omniture

Simply Recycle Challenge Asia Pasifik Herbalife Menghasilkan Lebih 744,000 Kanister Produk Diserahkan untuk Kitar Semula

Herbalife Asia Pacific
2023-10-11 11:25 54

- Sebanyak 14,679 Pokok Akan Ditanam bagi Menyokong Usaha Penghijauan Planet

HONG KONG, 11 Oktober 2023 /PRNewswire/ - Syarikat kesihatan dan kesejahteraan terulung bertaraf global, Herbalife, hari ini mengumumkan keputusan daripada Simply Recycle Challenge keduanya di Asia Pasifik, sebuah inisiatif serantau yang mendorong Pengedar-pengedar Bebasnya untuk menyerahkan kanister produk Herbalife terpakai untuk dikitar semula. Cabaran yang berlangsung dari April hingga September tahun ini memberi inspirasi kepada 1,500 pengedar Herbalife dan pemilik Kelab Nutrition dalam 14 pasaran di rantau Asia Pasifik untuk menyerahkan 744,654 kanister produk, yang akan melangsungkan usaha penanaman 14,679 pokok bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.


Dilancarkan untuk pertama kalinya pada tahun lalu,  Simply Recycle Challenge Herbalife meliputi pasaran di Australia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Macau, Malaysia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Filipina dan Vietnam. Cabaran serantau ini menyaksikan sejumlah 1,456,654 kanister diserahkan untuk dikitar semula pada tahun 2022 dan tahun ini.

"Cabaran ini merupakan bahagian yang penting dalam inisiatif Go Green kami di Asia Pasifik, mempamerkan  komitmen kami yang berterusan terhadap kelestarian alam sekitar," kata President Serantau Herbalife Asia Pacific dan China, Stephen Conchie. "Saya berbesar hati kerana cabaran ini telah berjaya mengumpul lebih banyak kanister berbanding tahun lalu. Menerusi usaha ini, kami dapat mencipta impak positif yang bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan orang ramai dalam komuniti kami, tetapi juga membina sebuah planet yang sihat demi masa depan lestari bersama pengedar kami."

Bagi Cabaran pada tahun ini, Herbalife sekali lagi berkolaborasi dengan organisasi bukan berasaskan untung One Tree Planted  yang akan menanam sebatang pokok bagi setiap 50 kanister yang dikitar semula oleh peserta. Menurut One Tree Planted, secara purata sebatang pokok menyerap kira-kira 10 kilogram karbon dioksida setahun selama 20 tahun pertama. Justeru itu, memandangkan 14,679 batang pokok akan ditanam, Cabaran pada tahun ini dapat menyumbang kepada anggaran 146 tan karbon dioksida yang disekuester daripada atmosfera setiap tahun untuk 20 tahun akan datang – bersamaan dengan 21.5 perjalanan mengelilingi dunia jejak karbon dihasilkan oleh kereta diesel.

Simply Recycle Challenge membantu mendorong usaha berterusan Herbalife bagi menyokong kitar semula. Di samping itu, Herbalife melaksanakan inisiatif di kemudahannya serta pusat-pusat jualan dan pengedaran dalam lebih 30 pasaran di serata dunia bagi mendorong kitar semula pembungkusan produk Syarikat dan mendidik pelanggan tentang kitar semula dan pengurangan sisa. Pada tahun 2021 dan 2022, program-program tempatan ini telah menghasilkan 5,475 tan metrik bahan dikitar semula.

Untuk maklumat lanjut mengenai usaha kelestarian Herbalife, sila lihat Laporan Kelestarian Global syarikat ini.

Latar Belakang Herbalife Ltd.

Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan menarik bagi pengedar bebasnya sejak 1980. Syarikat ini menawarkan produk-produk berlandaskan sains kepada pengguna di lebih daripada 90 pasaran menerusi pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif untuk menikmati kehidupan terbaik mereka

Latar Belakang One Tree Planted

One Tree Planted ialah sebuah pertubuhan bukan untung 501(c)(3) yang mempunyai misi untuk memudahkan sesiapa sahaja membantu alam sekitar dengan menanam pokok. Projek mereka menjangkau seluruh dunia dan dilaksanakan melalui perkongsian dengan masyarakat setempat dan pertubuhan alam sekitar demi mencipta impak untuk alam semula jadi, manusia dan hidupan liar. Ketahui lebih lanjut di onetreeplanted.org.

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Social Responsibility Not for profit Socially Responsible Investing Fitness/Wellness Cision Influencer List - ESG