omniture

Xinhua Silk Road: Forum Bandar-bandar Terusan Dunia 2023 diadakan di Yangzhou dorong perlindungan warisan dan pembangunan hijau bandar terusan

Xinhua Silk Road
2023-08-31 02:05 38

BEIJING, 31 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Forum Bandar-bandar Terusan Dunia 2023 telahpun diadakan baru-baru ini di Yangzhou, "ibu kota terusan dunia" yang terletak di Wilayah Jiangsu, timur China.

The 2023 World Canal Cities Forum kicks off recently in Yangzhou, "the canal capital of the world" located in east China's Jiangsu Province.
The 2023 World Canal Cities Forum kicks off recently in Yangzhou, "the canal capital of the world" located in east China's Jiangsu Province.

Bertemakan "Perlindungan Warisan Bandar-bandar Terusan, Pembangunan Hijau dan Rendah Karbon," forum berkenaan menarik minat lebih 600 peserta dari dalam dan luar negara.

Forum tersebut bertujuan bukan sahaja untuk mengukuhkan perlindungan warisan budaya Terusan Besar dan perlindungan persekitaran ekologi serta pemulihan ekologi bandar-bandar terusan, tetapi juga menggalakkan pembangunan bersepadu sektor-sektor kebudayaan dan pelancongan di bandar-bandar terusan.

Shao Hong, naib pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina (CPPCC), menyatakan bahawa forum ini bertindak balas kepada cabaran biasa yang dihadapi oleh pembangunan ekonomi bandar-bandar terusan dalam era hari ini, sesuai dengan visi bersama bandar-bandar terusan dan pastinya akan menyuntik dorongan baharu bagi menggalakkan pertukaran humanistik dan kerjasama serta pembangunan hijau dan rendah-karbon bandar-bandar terusan dunia selain merealisasikan kemakmuran bersama.

Xin Changxing, ketua Parti Wilayah Jiangsu, berkata bahawa Terusan Besar merupakan akar umbi budaya yang bertahan lama, menyuburkan tamadun Cina di tanah Jiangsu; Terusan Besar merupakan urat hijau ekologi, mengemudi tamadun ekologi di Jiangsu daripada konsep kepada amalan; Terusan Besar merupakan arteri ekonomi yang jelas, memperkasa dengan aktif pembangunan berkualiti tinggi wilayah berkenaan.

Memfokuskan untuk meningkatkan kesan jenama "ibu kota terusan dunia", Yangzhou akan berusaha untuk menjadikan bahagian Yangzhou daripada Terusan Besar menambah kegemilangan kepada Terusan Besar China dan memberi sumbangan baharu dan lebih besar kepada pembinaan jaluran budaya Terusan Besar dan taman budaya negara, kata Wang Jinjian, ketua Parti Yangzhou di forum berkenaan.

Selain itu, "inisiatif Yangzhou" yang dikhususkan untuk meningkatkan perlindungan warisan serta menggalakkan pembangunan hijau dan rendah-karbon bandar-bandar terusan dunia telah dikemukakan semasa forum itu.

Difahamkan bahawa kira-kira 54 projek bernilai lebih 20 bilion yuan (kira-kira 2.74 bilion dolar A.S.) ditandatangani di sub-forum acara berkenaan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/335831.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Trade show news