omniture

CGTN: China, Zambia tingkatkan hubungan kepada perkongsian kerjasama strategik yang komprehensif

CGTN
2023-09-18 21:04 33

BEIJING, 18 September 2023 /PRNewswire/ -- China dan Zambia mengumumkan keputusan mereka pada hari Jumaat untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian kerjasama strategik yang komprehensif, dengan kedua-dua pihak memuji persahabatan tradisi mereka yang "mendalam".

Langkah tersebut dibuat semasa lawatan negara selama tujuh hari oleh Presiden Zambia Hakainde Hichilema ke China berdasarkan jemputan daripada Presiden Cina Xi Jinping. Perniagaan menjadi agenda utama, tatkala pemimpin Afrika itu membincangkan lima syarikat dalam dua hari pertama beliau, termasuk Yantian International Container Terminal, BYD, Huawei, Tencent dan ZTE. Beliau tiba di Beijing pada hari Khamis.

Semasa perbincangan oleh kedua-dua pemimpin pada hari Jumaat, Xi berkata China bersiap sedia untuk bekerjasama dengan Zambia untuk mentransformasikan persahabatan tradisi yang mendalam itu menjadi kuasa pendorong yang kuat untuk kerjasama yang saling menguntungkan dalam era baharu dan mendorong hubungan dua hala ke tahap baharu.

Kerjasama saling menguntungkan

Merentas savana yang luas antara Tanzania dan Zambia, Tanzania-Zambia Railway menjadi lambang persahabatan sejati dan bantuan ikhlas daripada rakyat Cina untuk rakyat Afrika.

Pada tahun 1960-an, tatkala banyak negara dan organisasi antarabangsa semuanya menolak untuk membantu, China memberi pinjaman tanpa faedah sebanyak 988 juta yuan untuk projek itu tanpa disertakan dengan sebarang syarat. Di samping itu, China menghantar sejumlah besar peralatan dan bahan serta pakar untuk kerja-kerja pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan landasan kereta api itu dan juga latihan juruteknik tempatan.

Sehingga ke hari ini, kedua-dua pihak telah meluaskan hubungan pelaburan dan perdagangan mereka dalam banyak sektor, dengan volum dagangan antara kedua-dua negara mencapai paras mencatat rekod iaitu $6.73 bilion pada tahun 2022, seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi.

China berharap dapat bersama-sama membina Jalur dan Jalan bersama Zambia dan meluaskan kerjasama dalam pembinaan infrastruktur, pertanian, perlombongan dan tenaga bersih untuk mencapai pembangunan bersama serta penggiatan semula, kata Xi semasa pertemuan beliau bersama Hichilema.

Xi menambah bahawa China menggalakkan lebih banyak produk Zambia yang berkualiti menembusi pasaran Cina dan menyokong lebih banyak perusahaan Cina untuk melabur di Zambia.

Suara Selatan Global

Pembangunan Cina telah membawa kepada kemajuan negara-negara di Selatan Global, meningkatkan perwakilan dan suara mereka dalam hal ehwal antarabangsa, serta menggalakkan pembangunan aturan antarabangsa menerusi hala tuju yang lebih adil dan rasional, kata Hichilema pada hari Jumaat, berterima kasih kepada China kerana menyokong kemasukan Kesatuan Afrika ke dalam G20.

Zambia menghargai persahabatan yang terjalin oleh generasi lama pemimpin kedua-dua negara, kata presiden.

Persahabatan China-Zambia bermula sejak era apabila China menyokong gerakan pembebasan negara di selatan Afrika dengan aktif. Pada 25 Oktober 1964, hari kedua kemerdekaan Zambia, kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik.

Semasa perbincangan mereka, Xi menegaskan bahawa persahabatan tradisi yang terjalin oleh generasi lama pemimpin kedua-dua negara telah berjaya mendepani landskap antarabangsa yang berubah-ubah.

Presiden Cina turut menggesa kedua-dua negara untuk terus mengamalkan multilateralisme tulen, menegakkan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa dengan teguh, berusaha untuk menguatkan suara negara-negara sedang membangun dan melindungi kepentingan bersama kedua-dua negara serta negara-negara membangun yang lain.

https://news.cgtn.com/news/2023-09-15/China-Zambia-announce-elevation-of-China-Zambia-ties-1n7CifQXzyM/index.html  

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service