omniture

Global Times: Kekuatan, keyakinan dan layanan baik China diperlihatkan sepenuhnya di Sukan Asia ke-19

Global Times
2023-09-27 01:32 41

BEIJING, 27 September 2023 /PRNewswire/ -- Di Hangzhou, China, sekali lagi, telah mempesonakan khalayak domestik dan antarabangsa bukan sahaja dengan majlis pembukaan futuristik Sukan Asia ke-19nya, semangat para atlet yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan solidariti rakyat Cina dalam menyediakan pesta sukan untuk seluruh Asia dan dunia. Negara ini juga berjaya memanfaatkan acara sukan utama pertama untuk dianjurkan di tanah airnya selepas sekatan COVID-19 bagi memperlihatkan keterbukaan, keterangkuman dan layanan baik yang merupakan satu kebiasaan baginya.

Sebuah majlis yang gilang-gemilang serta persiapan yang diatur dengan baik untuk Sukan ini turut memperlihatkan keyakinan budaya China yang kukuh, kekuatan negara yang semakin meningkat serta kapasiti inovatif yang berkualiti tertinggi, kata pakar.

Pada hari pertama Sukan Asia, China meraih 13 pingat emas daripada 31 yang ditawarkan, bermula daripada acara mendayung, menembak, pentatlon moden, wushu dan lain-lain. Pasukan China menggondol pingat emas pertama dalam Sukan Asia Hangzhou ke-19 menerusi acara lightweight double sculls wanita di Fuyang Water Sports Centre pada pagi Ahad, dalam masa kurang daripada 10 minit selepas permulaan hari perlawanan pertama.

Sejak Sukan Asia 2002 yang diadakan di Busan, Korea Selatan, delegasi Cina telah merangkul pingat emas pertama untuk enam Sukan Asia berturut-turut selama lebih 20 tahun.

Raja Randhir Singh, pemangku presiden bagi Majlis Olimpik Asia (OCA), memberitahu Global Times semasa satu sidang akhbar pada hari Ahad bahawa beliau sangat kagum dengan Sukan Asia Hangzhou, terutamanya dengan majlis pembukaan, penyelarasan antara OCA dan pihak penganjur Sukan serta teknologi yang tersedia seperti kad ID tanpa sentuh.

Apabila membincangkan tentang majlis pembukaan pada malam Sabtu, Singh menggunakan perkataan "sememangnya luar biasa."

"Apa yang ingin saya nyatakan khususnya adalah sesuatu yang sangat baharu kali ini," kata beliau. "Biasanya, anda perlu berjalan-jalan dengan kad peserta anda, mengimbas dan menunggu. Tetapi, tidak di Hangzhou."

Dengan kad ID peserta tanpa sentuh Hangzhou, semua peserta boleh sahaja berjalan melalui mana-mana pintu masuk dengan kad tersebut digantung pada leher, kata beliau.

Majlis mempesona

Topik-topik Sukan Asia telah mendominasi media sosial Cina, dengan warganet bukan sahaja memberi sorakan untuk persembahan luar biasa para atlet, tetapi turut memuji majlis pembukaan yang futuristik, inovatif dan hebat.

Tatkala para atlet dari 45 negara dan wilayah berjalan masuk ke tempat acara, skrin lantai besar memperlihatkan bentuk kipas rejimen, menyambut mereka dengan citarasa Jiangnan yang unik. Gendang bunga osmanthus dimainkan dengan penuh keseronokan, diiringi oleh muzik rakyat Cina yang dimainkan untuk menceriakan para atlet. Sementara itu, penonton di tempat acara terus memberi tepukan kepada para atlet dari seluruh Asia.

Penyampaian unsur-unsur Cina kemudiannya dipersembahkan. Ini digabungkan dengan unsur-unsur tradisional Cina "qin, catur, kaligrafi, lukisan, puisi, wain dan teh" dimasukkan ke dalam prop, sementara tanglung VR, AR dan pengimejan maya terbang ke udara, melambangkan perpaduan semua rakyat Asia.

Selepas persembahan memukau yang memperlihatkan pertembungan arus gaya kebangsaan China, alam semula jadi, sains dan teknologi, sukan serta pertembungan arus zaman, kawah tersebut dinyalakan bersama-sama oleh perenang juara Olimpik Wang Shun dan lebih 100 juta "pembawa obor digital."

Global Times dimaklumkan bahawa aktiviti larian obor berganti-ganti dalam talian "pembawa obor digital" dilancarkan serentak dengan larian obor berganti-ganti sebenar. Sebelum majlis pembukaan, jumlah keseluruhan "pembawa obor digital" Sukan Asia dalam talian melebihi 104 juta.

Pastinya terdapat sedikit keistimewaan sekiranya acara ini diadakan di China, Ebadi Yaghoub, wartawan dari Arab Saudi, memberitahu Global Times pada hari Sabtu. Yaghoub berkata majlis pembukaan membuatkan beliau teruja, terutamanya bahagian "pembawa obor digital".

"China sentiasa tampil dengan sesuatu yang unik," kata Yaghoub, menyatakan kombinasi antara tradisi dan kemodenan dengan cara yang begitu inovatif benar-benar mengejutkannya.

Idea 100 juta "pembawa obor digital" mencerminkan idea bahawa Sukan Asia juga amat berkait rapat dengan berjuta-juta orang biasa di Asia; Sukan ini disertai oleh berjuta-juta orang biasa yang bersama-sama mencipta detik ajaib ini, Zhang Yiwu, profesor Peking University dengan kepakaran dalam kajian budaya, memberitahu Global Times pada hari Ahad.

"Bunga api digital menakjubkan. Ia menggabungkan Sukan Asia untuk semua dan Sukan Asia digital bersama-sama. Idea ini bagus, tetapi teknologi kamilah yang menjadikannya suatu kenyataan," seorang penduduk Hangzhou dengan nama keluarga Long memberitahu Global Times pada hari Ahad. "Kesemua itu berlaku di Hangzhou, kampung halaman saya, serta hab teknologi baharu China. Ini membuatkan saya benar-benar berasa bangga."

Tanda pagar "majlis pembukaan Sukan Asia" menarik 670 juta bacaan pada media sosial China Sina Weibo setakat waktu berita disiarkan. Seorang warganet menulis bahawa Sukan ini bukan sahaja merangkumi kecemerlangan, hormat-menghormati dan persahabatan, yang merupakan teras kesemua acara sukan, tetapi turut menonjolkan semangat Asia, tatkala rantau ini mengusahakan keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama.

Seorang lagi berkata majlis pembukaan memperlihatkan sepenuhnya keindahan Hangzhou, sebuah bandar bersejarah dan budaya Cina yang terkenal, sekali gus turut mencerminkan tradisi layanan baik, keterbukaan dan toleransi Hangzhou dan China, yang merupakan ciri tamadun Cina.

Sesetengah pengguna X, dahulunya dikenali sebagai Twitter, turut memberi pujian kepada pertunjukan obor digital dan bunga api digital, berkata bahawa ia merupakan cara untuk menjimatkan wang dan menjadikan acara sukan global lebih lestari dari segi ekonomi. Sesetengah pengguna malah menyeru Sukan Olimpik Paris 2024 untuk menerima idea yang serupa.

Solidariti, layanan baik mengagumkan

Zhang berkata kepentingan acara sukan antarabangsa bukan sahaja untuk menyediakan tempat yang hebat untuk atlet bersaing antara satu sama lain, tetapi juga untuk menunjukkan kekuatan negara tuan rumah kepada dunia.

Selain daripada kekuatan komprehensif China, Sukan ini turut menyampaikan layanan yang baik oleh rakyat Cina kepada para tetamu dan dunia, Li Haidong, profesor di China Foreign Affairs University, memberitahu Global Times pada hari Ahad. Beliau berkata kehadiran luas para pemimpin dan delegasi asing bukan sahaja menunjukkan solidariti antara negara-negara Asia, tetapi juga pengiktirafan luas peranan China dalam acara sukan antarabangsa dan hal ehwal antarabangsa yang lain, menunjukkan kesediaan negara-negara berkenaan untuk berkoordinasi dan bekerjasama dengan China bagi merealisasikan perjuangan kemajuan insan.

 

Source: Global Times
Keywords: Sporting Events Sports