omniture

CGTN: Bagaimana China berkongsi dividen pembangunan dengan dunia melalui BRI

CGTN
2023-09-11 09:27 34

BEIJING, 11 September 2023 /PRNewswire/ -- Sepuluh tahun telah berlalu sejak China mencadangkan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), sebuah projek yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan negara-negara yang mengambil bahagian dan pertumbuhan ekonomi global melalui kerjasama dan keterhubungan.

Bagi meraikan ulang tahun ke-10 BRI dan merancang kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi dengan semua rakan kongsi, China mengambil keputusan untuk mengadakan Forum Jalur dan Jalan untuk Kerjasama Antarabangsa ketiga pada bulan Oktober, menurut Kementerian Luar China.

BRI, merujuk kepada Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Maritim abad ke-21, dimulakan oleh China pada tahun 2013 untuk membina jaringan perdagangan dan infrastruktur yang menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika serta melangkaui laluan perdagangan Jalan Sutera purba.

Sedekad amalan menunjukkan bahawa ia telah menjadi suatu kebaikan awam global yang penting dan China berkongsi dividen pembangunannya dengan negara-negara dan dunia secara keseluruhan dalam mengejar kemakmuran.

'Pesanan muhibah'

Sejak 10 tahun yang lalu, China menandatangani lebih daripada 200 dokumen kerjasama berhubung pembinaan bersama Jalur dan Jalan dengan 152 negara dan 32 organisasi antarabangsa, meliputi 83 peratus negara yang melaluinya China menjalin hubungan diplomatik, menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, perancang ekonomi negara China.

Angka-angka membuktikan bahawa kerjasama BRI membawa faedah-faedah yang ketara baik kepada China mahupun negara-negara yang mengambil bahagian.

Pernah menjadi projek yang tertangguh lama, Pelabuhan Gwadar di Pakistan sedang dalam perjalanan untuk menjadi hab keterhubungan serantau yang memberi manfaat kepada Pakistan, Afghanistan dan Asia Tengah selepas perusahaan Cina mengambil alih.

Ia telahpun dibina sebagai kawasan pembangunan penting dalam projek utama BRI, Koridor Ekonomi China-Pakistan.

Pelabuhan tersebut pernah mengendalikan lebih daripada 600,000 tan kargo sejak 14 bulan yang lalu. Lebih daripada 30 perusahaan yang berkaitan dengan gudang luar negara, pemprosesan perikanan, pemprosesan minyak boleh dimakan, pembuatan perabot, pemasangan kenderaan elektrik, perdagangan dan logistik telah ditempatkan dalam fasa pertama Zon Bebas Pelabuhan Gwadar.

"BRI ... ialah satu pesanan muhibah daripada China kepada negara-negara sedang membangun yang lain. Ia membolehkan ekonomi baru muncul belajar daripada China dan merebut peluang yang dibawakan oleh perkongsian dividen pembangunan China," kata Adhere Cavince, seorang cendekiawan Kenya bagi hubungan antarabangsa.

'Pengubah keadaan' dalam arena global

BRI, dibentuk sebagai sebuah platform baharu untuk kerjasama ekonomi antarabangsa, telahpun berfungsi sebagai dorongan yang kuat untuk mempermudah pembasmian kemiskinan, menggalakkan perhubungan rentas-wilayah dan meningkatkan kemajuan ekonomi baharu. 

Data rasmi menunjukkan bahawa di bawah 3,000 projek kerjasama BRI, sekitar 420,000 pekerjaan dicipta, lalu membebaskan hampir 40 juta orang daripada belenggu kemiskinan.

Menurut Bank Dunia, menjelang tahun 2030, infrastruktur pengangkutan BRI, sekiranya dilaksanakan sepenuhnya, dijangka dapat meningkatkan pendapatan sebenar global sebanyak antara 0.7 dan 2.9 peratus, membebaskan seramai 7.6 juta orang daripada kemiskinan tegar dan 32 juta orang daripada kemiskinan sederhana.

Kesalinghubungan infrastruktur antara wilayah dan benua juga menjadi lebih mudah dicapai melalui kerjasama Jalur dan Jalan.

China-Europe Railway Express telah mencapai 211 bandar di 25 negara Eropah dan Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa yang baharu, menghubungkan wilayah tengah dan barat China dengan lebih daripada 300 pelabuhan di lebih 100 negara.

Sementara itu, rakan-rakan kongsi BRI berusaha dengan aktif untuk melaksanakan kerjasama antarabangsa dalam bidang baru muncul seperti ekonomi digital. Jalan Sutera Digital, sebagai sebahagian daripada BRI, menjadi jambatan digital yang mempermudah jenis globalisasi baharu.

"Dalam 10 tahun yang lalu, BRI merupakan pengubah keadaan dalam arena global, membawa lebih banyak multilateralisme di dunia berbanding sebelum ini dan turut mewujudkan keadaan yang lebih baik untuk negara-negara yang berada dalam hala tuju inisiatif ini," kata Boris Tabic, bekas presiden Serbia kepada CGTN.

https://news.cgtn.com/news/2023-09-07/How-China-shares-development-dividend-with-world-through-BRI--1mPdMMoSENO/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Transportation Economic news, trends, analysis Future Events