omniture

Pembaharuan Jenama ARCAM Ilhamkan Inovasi Dan Tarik Pelanggan Baharu

Harman International
2023-10-11 10:00 11

Jenama audio British ikonik mengundang pendengar untuk "Menjadi Titik Tumpuan Muzik" ("Be The Centre Of The Music") dengan rupa dan rasa baharu bagi memimpin pembangunan produk dan reka bentuk industri menuju masa depan sekali gus memajukan inovasi serta berkembang untuk peluang pelanggan baharu

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- HARMAN Luxury Audio Group memperkenalkan penjenamaan baharu untuk ARCAM yang dicipta untuk memimpin pembangunan produk dan reka bentuk industri menuju masa depan dengan tiga prinsip utama: bunyi yang hebat, warisan British dan kemewahan yang boleh dimiliki. Penjenamaan akan didedahkan ke pasaran Malaysia di acara KL International AV Show 2023 sempena pelancaran ARCAM Radia Series, rangkaian baharu produk audio mewah termasuk Amplifier Bersepadu A5/A15/A25 ARCAM, Pemain CD CD5 ARCAM dan Penstrim Resolusi Tinggi ST5 ARCAM.


"Ketika kami memulakan langkah untuk mencipta Radia Series, terdapat beberapa inovasi teknikal yang kami ingin masukkan ke dalam produk dan kami akhirnya memutuskan reka bentuk yang kami fikir merupakan salah satu amplifier bunyi terbaik yang pernah kami cipta," kata Jim Garrett, Pengarah Kanan, Strategi dan Perancangan Produk, HARMAN Luxury Audio. "Selain daripada reka bentuk baharu bergaya yang akan mentakrifkan imej ARCAM selama beberapa tahun akan datang, dengan rangkaian Radia, kami telah memperbaharui fokus kami pada prestasi mendalam dan menerima teknologi audio yang paling terkini. Bagi peminat audio hari ini, terutamanya golongan muda yang mahukan sistem audio mewah pada kos yang berpatutan, penyelesaian yang terhasil melangkaui bukan sahaja tawaran kami yang terdahulu, bahkan mana-mana produk yang tercipta sebelumnya."

Produk rangkaian Radio menawarkan reka bentuk bersimetri halus yang melengkapkan kelongsong aluminiumnya. Ia dihiasi dengan fasia depan yang licin, tombol direka bentuk semula dan kesan pencahayaan lembut, mencipta penghayatan kuasa dan kehalusan. Produk-produk memaparkan permukaan hitam pusam yang licin, dipotong dengan sorotan tanda pengenalan kuning Radia yang baharu. Pada bahagian atas, potongan pengudaraan disembunyikan dengan mahir dalam corak garisan dinamik, bagi memastikan nilai estetik yang sempurna. Bahagian belakang menggunakan kowl penyambung, yang mengingatkan kepada peresap belakang yang terdapat pada kereta prestasi, menyembunyikan perumah penyambung yang jelek dengan berkesan. Selain itu, bagi memastikan interaksi pengguna yang optimum, tombol yang direka bentuk semula diberi bentuk melengkung yang elegan, dikemaskan dengan hitam satin dan diberi tekstur untuk menutup cap jari.

Sebagai jenama audio British yang menjadi sejarah, ditubuhkan di Cambridge, UK, pada tahun 1976, ARCAM akan terus berkembang untuk penggemar audio mewah dan pencipta muzik dengan penghayatan yang arif terhadap kualiti. Walau bagaimanapun, estetik reka bentuk industri dicipta untuk turut menarik perhatian segmen pelanggan baharu dan muda dengan reka bentuk yang lebih mampu milik, bergaya dan menarik tanpa berkompromi dengan kemajuan dalam inovasi audio untuk produk-produk akan datang.

"Terdapat pelanggan teras ketiga di mana kami melihat adanya peluang dan pelanggan tersebut merupakan peminat audio lebih muda yang bersedia untuk meningkatkan sistem bunyi mereka dengan membuat pelaburan dalam sistem canggih tetapi lebih mementingkan belanjawan, atau seperti yang kami katakan, kemewahan yang boleh dimiliki," kata Tim Giblin, Pengarah Pemasaran Global, HARMAN Portfolio Brands. "Dengan seruan bercita-cita tinggi untuk 'Menjadi Titik Tumpuan Muzik' kami membolehkan pelanggan kami mengaitkan diri mereka dengan jenama yang berfikiran jauh bukan sahaja dari segi penggayaan, tetapi dalam inovasi bunyi yang menjadikan ARCAM sebagai jenama terunggul dalam audio mewah selama hampir lima puluh tahun."

Ciri reka bentuk utama untuk penjenamaan semula ARCAM ialah pengenalan kepada Radia Yellow yang dipilih kerana rupanya yang kontemporari, pembezaannya dalam industri audio dan daya tarikan sejagatnya. Radia Yellow digabungkan dalam lima produk Radio Series baharu.

"Radia Yellow dipilih dan dinamakan untuk ARCAM kerana ia sesuai untuk semua orang, di mana-mana sahaja," kata Jason Gokavi, Pereka Utama di Huemen, firma reka bentuk dalaman HARMAN International yang bekerjasama dengan pasukan pembangunan produk HARMAN Luxury Audio dalam reka bentuk industri bagi produk Radia. "Muzik merupakan tenaga dan kami ingin memberi bayangan kepada tenaga itu dengan menggabungjalinkan jenama ini dengan warna kuning terang yang akan digunakan dalam seluruh reka bentuk produk dan aset pemasaran menuju ke hadapan."

Penjenamaan semula dan reka bentuk produk tidak terhenti pada penggunaan warna. Dibuat untuk dipaparkan di tempat terbuka dan bersepadu dalam persekitaran mendengar, terdapat juga ciri-ciri reka bentuk halus yang dihasilkan untuk diteroka dan untuk meningkatkan prestasi produk.

"Walaupun kami ingin mengekalkan ciri yang biasa dilihat dari segi bagaimana rupa produk ini dari jauh, keajaibannya terletak dengan menemui butiran reka bentuk apabila anda semakin menghampirinya, terutamanya elemen-elemen yang merujuk kepada kekayaan warisan British pada ARCAM," kata Gokavi.

ARCAM akan memperkenalkan secara rasmi rangkaian baharu yang utama di sebuah acara yang diadakan pada 3 Oktober di Vinyl Factory, London. Produk-produk akan disediakan melalui penjual disahkan ARCAM dalam suku keempat 2023 dan juga di KL International AV Show 2023 yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober di The Gardens Hotel, Mid Valley City, Kuala Lumpur.

Rangkaian baharu ARCAM yang utama, Radia Series:

·  Amplifier Bersepadu Bluetooth A5 Arcam

·  Amplifier Bersepadu Bluetooth A15 Arcam

·  Amplifier Kelas G Bersepadu Bluetooth A25 Arcam

·  Pemain Cakera Kompak CD5 Arcam

·  Penstrim Resolusi Tinggi ST5 Arcam

Untuk maklumat lanjut dan visual resolusi tinggi, sila rujuk Lembaran Spesifikasi, Imej Produk dan Gaya Hidup ARCAM Radia Series di sini.

Ketahui lebih lanjut mengenai falsafah penjenamaan baharu ARCAM dan ARCAM Radia Series dengan mengunjungi www.arcam.co.uk

Latar Belakang ARCAM

ARCAM berpangkalan betul-betul di luar bandar universiti Cambridge yang ternama. Kisahnya bermula dengan cara klasik: dua orang sahabat yang meminati muzik dan elektronik bertemu semasa menjadi pelajar kejuruteraan di Cambridge University dan menubuhkan Amplification and Recording Cambridge pada tahun 1976.

Sehingga kini, jenama ini telah membangunkan dan menghasilkan pemain CD selama hampir 30 tahun dan selama 40 tahun menjadi pewaris amplifier yang melaluinya syarikat ini bermula dalam bidang elektronik pengguna dan sejak tahun 1995, berkembang ke dalam bidang elektronik pawagam rumah, membina reputasi bertaraf dunia kerana menghasilkan beberapa elektronik AV dengan bunyi terbaik. ARCAM turut membangunkan pemain DVD dan baru-baru ini, pemain Blu-ray dari peringkat asas di UK, merekayasa pemain ini dengan memanfaatkan pengalaman selama berdekad-dekad dalam pemain CD bagi memastikan ia dapat memainkan muzik sebaik ia menayangkan filem.

Teknik-teknik yang sukar dikuasai untuk mengekalkan dan mengendalikan isyarat yang paling sensitif dan menghasilkan semula muzik dengan segala kehalusan, nuansa dan keterujaan yang utuh kini menjadi darah daging ARCAM. Selain itu, tatkala audio beralih kepada format berdefinisi lebih tinggi, pembuat ini berazam agar produknya terus menyampaikan muzik dengan sebenar-benarnya dan memberi kenikmatan maksimum kepada pendengar.

ARCAM ialah jenama portfolio HARMAN Luxury Audio Group. HARMAN Luxury Audio Group ialah unit perniagaan bahagian gaya hidup HARMAN International, subsidiari milik penuh Samsung Electronics Co. Ltd. www.arcam.co.uk

LATAR BELAKANG HARMAN LUXURY AUDIO GROUP
Beribu pejabat di pusat kejuruteraan akustik global HARMAN di Northridge, California, HARMAN Luxury Audio Group menghimpunkan lima jenama berprestij — JBL, JBL Synthesis, Mark Levinson, Revel dan ARCAM — bagi menawarkan sistem audio berprestasi tinggi yang paling canggih dengan produk memenangi anugerah termasuk pembesar suara, subwufer, praamplifier, amplifier, piring putar dan fon telinga. Bermula dengan pendengaran stereo terbaik hingga sistem pawagam rumah berbilang saluran termaju, HARMAN Luxury Audio Group menyampaikan bunyi tanpa kompromi yang tulen. HARMAN Luxury Audio Group ialah unit perniagaan bahagian gaya hidup HARMAN International, subsidiari milik penuh Samsung Electronics Co. Ltd.

 

Source: Harman International
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics