omniture

SP Manufacturing berkembang ke Amerika Syarikat

SP Manufacturing
2023-11-08 10:00 36

Pusat Reka Bentuk dan Pembangunan Baharu di California menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pembangunan termaju kepada pelanggan global SP Manufacturing.

SAN DIEGO, California, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- SP Manufacturing, peneraju bagi perkhidmatan pengilangan elektronik untuk industri-industri misi-kritikal, mengumumkan pada hari ini pembukaan Pusat Reka Bentuk dan Pembangunan baharunya di Amerika Syarikat.

Pusat berkenaan, terletak di San Diego, California akan memfokuskan untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pembangunan kepada pelanggan global SP Manufacturing:

Perkhidmatan yang disediakan

  • Konseptualisasi produk
  • Reka bentuk dan kejuruteraan produk
  • Pemprototaipan
  • Penglibatan Pembekal Awal
  • Pengenalan Produk Baharu (NPI)
  • DFx dan Reka Bentuk untuk Pembuatan
  • Perancangan rantaian bekalan
  • Peralihan kepada pengeluaran besar-besaran

Industri dan aplikasi

  • Peranti perubatan dan peralatan
  • Peralatan industri termaju
  • Elektronik automotif
  • Peranti IoT Perindustrian (IIoT)

Pusat tersebut dipimpin oleh pasukan kejuruteraan veteran dengan pengalaman selama lebih 20 tahun.

Menerusi keupayaan dan lokasi pusat baharunya, SP Manufacturing dapat berkolaborasi dengan lebih erat berbanding sebelum ini bersama pelanggan dalam pesisir di Amerika Syarikat dan menyokong seluruh kitaran hayat produk bermula daripada reka bentuk hingga pengeluaran besar-besaran di pangkalan pembuatan globalnya di Indonesia, Malaysia, China, Jerman dan Poland.


"Kami gembira dapat berkembang ke Amerika Syarikat, lokasi begitu banyak pelanggan utama kami. Pusat Reka Bentuk dan Pembangunan baharu kami membolehkan kami berkolaborasi dengan pelanggan lebih erat berbanding sebelumnya, menyediakan perkhidmatan dalam pesisir dan sokongan kepada pelanggan yang harus beroperasi pada piawaian prestasi teknikal dan penyampaian yang mantap," kata Jackson Tan, Pengarah Pembangunan Perniagaan Global SP Manufacturing.

Melancarkan pusat baharu itu, Ketua Pegawai Eksekutif SP Manufacturing, Philip Ong, berkata, "Kami gembira dapat membawakan evolusi SP Manufacturing yang seterusnya sebagai platform pengilangan global untuk industri-industri misi-kritikal. Kini, kami dapat menyampaikan kepakaran pembuatan kami dalam pembuatan elektronik perubatan, perindustrian dan automotif dalam seluruh kitaran hayat produk, di serata dunia.

Sebagai contoh, SP Manufacturing dapat bekerjasama erat dengan pelanggan dalam pesisir pada fasa reka bentuk dan kejuruteraan dan kemudiannya mengalihkan produk dengan lancar ke pangkalan pengeluaran besar-besaran "China+N" kami di serata dunia iaitu di Asia Tenggara, China dan Eropah. Kami kemudiannya dapat menyokong kejuruteraan yang berterusan dan evolusi produk selama bertahun-tahun, baik dalam pesisir atau luar pesisir. Keupayaan untuk menyokong pelanggan dengan lancar dari masa ke masa ini, dan seluruh dunia, merangkumi pendekatan kami untuk membina perkongsian yang berkekalan bersama pelanggan kami."

Untuk mengetahui bagaimana SP Manufacturing dapat memajukan perniagaan anda, kunjungi www.sp-manufacturing.com 

Latar Belakang SP Manufacturing

SP Manufacturing menyampaikan perkhidmatan pengilangan, kejuruteraan dan reka bentuk elektronik untuk industri-industri misi-kritikal seperti perubatan, perindustrian, automotif dan penerbangan. Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dan kehadiran global di Asia Tenggara, Eropah dan China, SP mengembangkan perniagaannya melalui perkongsian yang erat dan strategik bersama pelanggan untuk mengilangkan dan merekayasa produk dengan kualiti dan prestasi yang tidak boleh gagal.

Source: SP Manufacturing
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services General Manufacturing