungan awan dan pendigitalisan, pam NKE juga membolehkan pemantauan jarak jauh dan akses melalui sistem, mengupayakan kawalan pintar terus di hujung jari anda. Ini menjadikan NKE serasi dengan sistem automasi bangunan dan pengurusan bangunan hari ini.

Pengguna boleh memantau, mengawal dan menjadualkan penggunaan air daripada telefon pintar mereka dengan aplikasi Grundfos GO REMOTE, tersedia untuk kedua-dua sistem pengendalian iOS dan Android. Dengan keupayaan untuk mengurus tugas pada bila-bila masa apabila berada di kawasan berdekatan, NKE mengurangkan keperluan terhadap tenaga kerja, lalu mengurangkan kos pengendalian.

Pengguna juga boleh mengakses diagnostik pam dengan mudah, membuat dan menghantar e-mel laporan di lapangan daripada aplikasi. Ini dapat memastikan sebarang isu operasi dapat ditangani dengan cepat, mengurangkan masa henti dan kos penyelenggaraan yang tidak perlu dan akhirnya melanjutkan jangka hayat pam sedutan hujung mereka.

Direka bentuk dan dibina agar tahan lama

Selain daripada kecekapan termaju dan penaiktarafan pintarnya, rangkaian pam NK dan NKE baharu turut merangkumi penambahbaikan teknikal yang signifikan bagi memaksimumkan keandalan dan ketahanan, membolehkan pam dipasang, dikendalikan dan diselenggara dengan lebih mudah.

Grundfos khususnya menggunakan proses pembuatan tunggal yang menghapuskan salah jajaran, lalu menghasilkan pengedap dan bearing yang tahan lebih lama. Pam ini juga mempunyai hidraulik yang lebih baik, yang menyokong kecekapan keseluruhan dalam keadaan aliran air. Reka bentuk pam baharu ini membolehkan pengguna mengakses dengan mudah pengedap mekanikal tanpa mengeluarkan atau mengganggu komponen-komponen lain. Penambahbaikan lain termasuk pengurangan bunyi dan peningkatan julat suhu yang lebih besar.

Kenth Hvid Nielsen, Pengarah Urusan Serantau Grundfos, APAC, Bangunan Komersial, berkata, "Urbanisasi yang pesat, peralihan demografi dan perubahan iklim di Malaysia merupakan pemacu penting terhadap keperluan penyelesaian yang lebih pintar dan lebih mampan untuk membina bandar-bandar masa depan yang lebih berdaya tahan. Sebagai syarikat pertama dalam sektor penyelesaian air yang menerima pengesahan penuh untuk sasaran sifar-bersih 2050 kami daripada inisiatif Sasaran Berasaskan-Sains (Science-Based Targets, SBTi), kami berbangga dapat melancarkan pam NK dan NKE baharu, yang bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan bandar-bandar pintar negara ini, tetapi juga selari dengan komitmen iklim Grundfos. Dengan tawaran pam baharu ini, kami berharap dapat menyampaikan penyelesaian pam yang lebih mampan, cekap dan berkesan kos dengan masa memimpin yang lebih singkat dan perkhidmatan sokongan tempatan di Malaysia."

Untuk maklumat lanjut mengenai pam NK dan NKE Grundfos baharu, sila kunjungi https://product-selection.grundfos.com/my/products/nk-nke-nke-series-2000-nk-bare-shaft?tab=explore&b=123.

Latar Belakang Grundfos

Grundfos mempelopori penyelesaian untuk cabaran air dan iklim dunia serta meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Sebagai sebuah syarikat penyelesaian pam dan air global yang terkemuka, kami berjanji untuk menghormati, melindungi dan memajukan aliran air dengan menyediakan penyelesaian dan sistem cekap tenaga dan air untuk pelbagai jenis aplikasi untuk utiliti air, industri dan bangunan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila kunjungi laman web: grundfos.com

[1] World Bank Group and Asian Development Bank (Ogos 2021). Climate Risk Country Profile: Malaysia.

[2] FuturArc (November 2021). Carbon Score Launched to Accelerate Malaysia's Net Zero Targets.

 

Source: Grundfos
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals New products/services