omniture

Huawei Lancar Seni Bina Pintar dan Penyelesaian E&P Pintar untuk Industri Minyak dan Gas

Huawei
2023-09-22 14:54 32

SHANGHAI, 22 September 2023 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2023, Huawei melancarkan seni bina pintar dan penyelesaian E&P pintar untuk industri minyak dan gas.

Seni bina pintar Huawei untuk minyak dan gas terdiri daripada enam segmen pintar. Setiap segmen melibatkan penyahgandingan berhierarki. Seni bina ini serasi dengan rangka kerja pihak ketiga arus perdana dan boleh saling berhubung dengan platform pihak ketiga serta tasik data sedia ada atau baru dibina.

Berdasarkan kepada model besar, pengguna boleh mengambil pendekatan dibezakan untuk keperluan pintar baru muncul. Seni bina pintar yang disatukan dibina berasaskan apa yang dapat ditawarkan oleh industri, rakan kongsi dan Huawei serta dapat membuat penyesuaian terhadap semua jenis model perniagaan.

Huawei's intelligent architecture for oil and gas
Huawei's intelligent architecture for oil and gas

Penyelesaian E&P pintar Huawei mengintegrasikan pengkomputeran berprestasi tinggi, storan data besar-besaran, model penerokaan AI dan penjadualan kolaboratif sumber perisian dan perkakasan. Teknologi baharu, seperti storan, platform pengkomputeran berprestasi tinggi, AI dan awan membantu perusahaan minyak dan gas mencapai penyelidikan E&P yang cekap dan diperhalusi.

Penyelesaian storan E&P Huawei menyediakan peranti storan yang stabil, andal, selamat dan berprestasi tinggi untuk menempatkannya. Ia memenuhi keperluan prestasi storan bagi pemprosesan data seismik, interpretasi dan simulasi berangka takungan serta memendekkan masa pemprosesan rutin sebanyak 30%.

Penyelesaian awan E&P Huawei melaksanakan pengurusan dan perkongsian data terpusat berdasarkan kepada awan, yang membolehkan pelanggan menukar CAPEX kepada OPEX. Kawasan pemprosesan maksimum boleh diperluaskan daripada 400 km2 kepada 2000 km2 manakala kedalaman stratum yang boleh diproses dinaikkan daripada 5 km kepada 8 km, lalu meningkatkan dengan ketara pemprosesan seismik dan kecekapan interpretasi.

Huawei menyediakan platform AI yang memberikan perkhidmatan untuk pemprosesan dan interpretasi data seismik, pengenalpastian takungan minyak dan gas dengan pengelogan telaga dan diagnosis keadaan telaga pam. Tempoh pemodelan penerokaan seismik dan interpretasi pengelogan telaga boleh dipendekkan sebanyak 80% dan ketepatan retakan karbonat serta ramalan gegua dan pengenalpastian bendalir pengelogan telaga boleh ditingkatkan lebih tinggi daripada 95%. Ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan penerokaan dan ramalan, tetapi juga menyatukan dan menyampaikan pengalaman pakar.

Bagi pembangunan minyak dan gas masa depan, Huawei akan tetap berada pada kedudukannya, memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital tindanan-penuh, menjadi pembina jambatan pintar serta bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk menjadikan teknologi AI tersebar luas.

Untuk penyelesaian minyak dan gas Huawei yang lebih lanjut, klik di sini.

Hubungan Media:
hwebgcomms@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things